Waalaikumussalam
Nampak sangat takda kerja lain selain memberi salam dan jawab sendiri gara-gara memikirkan kemungkinan takda orang yang berkunjung ke blog ini.. tapi tak mengapa sebab memberi salam dan menjawab salam tu adalah suatu doa. dan doa adalah perkara yang sangat disukai Allah.
Ok. baiklah. tak tahu nak mula dari mana. lama jugak saya tak meng'update' blog kan? nyaris-nyaris nak buat record "one entry per year" , since my last post was on March 2011. sekarang dah bulan Oktober dah. tinggal lagi berapa bulan lagi dah nak masuk 2012. time flies so fast.
FINAL Year
ok. sila lihat tulisan di atas. yep2. 4th year! sekarang saya dah pun berada dalam tahun akhir untuk menghabiskan kuliah saya. start awal September hari tu, saya dah pun mula semester 7. then bulan Februari akan mula semester 8@akhir. insyaAllah. semoga Allah S.W.T mempermudahkan urusan saya dan suami untuk men'selesai'kan kuliah di bumi Jogja ni. Ameen.
semester ni jadual sangatlah padat. ada 10 subjek, 3 lab~ huhu. seperti biasa saya akan mensenaraikan daftar subjek untuk semester ni bagi memberikan feel kepada pembaca betapa padatnya jadual saya. oops.over. lets cekidout :
Ok. baiklah. tak tahu nak mula dari mana. lama jugak saya tak meng'update' blog kan? nyaris-nyaris nak buat record "one entry per year" , since my last post was on March 2011. sekarang dah bulan Oktober dah. tinggal lagi berapa bulan lagi dah nak masuk 2012. time flies so fast.
FINAL Year
ok. sila lihat tulisan di atas. yep2. 4th year! sekarang saya dah pun berada dalam tahun akhir untuk menghabiskan kuliah saya. start awal September hari tu, saya dah pun mula semester 7. then bulan Februari akan mula semester 8@akhir. insyaAllah. semoga Allah S.W.T mempermudahkan urusan saya dan suami untuk men'selesai'kan kuliah di bumi Jogja ni. Ameen.
semester ni jadual sangatlah padat. ada 10 subjek, 3 lab~ huhu. seperti biasa saya akan mensenaraikan daftar subjek untuk semester ni bagi memberikan feel kepada pembaca betapa padatnya jadual saya. oops.
- Pelayanan Kefarmasian atau bahasa orang putihnya Pharmaceutical Care :)
- Kaunseling Farmasi
- Nutrisi
- Farmasi Sosial
- Farmasi Klinik
- Farmakoekonomi
- Farmakoterapi Saluran Pernafasan dan Pencernaan
- Farmakoterapi Sistem Endokrin dan Hormon
- Farmakoterapi Infeksi dan Tumor
- Manajemen Farmasi Rumah Sakit. ok. bahasa orang putihnya Pharmacy Management in Hospital
haaa. ini lah subjek-subjeknya. setiap kali tengok jadual rasa macam SPM pulak. tu pun kalah dengan subjek SPM saya sebab saya ambil 9 subjek je. huhu. dan seperti biasa subjek yang ada farmakoterapi tu ada lab. lab dia macam yang saya pernah bagitahu sebelum ni, just analisis kasus (case analysis).
dan disebabkan kelas banyak, dan lab pun dah mula, dan sem ni pun mula nak buat skripsi, makanya, masa saya untuk mengasah skill memasak amatlah terbatas. pergi kelas pagi, balik petang, kepenatan melampau.. lagi-lagi semenjak berat badan saya naik dengan drastiknya ni, buat saya tak larat nak buat banyak benda. lagi-lagi kalau dah duduk lama dalam ruang kuliah, sakit-sakit pinggang jadinya.
heip-heip. berat badan saya naik bukan sebab saya berbadan dua tau. cuma efek samping dari ubat yang saya guna je :( sekarang pun dalam usaha nak mengawal badan supaya tak bulat sangat. tapi macam makin control makin bulat je. haha. suami saya pesan janji saya sihat. kalau saya sibuk nak kontrol makan, exerise beria tapi lepas tu sakit perut, sakit pinggang segala, kan jadi memudaratkan..
ok sampai sini sahaja coretan saya. oh ya~
sebenarnya saya dah ada broadband. actually dah lama dah ada broadband. saya ambik broadband maxis adik saya. tapi rupanya broadband tu tak boleh masuk sim card lain. kene maxis juga. so tak dapat lah kami gunakan khidmat broadband. setiap kali nak online, saya dan suami akan ke warnet(warung internet). haa~ dengar macam pelik je kan, warung! tapi warnet kat Jogja ni boleh tahan best. LCD monitor. ada webcam. ada headphone. sofa empuuk. speed saangat mantap. lepas tu boleh pesan makan. lepas tu boleh copy games and movies tak payah nak susah-susah donwload. lepas tu ada toilet dan musolla yang bersih. memang convinience lah. dan murah!! :)
oh, tapi kisah warnet ni dah berakhir. sebab, suami saya dah beli broadband baru. terima kasih abang sayang \\(^__^)// jadi tak payah lah kami ke warnet lagi. disebabkan dah beli broadband baru, kami sekarang ada 2 broadband. broadband maxis yang pada awalnya tak boleh guna, sekarang dah boleh guna pulak. entah macam mana, lepas beli broadband baru haritu, saya baaaru terfikir untuk google 'how to unlock maxis broadband' ~ dan saya jumpa solusinya kat Mr. Google. saya cuba ikut arahan hasil dari searching tu dan broadband maxis sekarang berjaya di unlock. boleh masuk mana-mana sim card. mula-mula saya agak frust lah jugak sebab 'kenapalah tak terfikir awal-awal nak cari cara unlock kat google' , lepas tu frust jugak sebab dah menyusahkan suami saya. kesian beliau kena spend duit untuk beli broadband baru. kalau tak mesti dapat jimat duit. tapi saya jadi lega bila suami saya tenaang je. dia kata takpe. tu kira rezeki orang yang jual broadband tu lah. "tak baik berkalau-kalau" katanya.
ok. kali ni betul-betul sampai di sini.
sekian sahaja catatan saya buat masa ni. nak diikutkan, baaanyak lagi yang nak ditulis,.
tapi cukup lah setakat ni dahulu. agak-agaknya, boleh kurus tak jari-jemari saya kalau saya banyak mentaip. sebabnya, jari saya dah gemok sampai saya dah tak muat cincin.. huuu :(
ok still tak berhenti. tu lah, dah dapat peluang berblog memang tak lepas lah. walaupun banyak merepek je.
sekian sahaja sampai di sini.
jumpa lagi
jazakumullah khairan kathiran :)
- BALI - nantikan next entri dari saya bout trip to Bali!! |