Selamat menyambut eid adha kepada semuaaaa terutama buat family yang ada kat Malaysia.
saya rindu nak balik Malaysia lagi-lagi bila tengok status facebook adik beradik, sedara mara dan mak-mak sedara yang balik raya dan berkumpul bersama.. syukur ada suami tersayang di sisi. tahun ni saya dan suami sambut raya di Jogja..
Rindu mama yang ada kat Malaysia. hari sabtu hari tu bersamaan dengan 5 November bersamaan dengan hari wukuf adalah hari jadi mama. Happy Birthday Ma. You are the most wonderful and amazing woman. Una sayang mama banyak-banyak. bertuah mama sebab birthday beliau sama jatuh pada hari wukuf. InsyaAllah ramai yang mendoakan mama :) waktu saya berborak-borak dengan mama dalam phone, dengan comelnya mama cakap "hari ni mama buat kek birthday sendiri, haha, ikut resipi kat internet, jadiii " . ololo.. tapi kalau una ada kat rumah boleh una buat kek special untuk mama :)
Selain mama yang bertuah sebab birthday jatuh pada hari wukuf, mak mertua saya lagiii bertuah sebab dipilih jadi tetamu Allah untuk mengerjakan haji.. semoga Allah mempermudahkan urusan mak melaksanakan ibadah haji di sana dan mendapat haji yang mabrur. ameen
saya dan suami lepas solat raya. selamat hari raya haji semua |
sekian sahaja
jazakumullah khaira
pesan saya 1 : jom takbir ramai-ramai
pesan saya 2 : doakan kami yang tengah exam midsem sekarang :)