assalamualaikum...
syukur alhamdulillah...
sekarang dah pon masok 15 sya'ban.. ini bermakna ada 15 hari je lagi kita akan menyambut bulan ramadhan.. dan pada tahun ini juga una akan merasai suasana ramadhan di perantauan...
owhh.. sungguh diri ini sangat2 menanti bulan ramadhan yang mulia... namun tetap juga bimbang kerana turut menyambut aidilfitri di perantauan.. teringat ketika kali pertama kak anis di beraya di indonesia.. sungguh sedih..
seperti yang kita semua sedia maklum bulan rejab, sya'ban, ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa..
rsulullah s.a.w sendiri pernah bersabda :bulan Rejab bulan Allah s.w.t, bulan Sya'ban bulanku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.
ketiga-tiga bulan ini tambah lebih istimewa dengan adanya hari2 yang bersejarah..
rejab dengan Isra' mikraj nya... sya'ban dengan malam nisfunya.. dan ramadhan dengan Lailatul Qadar..
hari nisfu sya'ban untuk tahun ini bermula dari hari jumaat malam sabtu sebaik sahaja masuk waktu maghrib semalam... ini bermakna pada siang hari ini iaitu 16 Ogos 2008 adalah bersamaan dengan 15 sya'ban 1429..
semalam ketika sedang ym dengan adindaku balqis.. beliau sempat bertanya
"akak.. mama kate esok nisfu sya'ban kn??"
"aah... adek gi solat maghrib lepas tu bace yasin 3 kali eyh"
"kenapa kene bace 3 kali kak??"
lalu diri ini pon menerangkan dengan ringkas kepada beliau ,"adek.. nisfu sya'ban ni adalah hari buku catatan amalan kita ditukar.. dan nisfu sya'ban ni bermula lepas maghrib.. sooo seeloknye kita baca yasin 3 kali supaya catatan amalan kite yg pertama sekali di tulis adalah sesuatu yang baik dan mulia.. "
sebenarnye kalau nak ikotkan mahu saja una terangkan dengan lebih detail namun takut2 kalau menambah ketidakfahaman beliau pulaa..... ditambah pula dengan tidak mempunyai mane2 rujukan..
tak lame lepas tuu dekat2 sejam jugak adindaku balqis bzz kat ym..
"akaaaak... betol ke kalau buku amalan kite ditutup maknenye kite dah mati??"
una memikirkan jwpn yang terbaik untuk diberi " dia camni tau sbnrnya.. buku amalan kita ni ade kat bahu kiri dan kanan.. ada 2 malaikat yang jage buku ni masing2 iaitu raqib dan atid.. jadi kalau kite wat mende baik akan dicatat kat belah kanan dan kalau bende jahat akan dicatat belah kiri... soo buku ni akan ditukar setiap tahun.. dan malam nisfu sya'ban tu la waktu buku catatan amalan kite ditukar.. yang pasal mati tu wallahua'lam"
"oooooooo" jwb adindaku...
sebenarnye una pon menjawab tanpa sebarang rujukan sekadar mengingat apa yang pernah diberitahu oleh ustaz dan ustazah ketika sekolah dan bacaan2 yang pernah dibaca.. sungguh masih banyak yang diri ini tak tahu..
mungkin ada yang tersilap harap ditegur..
mungkin ada yang tersilap harap ditegur..
namun stelah membuat pencarian di internet maka una telah pon menjumpai bahawa
bacaan yasin 3 kali selepas maghrib adalah seperti berikut:
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x. Baca doa nisfu Sya'aban
mungkin ketika baca post ni ada yang baru terperasan atau terlupa akan kehadiran nisfu sya'ban... diri ini sendiri pun hampir2 terlupa akan kehadiran nisfu sya'ban mujur sempat tersedar semalam...
dan mengenai buku amalan manusia yang dijaga oleh malaikat Raqib dan Atid.. una temui dalam website seorang seorang hamba Allah dan una memetik beberapa bahagian dalam artikel beliau.. untuk lebih lanjut sila ikut link ini muhasabah, cermin diri dan cari keredhaan
kedua-dua malaikat berkenaan tidak akan berpisah dan berenggang walau sedetik pun walaupun sesudah manusia itu meninggal dunia sekalipun. Malah, mereka diperintahkan tinggal tetap di kuburnya bertasbih, bertahmid dan bertakbir hingga ke hari kiamat dan pahala zikir ditulis dalam suratan amal orang itu.
Rasulullah SAW tidak ketinggalan memperingatkan umatnya akan perihal dua malaikat yang mencatatkan amal manusia melalui hadisnya yang bermaksud: "Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi pencatat kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri. Maka, apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan dituliskan baginya kebaikan itu sama dengan sepuluh kebaikan. Sebaliknya, apabila dia melakukan kejahatan lalu malaikat di sebelah kiri hendak mencatatnya, berkatalah malaikat sebelah kanan: Tunggulah dulu! Lalu dia menunggu selama enam atau tujuh jam, kemudian jika orang itu beristighfar daripada perbuatan jahat itu, tidaklah ditulis sesuatu pun dan jika dia tidak meminta ampun kepada Allah, ditulis baginya satu kejahatan saja." - (Hadis riwayat Tabrani dan Ibnu Marduwiyah)
setakat ini sahaja post untuk hari ini..
diharapkan post ini dapat memberi manfaat kepada semua espacially adindaku Balqis.. ngeee..
tibe2 rase nak nyanyi lak.. teringat lagu raihan tentang bulan2 islam... terima kasih tu all akhi raihan yang mewujudkan lagu tuu.. menambah mudahkan cara mengingat bulan Islam..
Muharram.. Safar.. Rabiulawal.. Rabiulakhir.. Jamadilawal.. Jamadilakhir.. Rejab.. Sya'ban.. Ramadhan.. Syawal.. Zulqaidah.. Zulhijjah..lalala..
esok mungkin ada tapi belum tentu untuk kita...
manfaatkan masa yang ada sebaiknya..
jazakumullah khaira
0 who cares:
Post a Comment