Thursday, April 1, 2010

saya dah jadi Cik Puan Husna!!

assalamualaikum


wah wah wah.
lama betul saya tak meng'hupdate' blog yang tercinta ni.
mentang mentang lah dah ada suami yang tercinta. habis terabai blog ni
sampai bersawang-sawang dah bak kata ain.

sangat banyak yang nak saya coretkan dalam blog ni sebenarnya.
tapi tak semua benda saya boleh publish dan postkan dengan sesuka hati.
ialah, sekarang ni dah bergelar cik puan(haha dah kahwin kan) Husna.. so kena lah pandai pandai menjaga diri.
bukanlah maksud saya kalau tak bergelar cik puan Husna tak payah jaga diri.
cumanya sekarang tanggungjawab saya dah bertambah, kalau dulu perlu menjaga nama diri dan keluarga, sekarang bertambah pula dengan suami dan keluarga suami.. ahaa~

uiks? saya tahu.
masih ramai yang terkejut dengan berita pernikahan saya on early February hari tu kan?
dan sampai sekarang pun saya masih tidak henti henti diajukan dengan bermacam-macam soalan.. tak pa, saya faham sebab korang semua mesti tertanya-tanya kenapa tiba tiba je nikah dan segala macam lah.

pada awalnya, memang kepulangan saya dan encek suami waktu cuti semester hari tu untuk melangsungkan majlis pertunangan.. sanggup cancel program PERMAI(Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia di Indonesia) yang dijalankan di Bandung.. walaupun program tu memang kami nanti-nanti kan dan pengen bener mau pergi..

sebab dah namanya pon bertunang, kami memang decide tidak mengkhabarkan ke ramai orang. cuma insan-insan tertentu je yang tahu macam ahli group usrah kami, beberapa rakan baik, dan keluarga.. tarikh majlis bertunang dah ditetapkan oleh kedua belah keluarga time family belah encek suami datang merisik. pr0ses merisik ni tak perlu lah nak tahu lanjut, yang pasti ia berlangsung antara kedua belah family pada malam awal Muharram dan semuanya berjalan lancar.. dan diorang sepakat pilih 6hb 2 sebagai tarikh bertunang dan akad nikah pada cuti sem berikutnya dalam july/ogos..

tapi lepas je balik ke negaraku tanah tumpah darahku, dalam minggu pertama macam tu, ayah telah mentanya satu soalan kontreversi berbunyi " kalau ayah nikahkan una sebelum una balik Jogja, nak tak?" fuuuhhh~ berdebar debar jantung time ayah tanya.. jawab saya?? "urmm...(diam kejap) ayah tanya lah amirul " huhu.. orang dulu dulu kata diam tu tanda setuju.. ^__^

dan dalam minggu pertama saya balik, family gathering antara family saya dan family encek suami telah diadakan dan discuss pasal tarikh nikah nak dicepatkan.. semua setuju dan sepakat majlis pertunangan akan diawalkan seminggu, bukan pada 6hb 2, tapi 30hb 1, dan akad nikah seminggu lepas bertunang on 7hb 2.. disebabkan kami balik cuti selama satu bulan, maka berexplore race lah jugak kit0rang nak menguruskan segala borang-borang nikah semua.. mujur, kami dah menghadiri kursus pra perkahwinan right after balik ke Malaysia..

disebabkan waktu yang amat suntuk untuk preparation, makanya, saya tak dapat nak inform secara in person kepada semua semua.. saya cuma publishkan di facebook tentang majlis akad nikah yang bakal berlangsung..

jadi.. ni lah dia jawapan kepada mereka mereka yang bertanya kenapa kahwin tiba tiba.. kenapa tak bagitau awal awal.. pada saya, jangan argue kenapa saya kahwin cepat sangat, sebab ini sudah jodoh.. perjalanan hidup setiap insan beza beza kan.. semuanya dah ditentukan Allah.. macam kami, jujur, memang pada awalnya kami merancang untuk terus menikah.. tapi pihak keluarga telah berbincang dan memikirkan untuk bertunang dulu.. namun syukur Alhamdulillah, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.. dan saya sangat sangat bersyukur keputusan untuk bernikah awal ini tidak mendapat tentangan baik dari family saya maupun family encek suami..

syukur alhamdulillah.. on 7th February 2010, saya dah pun selamat menjadi isteri kepada suami tersayang Aimerul Asyraff.. perasaan waktu tu?? sukar dibayangkannn.. yang pasti teramat sangat bahagia.. itu pun lepas berdebar debar menanti lafaz yang sah.. syukur, lafaz akad yang kelima diterima dan kami pun sah menjadi suami isteri.. waktu saya attend kursus kahwin di masjid negeri shah alam, para peserta dimaklumkan bahawa lafaz akad boleh dilakukan tanpa satu nafas.. kiranya, tetap dikira sah.. cumanya, penolong pendaftar nikah pada hari kami menikah tu nak encek suami untuk melafazkan dengan satu nafas jugak.. pulak tu, encek suami melafazkan akad pada ayah saya sendiri.. tu yang berlaku sikit kenervousan tu agaknya.. :)

selesai majlis akad nikah, saya dan encek suami menunaikan solat sunat nikah dan solat sunat taubat.. subhanallah~ perasaan sangatlah berbeza apabila pertama kali menunaikan solat berjemaah sebagai suami dan isteri.. memang satu feeling yang lain lah bila berjemaah dengan suami, mendengar apa yang didoa, mohon maaf dan cium tangan suami.. waahh~ subhanallah!

Jika seorang suami memandang isterinya kemudian sang isteri pun memandangnya, maka Allah S.W.T akan memandang mereka dengan pandangan kasih sayang.
jika suami merengkuh tangan isterinya, maka dosa dosa akan berjatuhan dari sela sela jari mereka.


majlis akad nikah yang pada awalnya dirancang kecil-kecilan dah jadi sanngat meriah.. dah macam walimatul urus dah pun.. sungguh tak sangka tetamu yang datang teramat lah ramai..
thanks alot to our friends who come on the wedding day.. sangat sangat terharu dengan sokongan keluarga, saudara mara, rakan rakan, baik sebelah saya mahupun suami.. and the most, thanks for the do'a.. ameen


dari kiri : ayah mertua, ayah, suami, saya, mak mertua, mama



Ya Allah, semoga penyatuan dua hati ini mendapat berkat dan rahmat dari Mu dan sentiasa dalam limpahan kasih sayang Mu.. Ya Allah, Kau eratkanlah hubungan kekeluargaan antara kedua keluarga kami .. Ya Allah, kau permudahkan urusan kami dalam membina sebuah institusi Baitul Muslim yang kau redhai.. Ya Allah, jadikan lah kami pasangan yang sentiasa berada dalam redhaMu.. Ameen Ya Rab Al-Alamin

setakat ini sahaja,
jazakumullah khairan kasira


insyaAllah saya akan update lagi..
~ sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberiNya dan manfaatkan sebaiknya ~

14 who cares:

fifi said...

husna syg!! congrats yarh!!!! fy amat2 happy kamu udah nikah..
walimatul urus bln 7, jerit2 la kat fb...
insyallah..fy ada kt msia, kalau jemput, mesti datang..
::****warghhhh..tiba2 seronok tgk una kawen..haha..mau kawen jgk dongg!!!!!

una said...

salam una
sesungguhnya sangat gmbira bila tgk una hupdate blog
tahniah :)
smoga sentiasa dirahmati oleh Allah
I'm looking forward for ur next update(^-^)

una husna said...

fifi : haha~ okeyh okeyh insyaAllah nanti akan roger for the walimah.. hope to see u soon darl

una: wsalam laling.. wah wah.. tu la una pon tergembira jugak menghupdate blog.. thankssss alot... insyaAllah akan update lagik

WanitaMustanir said...

Salam, una..

Shira here..

Tahniah di atas pernikahan ini..

Semoga sentiasa diberkatiNya.Aminn..

lady mermalade said...

wehuuuu congrats again kak una!
nnt kawin sy nak pegi!
hahahaha

una husna said...

shira : wsalam.. thanks alot..

ika : thanks dear.. kawin dah la.. haha.. walimahnya nanti dalam july camtu ok

miSz tUna said...

tahniah husna.. hepi2 slaloo taw.. :)

saufiahmad said...

hahahaha~
aku masih memikirkan hadiah kawen ko!

Nawa said...

una

sorry couldn't be there.tapi tapi tapi

orang hepi untuk una.

smoga una dan amirul diberkati Allah dan kekal sampai anak cucu. Insya Allah

lots of love.

una husna said...

wani : thanks alot (",)

saufi: hahaha~ baek2 aku tunggu!

nawa: awaaa... nanti ta balek ke dalam july or august tu??? kapan bisa ketemu ni? thanks for the doa my dear..

wawi said...

congrates una!!

qishie said...

una! i really adore u dear! tau2 dah kahwin..heee..qish nak ambik contoh baik dari una,tapi qish tak berani/reti nak cari calon ni.. huu.
qish takut tersalah pilih calon or terjebak dengan cinta sebelum kahwin yang tahpape tu..haih~

plus qish tak sampai lagi tahap matured cam una.but qish tengah usaha nak berfikiran lebih matang ni.huhu..

nyway semoga una n mirul happy selalu n dilimpahi kasih dan rahmat dari ALLAH SWT.aminn..

Kembara Syahadah ~NFES~ said...

Assalamualaikum Puan Husna.. :-)

Tak sangka ketua kelas masa saya form 4 di KISAS dah smpai jodoh.. Kerja ALlah kan..

APa2 pun, thaniah buat Husna and suami..semoga sentiasa bahagia bersama redha Allah.. AMeen..

Faizatul Ema, Canterbury, UK.

Anonymous said...

waa... betul ker kak???semoga berbahagia....
http://diamuhammadashrafalexis.blogspot.com/