Monday, November 7, 2011

Salam Eid Adha

Assalamualaikum w.b.t



Selamat menyambut eid adha kepada semuaaaa terutama buat family yang ada kat Malaysia.
saya rindu nak balik Malaysia lagi-lagi bila tengok status facebook adik beradik, sedara mara dan mak-mak sedara yang balik raya dan berkumpul bersama.. syukur ada suami tersayang di sisi. tahun ni saya dan suami sambut raya di Jogja..

Rindu mama yang ada kat Malaysia. hari sabtu hari tu bersamaan dengan 5 November bersamaan dengan hari wukuf adalah hari jadi mama. Happy Birthday Ma. You are the most wonderful and amazing woman. Una sayang mama banyak-banyak. bertuah mama sebab birthday beliau sama jatuh pada hari wukuf. InsyaAllah ramai yang mendoakan mama :) waktu saya berborak-borak dengan mama dalam phone, dengan comelnya mama cakap "hari ni mama buat kek birthday sendiri, haha, ikut resipi kat internet, jadiii " . ololo..  tapi kalau una ada kat rumah boleh una buat kek special untuk mama :)

Selain mama yang bertuah sebab birthday jatuh pada hari wukuf, mak mertua saya lagiii bertuah sebab dipilih jadi tetamu Allah untuk mengerjakan haji.. semoga Allah mempermudahkan urusan mak melaksanakan ibadah haji di sana dan mendapat haji yang mabrur. ameen

saya dan suami lepas solat raya.
selamat hari raya haji semua 


sekian sahaja

jazakumullah khaira

pesan saya 1 : jom takbir ramai-ramai
pesan saya 2 : doakan kami yang tengah exam midsem sekarang :)

Sunday, October 16, 2011

Blog ini masih wujud.

Assalamualaikum

Waalaikumussalam

Nampak sangat takda kerja lain selain memberi salam dan jawab sendiri gara-gara memikirkan kemungkinan takda orang yang berkunjung ke blog ini.. tapi tak mengapa sebab memberi salam dan menjawab salam tu adalah suatu doa. dan doa adalah perkara yang sangat disukai Allah.

Ok. baiklah. tak tahu nak mula dari mana. lama jugak saya tak meng'update' blog kan? nyaris-nyaris nak buat record "one entry per year" , since my last post was on March 2011. sekarang dah bulan Oktober dah. tinggal lagi berapa bulan lagi dah nak masuk 2012. time flies so fast.

FINAL Year
ok. sila lihat tulisan di atas. yep2. 4th year! sekarang saya dah pun berada dalam tahun akhir untuk menghabiskan kuliah saya. start awal September hari tu, saya dah pun mula semester 7. then bulan Februari akan mula semester 8@akhir. insyaAllah. semoga Allah S.W.T mempermudahkan urusan saya dan suami untuk men'selesai'kan kuliah di bumi Jogja ni. Ameen.

semester ni jadual sangatlah padat. ada 10 subjek, 3 lab~ huhu. seperti biasa saya akan mensenaraikan daftar subjek untuk semester ni bagi memberikan feel kepada pembaca betapa padatnya jadual saya. oops. over. lets cekidout :


  • Pelayanan Kefarmasian atau bahasa orang putihnya Pharmaceutical Care :)
  • Kaunseling Farmasi
  • Nutrisi
  • Farmasi Sosial
  • Farmasi Klinik
  • Farmakoekonomi
  • Farmakoterapi Saluran Pernafasan dan Pencernaan
  • Farmakoterapi Sistem Endokrin dan Hormon
  • Farmakoterapi Infeksi dan Tumor
  • Manajemen Farmasi Rumah Sakit. ok. bahasa orang putihnya Pharmacy Management in Hospital
haaa. ini lah subjek-subjeknya. setiap kali tengok jadual rasa macam SPM pulak. tu pun kalah dengan subjek SPM saya sebab saya ambil 9 subjek je. huhu. dan seperti biasa subjek yang ada farmakoterapi tu ada lab. lab dia macam yang saya pernah bagitahu sebelum ni, just analisis kasus (case analysis). 

dan disebabkan kelas banyak, dan lab pun dah mula, dan sem ni pun mula nak buat skripsi, makanya, masa saya untuk mengasah skill memasak amatlah terbatas. pergi kelas pagi, balik petang, kepenatan melampau.. lagi-lagi semenjak berat badan saya naik dengan drastiknya ni, buat saya tak larat nak buat banyak benda. lagi-lagi kalau dah duduk lama dalam ruang kuliah, sakit-sakit pinggang jadinya. 

heip-heip. berat badan saya naik bukan sebab saya berbadan dua tau. cuma efek samping dari ubat yang saya guna je :( sekarang pun dalam usaha nak mengawal badan supaya tak bulat sangat. tapi macam makin control makin bulat je. haha. suami saya pesan janji saya sihat. kalau saya sibuk nak kontrol makan, exerise beria tapi lepas tu sakit perut, sakit pinggang segala, kan jadi memudaratkan..

ok sampai sini sahaja coretan saya. oh ya~


sebenarnya saya dah ada broadband. actually dah lama dah ada broadband. saya ambik broadband maxis adik saya. tapi rupanya broadband tu tak boleh masuk sim card lain. kene maxis juga. so tak dapat lah kami gunakan khidmat broadband. setiap kali nak online, saya dan suami akan ke warnet(warung internet). haa~ dengar macam pelik je kan, warung! tapi warnet kat Jogja ni boleh tahan best. LCD monitor. ada webcam. ada headphone. sofa empuuk. speed saangat mantap. lepas tu boleh pesan makan. lepas tu boleh copy games and movies tak payah nak susah-susah donwload. lepas tu ada toilet dan musolla yang bersih. memang convinience lah. dan murah!! :)

oh, tapi kisah warnet ni dah berakhir. sebab, suami saya dah beli broadband baru. terima kasih abang sayang \\(^__^)// jadi tak payah lah kami ke warnet lagi. disebabkan dah beli broadband baru, kami sekarang ada 2 broadband. broadband maxis yang pada awalnya tak boleh guna, sekarang dah boleh guna pulak. entah macam mana, lepas beli broadband baru haritu, saya baaaru terfikir untuk google 'how to unlock maxis broadband' ~ dan saya jumpa solusinya kat Mr. Google. saya cuba ikut arahan hasil dari searching tu dan broadband maxis sekarang berjaya di unlock. boleh masuk mana-mana sim card. mula-mula saya agak frust lah jugak sebab 'kenapalah tak terfikir awal-awal nak cari cara unlock kat google' , lepas tu frust jugak sebab dah menyusahkan suami saya. kesian beliau kena spend duit untuk beli broadband baru. kalau tak mesti dapat jimat duit. tapi saya jadi lega bila suami saya tenaang je. dia kata takpe. tu kira rezeki orang yang jual broadband tu lah. "tak baik berkalau-kalau" katanya.


ok. kali ni betul-betul sampai di sini. 
sekian sahaja catatan saya buat masa ni. nak diikutkan, baaanyak lagi yang nak ditulis,. 
tapi cukup lah setakat ni dahulu. agak-agaknya, boleh kurus tak jari-jemari saya kalau saya banyak mentaip. sebabnya, jari saya dah gemok sampai saya dah tak muat cincin.. huuu :( 

ok still tak berhenti. tu lah, dah dapat peluang berblog memang tak lepas lah. walaupun banyak merepek je.


sekian sahaja sampai di sini.
jumpa lagi

jazakumullah khairan kathiran :)



- BALI -
nantikan next entri dari saya bout trip to Bali!!





Sunday, March 13, 2011

satu tahun satu bulan satu minggu

assalamualaikum

memang serius lama saya mengabaikan blog ni... selalu jenguk tapi tak tahu apa yang nak dicoretkan.. jarak entri terakhir dengan entri ni nak dekat empat bulan lah jugak.. disebabkan lama dah tak meng'update blog ni, maka saya pun curi lah masa sekarang ni untuk buat latihan speed type kat blog ni.. tak nak lah sampai saya update blog 2 kali setahun je kan..

okay lah.. sekarang saya dan suami dah berada di bumi Jogja semula.. meneruskan perjuangan untuk menjadi seorang Pharmacist berjaya :) setelah bercuti selama sebulan dari 19 Januari-19 Februari hari tuh.. sekarang kami dah berada di semester 6 tahun ke 3... Allahu Akbar.. cepat kan masa berlalu.. tup tup dah masuk tahun ke tiga pengembaraan saya dan suami dalam menimba ilmu di bumi Jogja ni kan.. dan tup tup jugak dah setahun saya dan suami menjadi pasangan suami isteri.. semoga dipermudahkan urusan kami di sini selaku hamba Allah yang menimba ilmu dan menjalani kehidupan sebagai suami isteri kyang diredhai Allah..

oh ya, seperti selalu(yakin je), saya akan memberitahu subjek apa je yang kami lalui sem 6 kali ini..
  • Sistem Penghantaran Obat
  • Stabilitas Obat
  • Farmasetika (ada lab)
  • Toksikologi Klinik
  • Farmakoterapi Renal dan Kardiovaskular ( ada lab)
  • Farmakterapi Sistem Saraf (ada lab)
  • Fitomedisin
  • Farmakoepidemiologi
haaa~ amacam? memang terancam lah buat kami sebab subjek2 ni agak boleh tahan susahnya.. lagi-lagi time praktikum(lab).. macam farmakoterapi renal n saraf tu, time praktikum kami diberi kasus(case) yang kena diselesaikan.. dapat lah feeling mcm Dr. House sikit sebab kita study obat apa yang sesuai untuk setiap case yg diberikan, case dia pulak memang complicated..

contoh kasus untuk praktikum pertama saya : seorang pria berusia 18 tahun, mengalami operasi penyambungan jari setelah tertebas pisau akibat dari pengeroyokan. 2 jam pasca operasi pasien mengalami rasa nyeri yang kuat. tingkat kenyerian pasien dari skala 1-10 adalah 7. apakah analgesik yang sesuai? pasien memiliki riwayat epilepsi dan mengkonsumsi fenitoin.
haha~ jangan terkejut ye.. dah saya belajar dalam bahasa Indonesia, makanyaaa.. macam ni lah bunyinya kasus(case) yang saya dapat.. meh saya translate kan bagi yang gak ngertiii

seorang anak muda berumur 18 tahun mengalami pembedahan penyambungan jari setelah terpotong dengan pisau dalam suatu insiden pergaduhan. 2 jam setelah pembedahan, pesakit mengalami rasa sakit yang sangat kuat. tingkat kesakitan pesakit jika diberi skala 1-10 adalah 7. Apakah analgesic yang sesuai. pesakit memiliki sejarah penyakit epilepsi dan mengkonsumsi fenitoin.
nak selesaikan case ni bukan terus je bagi jawapan obat apa yang sesuai.. kena kembangkan dulu case ni. kena fikir kemungkinan2 yang terjadi kalau guna ubat itu ini, dan macam2 lagi yg agak complicated.

untuk farmasetika tu pulak, praktikum dia sama macam yg saya pernah post dulu .. buat-buat obat, cuma kali ni kitorang diperkenalkan lebih detail dengan ubat2 generik dan inkompatibilitas ubat.. kira dah macam a real pharmacist lah jugak..

eh eh.. mesti ada yang tertanya kan.. apa kena mengena entri dengan tajuk di atas? hehe.. actually esok genap lah 1 year 1 month n 1 week anniversary saya dan husband as a lovely couple husband n wife (apasal over sangat title nih) ~ doakan kami bahagia sampai syurga okeyh ~

rasa nya sampai sini dulu lah latihan speed type saya ya.. insyaAllah lain kali akan mentaip sesuatu yang lebih bermanfaat ok.. biiznillah~

oh ya, doakan muslimim muslimat mu'minin mu'minat yang ada di Mesir, Libya dan yang terbaru di Jepun.. semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t

sekian,
jazakumullah khairan kathira~