Monday, November 7, 2011

Salam Eid Adha

Assalamualaikum w.b.t



Selamat menyambut eid adha kepada semuaaaa terutama buat family yang ada kat Malaysia.
saya rindu nak balik Malaysia lagi-lagi bila tengok status facebook adik beradik, sedara mara dan mak-mak sedara yang balik raya dan berkumpul bersama.. syukur ada suami tersayang di sisi. tahun ni saya dan suami sambut raya di Jogja..

Rindu mama yang ada kat Malaysia. hari sabtu hari tu bersamaan dengan 5 November bersamaan dengan hari wukuf adalah hari jadi mama. Happy Birthday Ma. You are the most wonderful and amazing woman. Una sayang mama banyak-banyak. bertuah mama sebab birthday beliau sama jatuh pada hari wukuf. InsyaAllah ramai yang mendoakan mama :) waktu saya berborak-borak dengan mama dalam phone, dengan comelnya mama cakap "hari ni mama buat kek birthday sendiri, haha, ikut resipi kat internet, jadiii " . ololo..  tapi kalau una ada kat rumah boleh una buat kek special untuk mama :)

Selain mama yang bertuah sebab birthday jatuh pada hari wukuf, mak mertua saya lagiii bertuah sebab dipilih jadi tetamu Allah untuk mengerjakan haji.. semoga Allah mempermudahkan urusan mak melaksanakan ibadah haji di sana dan mendapat haji yang mabrur. ameen

saya dan suami lepas solat raya.
selamat hari raya haji semua 


sekian sahaja

jazakumullah khaira

pesan saya 1 : jom takbir ramai-ramai
pesan saya 2 : doakan kami yang tengah exam midsem sekarang :)

Sunday, October 16, 2011

Blog ini masih wujud.

Assalamualaikum

Waalaikumussalam

Nampak sangat takda kerja lain selain memberi salam dan jawab sendiri gara-gara memikirkan kemungkinan takda orang yang berkunjung ke blog ini.. tapi tak mengapa sebab memberi salam dan menjawab salam tu adalah suatu doa. dan doa adalah perkara yang sangat disukai Allah.

Ok. baiklah. tak tahu nak mula dari mana. lama jugak saya tak meng'update' blog kan? nyaris-nyaris nak buat record "one entry per year" , since my last post was on March 2011. sekarang dah bulan Oktober dah. tinggal lagi berapa bulan lagi dah nak masuk 2012. time flies so fast.

FINAL Year
ok. sila lihat tulisan di atas. yep2. 4th year! sekarang saya dah pun berada dalam tahun akhir untuk menghabiskan kuliah saya. start awal September hari tu, saya dah pun mula semester 7. then bulan Februari akan mula semester 8@akhir. insyaAllah. semoga Allah S.W.T mempermudahkan urusan saya dan suami untuk men'selesai'kan kuliah di bumi Jogja ni. Ameen.

semester ni jadual sangatlah padat. ada 10 subjek, 3 lab~ huhu. seperti biasa saya akan mensenaraikan daftar subjek untuk semester ni bagi memberikan feel kepada pembaca betapa padatnya jadual saya. oops. over. lets cekidout :


  • Pelayanan Kefarmasian atau bahasa orang putihnya Pharmaceutical Care :)
  • Kaunseling Farmasi
  • Nutrisi
  • Farmasi Sosial
  • Farmasi Klinik
  • Farmakoekonomi
  • Farmakoterapi Saluran Pernafasan dan Pencernaan
  • Farmakoterapi Sistem Endokrin dan Hormon
  • Farmakoterapi Infeksi dan Tumor
  • Manajemen Farmasi Rumah Sakit. ok. bahasa orang putihnya Pharmacy Management in Hospital
haaa. ini lah subjek-subjeknya. setiap kali tengok jadual rasa macam SPM pulak. tu pun kalah dengan subjek SPM saya sebab saya ambil 9 subjek je. huhu. dan seperti biasa subjek yang ada farmakoterapi tu ada lab. lab dia macam yang saya pernah bagitahu sebelum ni, just analisis kasus (case analysis). 

dan disebabkan kelas banyak, dan lab pun dah mula, dan sem ni pun mula nak buat skripsi, makanya, masa saya untuk mengasah skill memasak amatlah terbatas. pergi kelas pagi, balik petang, kepenatan melampau.. lagi-lagi semenjak berat badan saya naik dengan drastiknya ni, buat saya tak larat nak buat banyak benda. lagi-lagi kalau dah duduk lama dalam ruang kuliah, sakit-sakit pinggang jadinya. 

heip-heip. berat badan saya naik bukan sebab saya berbadan dua tau. cuma efek samping dari ubat yang saya guna je :( sekarang pun dalam usaha nak mengawal badan supaya tak bulat sangat. tapi macam makin control makin bulat je. haha. suami saya pesan janji saya sihat. kalau saya sibuk nak kontrol makan, exerise beria tapi lepas tu sakit perut, sakit pinggang segala, kan jadi memudaratkan..

ok sampai sini sahaja coretan saya. oh ya~


sebenarnya saya dah ada broadband. actually dah lama dah ada broadband. saya ambik broadband maxis adik saya. tapi rupanya broadband tu tak boleh masuk sim card lain. kene maxis juga. so tak dapat lah kami gunakan khidmat broadband. setiap kali nak online, saya dan suami akan ke warnet(warung internet). haa~ dengar macam pelik je kan, warung! tapi warnet kat Jogja ni boleh tahan best. LCD monitor. ada webcam. ada headphone. sofa empuuk. speed saangat mantap. lepas tu boleh pesan makan. lepas tu boleh copy games and movies tak payah nak susah-susah donwload. lepas tu ada toilet dan musolla yang bersih. memang convinience lah. dan murah!! :)

oh, tapi kisah warnet ni dah berakhir. sebab, suami saya dah beli broadband baru. terima kasih abang sayang \\(^__^)// jadi tak payah lah kami ke warnet lagi. disebabkan dah beli broadband baru, kami sekarang ada 2 broadband. broadband maxis yang pada awalnya tak boleh guna, sekarang dah boleh guna pulak. entah macam mana, lepas beli broadband baru haritu, saya baaaru terfikir untuk google 'how to unlock maxis broadband' ~ dan saya jumpa solusinya kat Mr. Google. saya cuba ikut arahan hasil dari searching tu dan broadband maxis sekarang berjaya di unlock. boleh masuk mana-mana sim card. mula-mula saya agak frust lah jugak sebab 'kenapalah tak terfikir awal-awal nak cari cara unlock kat google' , lepas tu frust jugak sebab dah menyusahkan suami saya. kesian beliau kena spend duit untuk beli broadband baru. kalau tak mesti dapat jimat duit. tapi saya jadi lega bila suami saya tenaang je. dia kata takpe. tu kira rezeki orang yang jual broadband tu lah. "tak baik berkalau-kalau" katanya.


ok. kali ni betul-betul sampai di sini. 
sekian sahaja catatan saya buat masa ni. nak diikutkan, baaanyak lagi yang nak ditulis,. 
tapi cukup lah setakat ni dahulu. agak-agaknya, boleh kurus tak jari-jemari saya kalau saya banyak mentaip. sebabnya, jari saya dah gemok sampai saya dah tak muat cincin.. huuu :( 

ok still tak berhenti. tu lah, dah dapat peluang berblog memang tak lepas lah. walaupun banyak merepek je.


sekian sahaja sampai di sini.
jumpa lagi

jazakumullah khairan kathiran :)



- BALI -
nantikan next entri dari saya bout trip to Bali!!





Sunday, March 13, 2011

satu tahun satu bulan satu minggu

assalamualaikum

memang serius lama saya mengabaikan blog ni... selalu jenguk tapi tak tahu apa yang nak dicoretkan.. jarak entri terakhir dengan entri ni nak dekat empat bulan lah jugak.. disebabkan lama dah tak meng'update blog ni, maka saya pun curi lah masa sekarang ni untuk buat latihan speed type kat blog ni.. tak nak lah sampai saya update blog 2 kali setahun je kan..

okay lah.. sekarang saya dan suami dah berada di bumi Jogja semula.. meneruskan perjuangan untuk menjadi seorang Pharmacist berjaya :) setelah bercuti selama sebulan dari 19 Januari-19 Februari hari tuh.. sekarang kami dah berada di semester 6 tahun ke 3... Allahu Akbar.. cepat kan masa berlalu.. tup tup dah masuk tahun ke tiga pengembaraan saya dan suami dalam menimba ilmu di bumi Jogja ni kan.. dan tup tup jugak dah setahun saya dan suami menjadi pasangan suami isteri.. semoga dipermudahkan urusan kami di sini selaku hamba Allah yang menimba ilmu dan menjalani kehidupan sebagai suami isteri kyang diredhai Allah..

oh ya, seperti selalu(yakin je), saya akan memberitahu subjek apa je yang kami lalui sem 6 kali ini..
  • Sistem Penghantaran Obat
  • Stabilitas Obat
  • Farmasetika (ada lab)
  • Toksikologi Klinik
  • Farmakoterapi Renal dan Kardiovaskular ( ada lab)
  • Farmakterapi Sistem Saraf (ada lab)
  • Fitomedisin
  • Farmakoepidemiologi
haaa~ amacam? memang terancam lah buat kami sebab subjek2 ni agak boleh tahan susahnya.. lagi-lagi time praktikum(lab).. macam farmakoterapi renal n saraf tu, time praktikum kami diberi kasus(case) yang kena diselesaikan.. dapat lah feeling mcm Dr. House sikit sebab kita study obat apa yang sesuai untuk setiap case yg diberikan, case dia pulak memang complicated..

contoh kasus untuk praktikum pertama saya : seorang pria berusia 18 tahun, mengalami operasi penyambungan jari setelah tertebas pisau akibat dari pengeroyokan. 2 jam pasca operasi pasien mengalami rasa nyeri yang kuat. tingkat kenyerian pasien dari skala 1-10 adalah 7. apakah analgesik yang sesuai? pasien memiliki riwayat epilepsi dan mengkonsumsi fenitoin.
haha~ jangan terkejut ye.. dah saya belajar dalam bahasa Indonesia, makanyaaa.. macam ni lah bunyinya kasus(case) yang saya dapat.. meh saya translate kan bagi yang gak ngertiii

seorang anak muda berumur 18 tahun mengalami pembedahan penyambungan jari setelah terpotong dengan pisau dalam suatu insiden pergaduhan. 2 jam setelah pembedahan, pesakit mengalami rasa sakit yang sangat kuat. tingkat kesakitan pesakit jika diberi skala 1-10 adalah 7. Apakah analgesic yang sesuai. pesakit memiliki sejarah penyakit epilepsi dan mengkonsumsi fenitoin.
nak selesaikan case ni bukan terus je bagi jawapan obat apa yang sesuai.. kena kembangkan dulu case ni. kena fikir kemungkinan2 yang terjadi kalau guna ubat itu ini, dan macam2 lagi yg agak complicated.

untuk farmasetika tu pulak, praktikum dia sama macam yg saya pernah post dulu .. buat-buat obat, cuma kali ni kitorang diperkenalkan lebih detail dengan ubat2 generik dan inkompatibilitas ubat.. kira dah macam a real pharmacist lah jugak..

eh eh.. mesti ada yang tertanya kan.. apa kena mengena entri dengan tajuk di atas? hehe.. actually esok genap lah 1 year 1 month n 1 week anniversary saya dan husband as a lovely couple husband n wife (apasal over sangat title nih) ~ doakan kami bahagia sampai syurga okeyh ~

rasa nya sampai sini dulu lah latihan speed type saya ya.. insyaAllah lain kali akan mentaip sesuatu yang lebih bermanfaat ok.. biiznillah~

oh ya, doakan muslimim muslimat mu'minin mu'minat yang ada di Mesir, Libya dan yang terbaru di Jepun.. semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t

sekian,
jazakumullah khairan kathira~


Friday, December 31, 2010

2010 - great moments

assalamualaikum..

hari terakhir 2010.. dengan jayanya telah mengajak husband untuk ke warnet(warung internet) sebab saya nak update blog.. ngee :)

dalam perjalanan keluar tadi, jalan raya dekat Yogya ni sangatlah sesak.. dan dah mula dengar bunyi mercun n trumpet(ala yang tiup2 keluar bunyi tuu )..

sekejap je rasanya tempoh setahun.. tak lama lagi usia pernikahan saya pun akan mencapai setahun.. banyak pengalaman dan benda baru yang saya dapat dalam tempoh setahun ni..


saya sayang kejadian-kejadian yang indah sepanjang tahun 2010 ni


Join kursus pra-pernikahan di Shah Alam.. kursus ni wajib diambil untuk sapa-sapa yang nak nikah kat Malaysia.. sebab negaraku terchenta ni meletakkan syarat sapa-sapa nak bernikah kena ada sijil kurusus pra-perkahwinan ni dulu..in a week between kursus dan majlis bertunang, bertungkus lumus menyelesaikan dokumen dan borang-borang nikah yang kena isi.. buat ujian saringan HIV dan segala macam persiapan



diijabkabulkan dengan suami tersayang pada 7 Februari 2010, 8 hari selepas bertunang.. kami tunangan sekejap je kan :) nanti entri nikah ni saya buat special entri.. (err.. takpe kan walaupun dah lama nikah.. hehe)


seminggu lepas nikah, 14Februari 2010 kami pulang ke Indonesia untuk kuliah macam biasa.. dapat hadiah special dari MAS, kitorang diberi Romeo seats which is business class sebab seat economy untuk sebelah-menyebelah dah habis :) rezeki pengantin baru..

balik jogja bertungkus lumus setelkan tempat tinggal.. at first duduk berasingan dulu sebab kami tak jumpa rumah sewa dalam masa terdekat..
family saya datang Yogya waktu bulan mac.. ayah bawak rombongan cik kiah yang terdiri dari mama, uwan, balqis, maklong, makteh and aina.. saya dan suami sempat join diorang berholiday :) Alhamdulillah.. dalam bulan april kami dapat rumah sewa dah.. just nice for both of us.. dan sampai sekarang masih tinggal kat rumah tu..

sepanjang menjalani kesibukan as mahasiswa.. sempat jugak encik husband bawak saya berjalan-jalan ke pantai2 yang ada di Yogya.. sebab saya belum pernah pergi mana-mana pantai kat Yogya even dah 2 tahun kat bumi Yogya ni.. sekali 4 pantai suami saya bawak.. Pantai Baron, Pantai Kukup, Pantai Sundak dan Pantai Parang Tritis.. menghayati keindahan alam.. sangat best!! even lepas balik dari pantai tu muka masing masing memang sunburn, tapi puas hati sebab view dia Subhanallah~




then, dalam tahun ni jugak sempat ke Surabaya bersilaturrahim dengan rakan-rakan di sana.. perjalanan yang penuh dengan ukhuwah.. bertemu rakan-rakan baru.. Syukur ya Allah..

lepas ujian akhir semester sem 4 hari tu, kami pun balik Malaysia lagi.. cuti 2 bulan dari bulan julai sampai lah september.. Alhamdulillah dapat merasa berpuasa selama sebulan di Malaysia.. pengalaman pertama kali Ramadhan sebagai isteri dan keluarga baru.. pun pengalaman pertama berhari raya sebagai isteri dan keluarga baru.. sempat lah jugak berpening-pening nak raya mana dulu :)



habis raya, balik Yogya dan memulakan semester baru iaitu sem 5 yang dikatakan antara semester tersusah.. sekarang dah nak habis sem 5 memang terbukti kesusahannya.. huhu~
owh ya, sempat jugak saya dan suami join Bandung Games lepas balik raya tu.. encik husband main futsal dan saya main netball..


dan dalam pertengahan sem 5, selepas ujian midsem, kami dikejutkan dengan letusan merapi.. Yogya dihujani dengan abu merapi.. dan sekali lagi kami dapat balik Malaysia.. dapat pulak experience naik pesawat tentera Hercules.. nasib baiklah exam final dah masuk tahun 2011.. kalau tak dah bejaya mencapai rekod sebab balik 4 kali dalam setahun.. cumanya dah namanya pun evacuate, memang saya dan encik suami dengan santainya balik dengan selipar jepun dan tanpa peralatan yang cukup :P






ada hikmahnya kami dibawa pulang oleh pihak kedutaan.. dapat jugak kami menyambut Aidil Adha dengan famili di Malaysia.. sayangnya sambutan raya korban bersama pelajar-pelajar Malaysia di Yogya terpaksalah dibatalkan sebab majoriti students balik.. kalau hari pertama Aidil Fitri kelmarin di belah saya, Aidil Adha kami sambut di belah encik husband pulak.. kira adillah tu kan :)


cuma 2 minggu je kami dibagi cuti oleh pihak UGM.. bila balik Yogya semula, Alhamdulillah keadaan bertambah baik cumanya rumah yang kami tinggal sepanjang hujan abu dah tentulah berdebu dan berhabuk.. ambil masa lah jugak nak mengemasnya (^__^)



bila dah ada kat Yogya, mestilah menjalani kehidupan sebagai pelajar macam biasa.. kuliah, lab, assignment, presentation.. namun tugas tetap sebagai isteri pun berjalan seiiring.. kadang-kadang berlatih skill memasak di hujung minggu.. haha~




dan akhirnya sampai lah ke hari ini, iaitu hari terakhir 2010, sempat lagi ada presentation pagi tadi selama 2 jam.. kira last class untuk sem 5 ni.. kalau nak ikutkan minggu ni sebenarnya minggu tenang( study week) untuk fakultas farmasi.. tapi still ada kuliah ganti dan responsi lab.. dan tahun depan = minggu depan = 3 januari 2011 sampai 14 januari 2011, kami akan mula exam final.. doakan ya.. semoga Allah mempermudahkan urusan kami dan rakan-rakan..

begitulah alkisahnya catatan kasar kenangan-kenangan indah tahun 2010.. banyak lagi sebenarnya tapi cukuplah ini dulu.. saya memang dok tunggu-tunggu tahun 2011 semenjak confirmed tiket balik Malaysia kami bertarikh 19 Januari.. dah tak lama lagiiii~ semoga Allah panjangkan umur dan mempertemukan kami dengan tarikh tersebut.. ameen
goodbye 2010

sudah masuk 2011..



sekian sahaja,
jazakumullah khaira ~



Saturday, December 25, 2010

2010 belum habis lagi

assalamualaikum..

haha walaupun tahun 2010 belum pun habis lagi.. ada lebih kurang 6 hari lagi baru nak cecah januari 2011.. tapi saya nak cepat-cepat buat entri sum up of 2010.. huu~

sebenarnya saya kurang sehat.. a bit fever.. flu dan batuk yang dahsyat.. serasa saya dah dekat nak sebulan lebih saya batuk.. since merapi erupted hari tu.. actually saya yang gatal-gatal pergi bersihkan abu-abu merapi yang ada kat luar rumah, walaupun dah ditegah encek suami, tu lah degil .. lepas tu sampai ke la ni ta henti-henti saya batuk.. dah macam-macam obat saya telan.. jumpa dokter pun dah.. tapi still belum elok lagi.. husband saya pun dah mula rasa tak sedap badan macam nak demam dan sakit tekak.. ye lah cuaca kat sini pun tak menentu sejak merapi meletup hari tu.. kadang sejukkk banget.. kadang panasss banget.. risau pulak saya.. dah lah isnin ni kami dah mula nak berperang untuk final exam.. doakan kesihatan kami ya.. :)

urm~ tiba2 rasa tak sedap badan pulak.. saya dekat cc ni sebenarnya.. bau asap rokok kuatlah pulak.. padahal saya dekat non-smoking area..

tunggu next post lah nampaknye ye
mungkin saya akan letak gambar sepanjang tahun 2010 ni :)

sekian sahaja
jazakumullah khaira

Saturday, December 18, 2010

tak tahu nak mula dari mana

assalamualaikum

apa khabar kah anda semua.. haha cara bertanya macamlah ada yang view page saya ni.. tadi baru je tengok stats dekat blogspot ni.. memang berkurang sungguh jumlah page viewing.. entah-entah beberapa viewer yang tersisa tu just buat lintasan hormat je dekat page saya ni.. ye lah, mana taknya, dari bulan ke bulan takda apa pun yang ditaipkan oleh Puan Husna ni.. maaf maaf.. saya memang dah kurang sense of blogging .. huhu :)

sebenarnya.. banyak benda yang nak saya coretkan cumanya saya tak tahu nak mula dari mana.. dah lama saya tinggalkan blogspot ni.. sampaikan nak sign in ke account blogspot ni pun sempat saya terlupa apa passwordnya.. huu.. pathetic sungguh bunyinya.. tu lah, kadang-kadang saya rasakan benda yang sama terjadi antara saya dan rakan-rakan.. bila lama tak bertemu, lama ta berborak-borak, bergurau senda, bersharing2 story, rasa macam dah jauh.. bila dah berjumpa setelah lama tak jumpa mesti macam kelu je nak start over the conversation.. pernah tak korang rasa macam tu?? huuuu~ actually hari tu berborak dengan sorang rakan batch saya, kitorang pun rasa macam dah jauh between our batches especially the muslimat.. sebab kami dah lama tak buat usrah.. selalunya, time usrah lah kami dapat gather batch 08 muslimat sebab waktu2 lain masing2 sibuk dengan study.. yang medic dengan hal medic, yang farmasi dengan hal farmasi.. cumanya, terkesan jugak dengan apa yang kawan saya kata " yang penting kita jangan jauh dari Allah ".. subhanallah~ best thought ever.. ingat tu!! kalau taknak jauh dengan Allah hubungan dengan Allah kena lah jaga.. sama lah jugak.. taknak jauh dengan manusia, hubungan dengan manusia kena lah jaga.. :) sekadar peringatan buat saya dan siapa-siapa yang baca..



sekarang dah pun bulan desember.. dan tahun baru Hijrah dan pun bermula.. besday saya dalam hijrah is 3rd Muharam tau :) okey okey takde kaitan..
saya dan husband ada beli diari harian Muslimin dan Muslimah.. kami beli time cuti evakuasi Merapi hari tu.. bagus jugak dalam diari tu ada banyak pesanan, artikel, potongan ayat Al-Quran, motivasi dan macam-macam lagi.. saiz dia pun cute je macam saiz novel Komsas time skolah menengah dulu.. sangat portable lah.. actually kalau ada diari ni tak semestinya perlu mencatat segala isi kehidupan kita sehari-sehari.. sebenarnya sekadar reminder je.. macam organizer lah jugak fngsi nya.. apesal gaya macam salesgirl je saya nih? macam lah dapat komisen.. haha~ saja-saja je saya promote diari tu.. kalau berminat boleh lah bergegas-gegas ke kedai Popular terdekat ye.. :) lain kali saya update dengan gambar sekali ye.. saya try carik kat google tak jumpa pulak gambar dia..

semenjak dah menjadi isteri ni kan.. saya asyik menggoogled resipi2 je.. takpun baca blog blogger2 yg rajin memasak dan upload masakan mereka kat blog.. nak kata saya rajin masak tidak lah pula.. tapi memang tu lah minat saya yang tak dapat dibendung selain dari makan.. macam-macam resipi saya tengok.. dan asyik berangan nak try itu ini.. sampaikan saya save game cooking academy lagi.. best jugak main game masak2 ni walaupun in real tak pandai masak.. tapi husband saya lagi hebat main dari saya.. dia asyik dapat A+ je untuk setiap task masakan.. kalau saya nak dapat B+ pun macam susah.. haha~

yang penting, exam final ni yang kena struggle betul-betul.. huhu~ insyaAllah awal januari ni kami akan menduduki UAS(ujian akhir semester) untuk semester 5.. ayoh berperang selama 3 minggu.. doakan kami semua.. lepas hbis exam, apa lagi, Malaysia here we come <3


ok lah.. itu je lah.. kan saya dah kata tadi saya tak tahu nak mula dari mana.. dan macam ni lah jadinya entri untuk hari ni.. entah bila lah lagi saya akan menghupdate blog terchenta saya ni.. huuu~

lagi sebulan nak balek Malaysia.. saya mencari-cari jugak kot kot ada tiket Airasia yg murah time saya cuti nanti.. teringin nak bercuti-cuti suami isteri.. dalam masa yang sama tak sabar nak spend masa dengan family back in Malaysia :P




~doakan kami dari kejauhan~




okeyh sekian saja,
jazakumullah khaira

Saturday, October 16, 2010

Quick Update

assalamualaikum semuaaaaaa~
memang teramat sangat lama saya tidak mengupdate blog.. sampaikan ada yang kata ".bukan sawang je kat blog ni.. tadi baru je halau burung yang wat sarang kat blog una nih" maaf ye semua.. maaf maaf

this is just a quick update actually...

Bandung Games 2010
last weekend saya dan encek husband telah mewakili kontinjen yogyakarta sempena Bandung Games yang diadakan di Bandung.. saya main netball dan encek husband pulak main futsal.. athlete couple lah katakan.. :) waahhh sangat rindu dengan netball lama betul tak main jadi excited.. tapi team kami kalah di awal2 permainan.. huhu.. pun excited sebab dapat ke Bandung.. it was my first time in Bandung and 2nd time for my husband.. tapi dah namanya bersukan, maka tidaklah sempat nak berjalan berdating mahupun berhoneymoon ke sana ke mari... bandung sangat sejuk.. insyaAllah ada rezeki mahu ke sana lagi.. owh ya.. saya jumpa ramai kawan-kawan lama.. kawan-kawan dari MRSM BP, KMNS.. suami saya pun dapat jumpa kawan-kawan lama dari KISAS dan KMNS..
Bandung games ni melibatkan mahasiswa malaysia yang ada di Indonesia.. meriahlah jugak sebab mengumpulkan ramai student2 malaysia..


SEMESTER 5
sekarang kami dah pun berada di tahun ketiga pengajian.. untuk sem kali ni agak tough jugak.. sebab kami ada 10 subjek.. dan ada 2 praktikum/lab.. dah lah subjek-subjek agak berat which are :
  • farmakokinetika klinik
  • farmakologi klinik
  • patologi klinik
  • toksikologi
  • biofarmasetika
  • perbekalan steril-with lab
  • kimia medisinal
  • metode penelitian
  • immunologi- with lab
  • histopatologi
haaa... macam berat je kan tajuk-tajuk tu semua.. kebanyakan struktur soalan untuk subjek sem ni adalah essay.. jadi kena usaha lebih gigih.. lagi berapa hari kami akan menduduki Ujian Tengah Semester.. starting 15 Oct- 11 Nov.. doakan kami ye..
Gud luck and All the best kepada kawan-kawan yang akan menduduki ujian dalam masa terdekat ni..

"Allahumma zidna ilman warzuqna fahman.. Ya Allah, tambahkan ilmu kami, dan anugerahkan pemahaman kepada kami. "
okeyh.. sekian sahaja quick update dari saya.. insyaAllah ada ruang dan peluang, kita jumpa lagi..

untuk hubby tersayang.. semangat untuk hadapi exam.. oh ye.. una dedicate lagu ni untuk abang..

For the Rest of My Life Lyric

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving youFor the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my husband and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and nightI`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart



okeyh.. sekian sahaja quick update dari saya.. insyaAllah ada ruang dan peluang, kita jumpa lagi..

sekian saja,
jazakumullah khaira

pesan saya 1 : saya sangat rindu dengan family di Seremban dan Kelang
pesan saya 2 : rindu ain, aimi, ekin, nadho, ecah, syai dan lain-lain
pesan saya 3 : pesan 1 dan pesan 2 tu bukan pesanan tapi kerinduan :)
pesan saya 4 : gambar di atas waktu kami di Bandung <3
pesan saya 5 : lirik Maher Zain tu saya tukar perkataan wife jadi husband..

Wednesday, July 14, 2010

i feel good

assalamualaikum semuaaaaa~

nampak tak apa yang lain hari ni?
jeng jeng jeng...
saya dah tukar layout tau.. macam sejuk je tengok warna biru ni.
sebenarnya agak ketinggalan lah jugak sebab saya baru je tau yang blogger ada bagi feature baru untuk design and template.. kira makin canggih dan senang lah, tak payah nak bersusah-susah mengedit template lagi.. huhu~

bye bye layout lama


tu yang yakin je saya menukar layout nih.. encek husband pun suka.. sejuuuukk je mata katanya..


to reach the top, the first step counts..



okeyh.. saya mintak diri dulu

sekian sahaja
jazakumullah khaira