Monday, March 9, 2009

junjungan mulia

assalamualaikum

selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah S.A.W


teringat lagi zaman persekolahan..
tak kira dari sekolah rendah sampai la ke sekolah menengah..
setiap kali tiba 12 RabiulAwal, bermacam-macam aktiviti yang diadakan
nasyid, forum, ceramah,
terutamanya perarakan maulud nabi..
kalau waktu sekolah rendah dah tentu berarak ikut rumah sukan
waktu sekolah menengah pulak berarak ikut homeroom besar..
berarak dalam barisan sambil memakai pakaian yang cantik2..
membawa sepanduk dengan tulisan khat..
berselawat dengan penuh semangat
betapa kecintaan pada nabi dipupuk dalam diri



teringat jugak saya pada tahun lepas,
ketika berada di matrik
mungkin lumrah
di zaman sekolah
semuanya diatur oleh guru-guru
tapi tak sama bila dah ada dalam institut pengajian tinggi
bilamana semua benda mesti diuuruskan sendiri
makanya, pada maulud nabi tahun lepas,
terasa kerinduan yang amat untuk berselawat dengan penuh semangat macam waktu
berarak zaman sekolah dulu,
jadik, saya, fifa, ecah, kay, yan, sue telah berkumpul di bilik dan mengalunkan selawat..
sungguh, semangat yang hadir tu teramatlah different..



dan hari ini
di bumi jogjakarta,
syukur alhamdulillah..
kumpulan usrah saya telah berjaya membuat pertemuan
dan topik yang dibincangkan sudah tentu mengenai junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
sebanyak-banyaknya.. hari yang penuh bermakna ini tidak berlalu dengan sia-sia..
syukran jazilan buat naqibah : kak ain(sebaya sbnrnya) n kak tikah..
juga buat rakan2 usrah : feez, shida, fika n hajar



teringat kali pertama menjejakkan kaki ke Makam Nabi di Masjid Nabawi pada tahun 2005..
perasaan yang tak terungkap..
kerana masih di beri ruang dan peluang untuk menziarah makam nabi..
insan yang kita akui kerasulannya dalam syahadah..
insan yang masih mengenangkan umatnya disaat2 kewafatan..
hanya air mata mengiringi doa-doa yang saya lafazkan..
sampai sekarang pon masih terasa manisnya berada di sana
sampai sekarang pon masih terasa getar ketika membaca doa di sana
dan sampai sekarang pun masih mengharap dalam doa agar diterima lagi menjadi tetamu di bumi Makkah dan Madinah..


urmm~
kamu semua mesti ingat dengan nasyid ni..
saya sangat suka dengan nasyid2 dulu sebab banyak menceritakan tentang sirah nabi..


Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh saadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiul Awwal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat yang saadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambut tiba
Lahirnya putera yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia


sekian sahaja


jazakumullah khaira

pesan saya 1 : signifikan dari sambutan maulidurRasul neh adalah supaya kita dapat memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bila kita memperingati baginda kita dapat menambahkan lagi perasaan cinta dan kasih serta menghargai dan mengambil pengajaran dalam suka duka perjuangan baginda.
pesan saya 2: cuba tepuk dada dan tanya minda kita.. sejauh mana kecintaan kita pada Rasulullah SAW..(pesanan untuk diri sendiri juga)

0 who cares: