Thursday, June 11, 2009

cukuplah mati itu sebagai satu peringatan

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh~

telah pulang ke rahmatullah..
si polan bin si polan pada jam sekian sekian
dan beberapa kata2 yang kurang jelas

itulah antara kata2 yang dapat saya tangkap dan sering saya dengar sejak akhir-akhir ini..
tak keterlaluan kalau saya katakan hampir setiap hari ada sahaja pengumuman mengenai kematian penduduk2 di sekitar kawasan saya tinggal.. pernah satu hari, tapi tak ingat the exact day, satu pengumuman dibuat sebelum saya kluar dari kost untuk ke kuliah.. dan kemudian, bila saya balik dari kuliah pada petangnya, terdengar lagi satu pengumuman kematian penduduk sekitar.. innalillahi wa inna ilaihi raji'un~
sungguh Allah maha berkuasa untuk menarik nikmat hidup hambaNya.. semuanya bergantung pada diri kita.. mahu dalam keadaan apakah diri kita ketika malaikat izrail datang untuk mencabut nyawa...

teringat kembali, sewaktu berada di tanah haram makatul mukaramah pada tahun 2005 untuk mengerjakan umrah... pertama kali dalam hidup saya mengikuti sendiri solat jenazah.. jujur, itulah kali pertama saya ikut solat jenazah.. bayangkan sahaja.. tambah2 terkejut bila mama maklumkan yang jenazah yang disolatkan selalunya lebih dari satu..
ya!! sekali waktu solat hampir 5 jenazah akan diusung.. malah lebih.. hinggakan menjadi habit saya pulak setiap kali selesai sahaja s0lat jenazah, lekas2 saya meninjau melalui laluan tawaf tingkat atas masjidil haram(itupun ketika kami bersolat di tingkat atas). semata-mata untuk menghitung berapa jumlah jenazah yang diusung keluar..dan waktu itu juga air mata saya mengalir tanpa segan.. hati jadi sayu dan takut... dan semenjak itu, saya seakan2 sedar bahawa kematian itu sangat2 dekat.. dalam sehari sahaja lebih dari 30 insan yang sudah bergelar mayat.. itu baru hitungan mayat yang disolatkan di masjidil haram, belum kira yang di luar-luar sana, yang matinya dalam keadaan sempurna atau tidak, shahid atau tidak, diketahui atau tidak dan yang paling paling penting .. matinya dalam iman atau tidak..
dari situ, saya menyedari sesuatu.. betapa beruntungnya jenazah-jenazah yang disolatkan di masjidil haram.. beribu-ribu manusia yang menyolatkan mereka.. beribu-ribu doa yang mereka terima untuk pengampunan dari Allah s.w.t.. subhanallah~

“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh…” (QS. An-Nisa (4): 7

urm~ banyak sangat ayat dalam Al-Quran yang menjelaskan tentang ini.. jadi sudah jelas2 kematian itu sesuatu yang pasti.. dan perlu ingat, mati tak bermakna pengakhiran.. ia merupakan permulaan ke alam barzakh.. direhatkan sementara sebelum tibanya hari akhirat untuk dihitung segala amal-amalan kita.. jadi jom lah kita beramai-ramai introspeksi diri.. "cukup ke bekal untuk hari akhirat nanti?"... s0, jom lah kita beramai-ramai mencari bekal kat dunia ni, untuk dibawak ke hari akhirat nanti... eit.. tau kan bekal yang saya maksudkan.. bukan bekal tupperware, mahupun makan-makanan dan harta benda.. tapi bekal yang kekal abadi iaitu amal-ibadah dan takwa pada Allah s.w.t...

bukannya apa,perangai manusia ni macam macam ada.. tapi sifat lupa tu yang tak boleh elak.. lupa yang kita semua pon sama-sama hamba Allah s.w.t, lupa yang kita pon semuanya datang dari sumber yang sama, dan lupa yang diakhir hayat akan dikapankan dengan jenis kain yang sama..

jadi, untuk tak melupakan diri saya dan korang2 semua, terutamanya rakan-rakan di bumi jogja ni.. meh kita ramai-ramai join program anjuran UPIMI pada hujung minggu ni
"Bengkel Pengurusan Jenazah 2009"




urm~ sangat menarik bukan.. ilmu yang kita dapat adalah sangat2 bermakna, the more we discover, the more we realize how little we know.. jadi, dalam usia2 yang makin mendewasakan ni, kesedaran diri tu yang penting, n0 one will care of u until u d0 so~

"CUKUPLAH KEMATIAN SEBAGAI SATU PERINGATAN"

boleh jugak melawat ke blog UPIMI sendiri.. kalau nak tahu lagi lanjut
sila klik >>>>>> http://www.upimijogja.blogspot.com/


sekian sahaja..

jazakumullah khairan kasiran

0 who cares: