Sunday, July 11, 2010

entri tergantung

assalamualaikum...

agak cliche kalau saya mulakan entri dengan kata " dah lama saya tak update blog tercinta mentang-mentanglah ada suami tercinta dan dah bersawang-sawang dah blog ni" .. tapi memang saya totally takda idea nak start macam mana entri kali ni.. maka saya pun akan tulis jugak dah lama saya tak update blog tercinta mentang-mentanglah dah ada suami tercinta \\(^_^)//

fuuuhhhh.. memang sangatlah bersabar cik puan husna ni kan.. lebih 3 bulan jugak tak buat latihan speed type kat blog terchenta ni.. too much things to tell but to much things to keep too.. jadi kalau bercakap dan berdiam itu tiada banyak bezanya, maka eloklah berdiam kan.. means must consider more~ dalam masa yang sama sumber internet pun tak mencukupi.. dah jarang on9 tu yang payah jugak nak berblog ni.

sekarang ni saya dan suami @ kami ( haruslah menukar kata ganti nama diri sebab now it's all about us :) tengah menghitung-hitung hari nak balik.. yep yep.. lagi beberapa hari kami akan menjejakkan bumi Malaysia.. semoga Allah mempermudahkan hari-hari kami dan memberi kesempatan agar dapat pulang ke Malaysia.. ameen.. dah rindu-rinduan ni dengan semua ahli keluarga ~ tapi kami belum decide lagi nak balik mana dulu.. balik kelang dulu ke balik seremban.. pening jugak ni.. :P

dalam masa sebulan setengah dari pertengahan jun sampai akhir july ni memang kami akan bermarathon exam lah jawabnya.. baru je selesai exam final sambung pulak dengan ujian pembaikan sem ganjil, lepas tu sambung pulak dengan exam pembaikan sem genap..
sangat lah menguji.. semester kali ini kami mempunyai 7 subjek iaitu analisis klinik, radiofarmasi, patologi, etnofarmasi, bioanalisis, farmakokinetik, farmakologi molekuler, dan kewarnageraan.. oh ya, itu subjek untuk semester 4 tau.. lepas balik cuti nanti start lah tahun baru buat kami iaitu semester 5 tahun ketiga sebagai mahasiswa farmasi, ..

saya mintak izin dulu.. maaf entri tergantung.. coupon wifi dah nak habis.. insyaAllah ada masa saya update lagi..



assalamualaikum

sekian sahaja
jazakumullah khaira

5 who cares:

Nawa said...

UNAAAAAAAAA dan juga suami.

semoga berjaya eh??

.fateha aziz. said...

Puan Husna, hapdate jugak kamu belog ini yer. alhamdulillah, semuanye baek3 sajek. good luck exam ye. miss u =)

shinawawa eyenie said...

rjn2 ler update

qishie said...

ahaha..comel je.balik mana2 pun tak kisah.janji balik.hehe

Aimerul Asyraff Za`aismail said...

Klang dan Seremban. dua-dua pun balik.. =) btw.. I love this new blue background.