hari terakhir 2010.. dengan jayanya telah mengajak husband untuk ke warnet(warung internet) sebab saya nak update blog.. ngee :)
dalam perjalanan keluar tadi, jalan raya dekat Yogya ni sangatlah sesak.. dan dah mula dengar bunyi mercun n trumpet(ala yang tiup2 keluar bunyi tuu )..
sekejap je rasanya tempoh setahun.. tak lama lagi usia pernikahan saya pun akan mencapai setahun.. banyak pengalaman dan benda baru yang saya dapat dalam tempoh setahun ni..
saya sayang kejadian-kejadian yang indah sepanjang tahun 2010 ni
Join kursus pra-pernikahan di Shah Alam.. kursus ni wajib diambil untuk sapa-sapa yang nak nikah kat Malaysia.. sebab negaraku terchenta ni meletakkan syarat sapa-sapa nak bernikah kena ada sijil kurusus pra-perkahwinan ni dulu..in a week between kursus dan majlis bertunang, bertungkus lumus menyelesaikan dokumen dan borang-borang nikah yang kena isi.. buat ujian saringan HIV dan segala macam persiapan
diijabkabulkan dengan suami tersayang pada 7 Februari 2010, 8 hari selepas bertunang.. kami tunangan sekejap je kan :) nanti entri nikah ni saya buat special entri.. (err.. takpe kan walaupun dah lama nikah.. hehe)
seminggu lepas nikah, 14Februari 2010 kami pulang ke Indonesia untuk kuliah macam biasa.. dapat hadiah special dari MAS, kitorang diberi Romeo seats which is business class sebab seat economy untuk sebelah-menyebelah dah habis :) rezeki pengantin baru..
balik jogja bertungkus lumus setelkan tempat tinggal.. at first duduk berasingan dulu sebab kami tak jumpa rumah sewa dalam masa terdekat..
family saya datang Yogya waktu bulan mac.. ayah bawak rombongan cik kiah yang terdiri dari mama, uwan, balqis, maklong, makteh and aina.. saya dan suami sempat join diorang berholiday :) Alhamdulillah.. dalam bulan april kami dapat rumah sewa dah.. just nice for both of us.. dan sampai sekarang masih tinggal kat rumah tu..

sepanjang menjalani kesibukan as mahasiswa.. sempat jugak encik husband bawak saya berjalan-jalan ke pantai2 yang ada di Yogya.. sebab saya belum pernah pergi mana-mana pantai kat Yogya even dah 2 tahun kat bumi Yogya ni.. sekali 4 pantai suami saya bawak.. Pantai Baron, Pantai Kukup, Pantai Sundak dan Pantai Parang Tritis.. menghayati keindahan alam.. sangat best!! even lepas balik dari pantai tu muka masing masing memang sunburn, tapi puas hati sebab view dia Subhanallah~
then, dalam tahun ni jugak sempat ke Surabaya bersilaturrahim dengan rakan-rakan di sana.. perjalanan yang penuh dengan ukhuwah.. bertemu rakan-rakan baru.. Syukur ya Allah..
then, dalam tahun ni jugak sempat ke Surabaya bersilaturrahim dengan rakan-rakan di sana.. perjalanan yang penuh dengan ukhuwah.. bertemu rakan-rakan baru.. Syukur ya Allah..
lepas ujian akhir semester sem 4 hari tu, kami pun balik Malaysia lagi.. cuti 2 bulan dari bulan julai sampai lah september.. Alhamdulillah dapat merasa berpuasa selama sebulan di Malaysia.. pengalaman pertama kali Ramadhan sebagai isteri dan keluarga baru.. pun pengalaman pertama berhari raya sebagai isteri dan keluarga baru.. sempat lah jugak berpening-pening nak raya mana dulu :)
habis raya, balik Yogya dan memulakan semester baru iaitu sem 5 yang dikatakan antara semester tersusah.. sekarang dah nak habis sem 5 memang terbukti kesusahannya.. huhu~
owh ya, sempat jugak saya dan suami join Bandung Games lepas balik raya tu.. encik husband main futsal dan saya main netball..
dan dalam pertengahan sem 5, selepas ujian midsem, kami dikejutkan dengan letusan merapi.. Yogya dihujani dengan abu merapi.. dan sekali lagi kami dapat balik Malaysia.. dapat pulak experience naik pesawat tentera Hercules.. nasib baiklah exam final dah masuk tahun 2011.. kalau tak dah bejaya mencapai rekod sebab balik 4 kali dalam setahun.. cumanya dah namanya pun evacuate, memang saya dan encik suami dengan santainya balik dengan selipar jepun dan tanpa peralatan yang cukup :P

ada hikmahnya kami dibawa pulang oleh pihak kedutaan.. dapat jugak kami menyambut Aidil Adha dengan famili di Malaysia.. sayangnya sambutan raya korban bersama pelajar-pelajar Malaysia di Yogya terpaksalah dibatalkan sebab majoriti students balik.. kalau hari pertama Aidil Fitri kelmarin di belah saya, Aidil Adha kami sambut di belah encik husband pulak.. kira adillah tu kan :)
cuma 2 minggu je kami dibagi cuti oleh pihak UGM.. bila balik Yogya semula, Alhamdulillah keadaan bertambah baik cumanya rumah yang kami tinggal sepanjang hujan abu dah tentulah berdebu dan berhabuk.. ambil masa lah jugak nak mengemasnya (^__^)
bila dah ada kat Yogya, mestilah menjalani kehidupan sebagai pelajar macam biasa.. kuliah, lab, assignment, presentation.. namun tugas tetap sebagai isteri pun berjalan seiiring.. kadang-kadang berlatih skill memasak di hujung minggu.. haha~
dan akhirnya sampai lah ke hari ini, iaitu hari terakhir 2010, sempat lagi ada presentation pagi tadi selama 2 jam.. kira last class untuk sem 5 ni.. kalau nak ikutkan minggu ni sebenarnya minggu tenang( study week) untuk fakultas farmasi.. tapi still ada kuliah ganti dan responsi lab.. dan tahun depan = minggu depan = 3 januari 2011 sampai 14 januari 2011, kami akan mula exam final.. doakan ya.. semoga Allah mempermudahkan urusan kami dan rakan-rakan..
begitulah alkisahnya catatan kasar kenangan-kenangan indah tahun 2010.. banyak lagi sebenarnya tapi cukuplah ini dulu.. saya memang dok tunggu-tunggu tahun 2011 semenjak confirmed tiket balik Malaysia kami bertarikh 19 Januari.. dah tak lama lagiiii~ semoga Allah panjangkan umur dan mempertemukan kami dengan tarikh tersebut.. ameen
goodbye 2010
sudah masuk 2011..
sekian sahaja,
jazakumullah khaira ~