Wednesday, June 18, 2008

ada apa dengan baku??

assalamualaikum...




uishh.. malam ni merupakan malam yang sangat mencabar buat insan yang bernama husna zainal.. sangat-sangat la tertekan kerana celcom broadband yang sedang ku gunakan ini sangat-sangat lah slow tahap kelajuanya.. mengalahkan siput sedut.. serius tertekan yang amat tahap giga.. sebenarnya kalau nak diikutkan memang jarang sekali una menggunakan teknologi canggih macam bodben(nama manja bg broadband) ni.. tapi disebabkan beberapa komplikasi yang berlaku terhadap streamyx ku di rumah menyebabkan una terpaksa menggunakan bodben ni.. hwaaa.. sungguh bukannya una berniat nak mengenepikan kegunaan bodben ketika streamyx masih elok cuma kita perlu penjimatan masa.. "time is precious".. namun mungkin bodben dah merajuk dengan una lalu buat hal pulak sekarang.. haa.. sekarang baru padan muka una.. bodben telah menunjukkan belangya dengan asek disconnected.. huhuhu...

serius masalah yang dibuat oleh bodben telah menybabkan perbualan una di ym terganggu dengan ketara.. so.. una nak minta maaf bagi pihak bodben kepada sahabat2 ku ecah, kay, hazim dan alep kerana perbualan kita di ym tergendala..

mungkin kamu semua merasa hairan dengan penggunaan bahasa dan tulisan yang saya gunakan untuk post hari ini bukan?? hmm.. apatah lagi tuan punya diri yang menulisnya.. memang sedikit janggal.. penggunaan bahasa melayu yang sempurna dan baku.. walaupun ada bercampur sedikit bahasa inggeris.. sebenarnya, mengikut sejarah yang sahih lagi benar, penemuan saya terhadap beberapa artikel dan post para blogger yang berjaya menarik perhatian saya apabila mereka menggunakan ejaan bahasa melayu yang asli.. tiada sebarang penambahan 'r' mahupun 'w' dibelakang perkataan yang diakhiri dengan huruf vokal(a,e,i,o,u).. juga tiada sebarang singkatan yang digunakan.. ada juga antara mereka yang mengupas isu penggunaan ejaan dan bahasa yang sempurna dalam sesuatu artikel ataupun blog.. maka disebabkan itulah saya trpanggil untuk mencuba menulis dalam ejaan yang sempurna tanpa menggunakan sebarang singkatan...

kalau hendak diikutkan saya pernah terpukul setelah membaca artikel seorang penulis dan pakar motivasi terkenal... sejarahnya begini, ketika itu saya baru selesai memberi komen di dalam salah satu artikel yang dibuatnya di dalam blog.. komen yang diberi menggunakan ejaan singkatan.. misalnya saya=sy , ustaz=ust.... cuma salam sahaja yang saya ejakan sepenuhnya.. setelah selesai saya menulis komen dan siap dihantar, saya menuju ke artikel2 beliau yang lain.. mungkin ketika itu Allah S.W.T telah menggerakkan hati saya untuk membaca artikel tersebut.. antara isi kandungan artikel tersebut menyatakan bahawa penulis sememangnya tidak gemar akan insan2 yang menggunakan bahasa singkatan.. dan antara contoh yang diberi adalah 'ust' ... sguh saya tersentak.. penulis malah sempat memohon maaf dan memberi pesanan bahawa beliau tidak teragak-agak untuk tidak membalas tulisan mereka-mereka yang menggunakan ejaan singkatan.. sungguh sejak dari itu saya jarang menggunakan ejaan singkatan namun hanya untuk ejaan ayat-ayat yang berbentuk islamic.. untuk perkataan harian biasa masih saya gunakan ejaan singkatan.. masih tidak insaf..


kadang-kadang saya sungguh merasa malu dengan insan-insan yang mampu menggunakan bahasa melayu mahupun bahasa inggeris dengan cukup baik tanpa cacat cela.. sedangkan saya yang sudah bermain dengan pelbagai prosa, frasa dan keunikan bahasa melayu sejak terlibat dalam dunia perdebatan masih lagi tidak memartabatkan bahasa ni sebaiknya.. pernah juga merasakan diri ini cukup hipokrit apabila berSMS dengan guru bahasa melayu di sekolah dengan ejaan yang penuh.. bukannya apa cuma teringat kata-kata beliau yang cukup tidak gemar apabila ejaan dipendekkan walaupun dalam SMS.. namun saya punya pendapat sendiri ketika itu.. pada pemikiran saya ejaan yang digunakan dalam SMS itu adalah sekadar untuk menjimatkan ruangan yang dihadkan dalam handphone itu sendiri.. namun tak berani saya suarakan kerana menghormati beliau yang lebih makan asam garam.. juga takut dikatakan pendapat saya itu hanyalah alasan semata-mata...

namun.. untuk berubah secara total sememangnya memerlukan masa... ini pun saya masih dalam proses berlatih untuk terus-terusan menaip dalam ejaan yang sempurna...

rasanya sampai di sini sahaja latihan ejaan untuk kali ini.. huhu....
walauapapun saya ingin berpesan bahawa kita seharusnya berbangga dengan Bahasa Melayu.. ingatlah bahawa Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca dan tidak salah sekiranya kegemilangan bahasa melayu dikembalikan seperti waktu itu....


maaf sekiranya coretan ini ada yang menyinggung mana-mana pihak..
jazakumullah

2 who cares:

Nawa said...

OHO

sememangnya menggunakan bahasa melayu secara total memang mengujakan.

namun apakan daya,

tahap ekspresi diri kadang kala amat lemah apabila menggunakan bahasa melayu.tambahan pula,tahap bahasa inggeris perlu dibaik pulih atas sebab perlu menduduki ujian bahasa inggeris tahap internasional.

alangkah baik bukan jika dapat menulis dengan baik dalam bahasa melayu.sungguh diri ini pun teringin hendak menulis dalam bahasa melayu asli. pernah mencuba. hasilnya pun agak memuaskan ( ya, ini pengakuan syok sendiri..ahahah)

Anonymous said...

hahaa.. waah.. awa.. i'm impress..
hikhik... perasaannya seperti membaca sajak ketika membaca komen dari kamu ini.. huhuhu.... lenggok bahasa nya amat indah sekali.. menambahkan kesahihan penyataan kamu itu [sungguh diri ini pun teringin hendak menulis dalam bahasa melayu asli. pernah mencuba. hasilnya pun agak memuaskan]