Saturday, September 20, 2008

kurniaan adalah ujian



assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh




ku akui kelemahan dirii..

ku insafi kekurangan ini..

ku kesali kejahilan ini..

terima lah taubatku ini..


uiks?? kamu semua hairan ke dengan ayat una kat atas tu?? huhuu... tu cuma petikan dari nasyid bertajuk taubat seorang hamba oleh irsyadee dan hafiz(ex-unic).. sungguh menyentuh kalbu una bila mendengar nasyid tersebut..


sepanjang una berada di bumi jogja ini.. belum pernah una diuji sebegini hebat... namun Allah S.W.T itu Maha Berkuasa dan Mengetahui.. dan una sangat yakin.. ujian yang diberikan kepada una adalah mengikut kemampuan una untuk menghadapinya.. namun dalam keadaan sedang diuji itu terpacul juga mulut ini mengatakan 'bad day'... namun setelah berada dalam keadaan yang agak tenang.. una bermuhasabah.. semua yang berlaku ada hikmahnya.. dan ujian yang diberi menunjukkan Allah S.W.T masih menyayangi una sebagai hambanya.. ameen..



ujian pertama: una telah bangun lambat pada pagi tadi.. jam 6.45 pagi.. sedangkan una ada kuliah Kimia Farmasi Dasar pada jam 7.00 pagi... dalam keadaan kelam kabut, una bersiap2 untuk ke kuliah.. terlintas juga di fikiran una untuk tinggalkan je kuliah ganti tu.. namun ku gagahi juaaaa.. lambat pon lambatlah.. dalam perjalanan keluar kos una memikirkan jalan terbaik ialah untuk menaiki teksi yang hanya mengambil masa 5 minit untuk ke fakulti berbanding jalan kaki selama 20 minit.. namun pengorbanannya adalah 'financial'.. huhuu.. kalau naik teksi akan di charge sebanyak 10000 rp.. tapi kalau naik bus cuma 2500rp.. akhirnya una memilih teksi.. dan telah sampai ke fakulti jam 7.20... walaupun lambat 20 minit.. una merasakan lebih baik una datang lambat daripada tak datang langsung.. sebanyak-banyaknya, di kuliah una masih akan dapat ilmu berbanding jika berada di bilik.. walaupun sejujurnya una kurang memahami ajaran Pak Sadjirman kerana penggunaan bahasa jawa beliau yang sangat pekat..




ujian kedua: setelah selesai kuliah.. my fren name lye yan ajak una ke malioboro... memandangkan mereka mahu pulang ke malaysia dan ingin membeli ole-ole untuk org2 di malaysia.. una dengan rasa konfidennya bersetuju.. kami pergi berempat.. una, lye yan, precila n mages.. setibanya di malioboro.. kami memulakan agenda.. sebenarnya una sekadar mahu menemani mereka kerana memudahkan una untuk menawar harga.. huhuhu... setelah masuk waktu solat zohor, una menunaikan kewajipan yang satu itu di musholla yang terletak di malioboro mall sementara rakan2 ku tadi pergi ke McD untuk mengambil lunch mereka.. selesai solat, una mendapat panggilan dari mama.. una menyangkakan itu merupakan panggilan biasa.. namun tidak.. debaran bertambah bila mama cakap macam ni "mama nak bagitau una ni, tapi una jangan terkejut pulak eyh.. bawak bersaba" rub-rub... jantung una bertambah kencang.. apakah itu... mama meneruskan bicara.. akhirnya terungkai juga persoalan di kepala ini.. nenek sebelah ayahku sudah meninggalkan dunia yang fana ini.. innalillah wa inna ilaihi raji'un.... sungguh saat itu juga airmata bercucuran.. una cukup terkilan kerana tidak dapat melihat uwan buat kali terakhir sebelum dikebumikan.. mama sempat menerangkan yang arwah uwan meninggal dalam keadaan sempurna.. arwah meeninggal dalam tidur... namun syukur kerana arwah dipanggil dalam bulan suci Ramadhan.. ya Allah, kau peliharalah roh uwanku di sana ya Allah.. kau ampunkanlah segala dosa-dosa nya.. ameen.. Al- Fatihah...


setelah mendengar perkhabaran itu, dan memandangkan una masih di malioboro dengan rakan-rakan yang lain.. mereka menyuruh una berehat dan bertenang.. syukur mereka memahami diri ini walaupun berbeza bangsa dan agama namun mereka cukup menghormati una.. mereka yang menenangkan una saat melihat una menangis ketika menjawab panggilan dari mama.. mereka turut menyatakan supaya membatalkan sahaja hasrat mereka untuk membeli belah di malioboro semata-mata memahami kondisi una.. namun.. una tak mahu menyusahkan mereka.. ku gagahi jua waktu-waktu yang berlalu.. mungkin una nampak tabah dari luaran.. namun dalam hati hanya Allah yang tahu..






كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
{ 185 } آل عمران

'setiap yang bernyawa pasti merasakan mati. dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasan mu. barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan iberi balasan syurga, sungguh dia memporoleh kemenangan. kehidupan dunia adalah ksenangan yang memperdaya'









kali terakhir una berjumpa dengan arwah.. 2 ogos 2008.. sehari sebelum bertolak ke jogja.. una sayang uwan







ujian ketiga : setelah agak lama di malioboro kami pergi ke pasar beringharjo.. precila dan mages mahu membeli pakaian bermotif batik untuk insan2 di malaysia.. una sekadar menemani mereka.. tiada apa yang mahu dibeli di pasar tersebut.. namun sekali lagi una diuji.. walaupun tidak membeli apa-apa dan tidak mengeluarkan purse di pasar tersebut.. una tersedar yang zip beg una telah terbuka separuh.. agak hairan kerana una memang akan sentiasa memastikan zip beg itu tertutup memandangkan keadaan di malioboro dan pasar itu sangat sesak.. lantas una pon menyeluk tangan ke dalam beg dan una menyedari akan ketiadaan purse una.. una pon cuba mencari dalam keadaan tenang.. namun tetap tiada.. una pon maklumkan kepada mereka dan mereka membantu una mengeluarkan semua barang di dalam beg dan mencari dengan perlahan.. namun hasilnya masih tiada.. terima kasih kepada ibu yang menjual pakaian ketika itu kerana memberitahu tentang cara membuat laporan kehilangan..




una sendiri tak dapat merasakan perasaan una ketika itu.. semuanya bercampur-aduk.. una sangat sayang purse tersebut.. pemberian dari mama.. dan isi dalam yang paling penting di dalamnya adalah kad atm mandiri, kad pengenalan dan resit pembayaran ijin tinggal.. memandangkan una sangat2 memerlukan resit tersebut untuk mengambil pasport di kantor imigrasi pada hari isnin.. namun sungguh una menganggap semua ini adalah ujian untuk una..




hmm.. bukanlah niat una untuk meraih simpati.. bukan jua untuk mendapat perhatian.. namun ini merupakan kata-kata jiwa una yang una interpretasikan dalam bentuk pembacaan...

una sangat memerlukan kehadiran seluruh ahli keluarga di sisi.. una sangat mengharapkan rakan-rakan di sini.. sangat-sangat.. una ta sekuat yang kalian sangka..


*miss them so much*



diharapkan post ini dapat memberi pengajaran kepada kalian semua.. sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu dari kelemahan una sendiri..





jazakumullah khaira

1 who cares:

ayin said...

i know u're so tough..
and you can survive it...
mish u una..
jgn cedey2..