Monday, November 7, 2011

Salam Eid Adha

Assalamualaikum w.b.t



Selamat menyambut eid adha kepada semuaaaa terutama buat family yang ada kat Malaysia.
saya rindu nak balik Malaysia lagi-lagi bila tengok status facebook adik beradik, sedara mara dan mak-mak sedara yang balik raya dan berkumpul bersama.. syukur ada suami tersayang di sisi. tahun ni saya dan suami sambut raya di Jogja..

Rindu mama yang ada kat Malaysia. hari sabtu hari tu bersamaan dengan 5 November bersamaan dengan hari wukuf adalah hari jadi mama. Happy Birthday Ma. You are the most wonderful and amazing woman. Una sayang mama banyak-banyak. bertuah mama sebab birthday beliau sama jatuh pada hari wukuf. InsyaAllah ramai yang mendoakan mama :) waktu saya berborak-borak dengan mama dalam phone, dengan comelnya mama cakap "hari ni mama buat kek birthday sendiri, haha, ikut resipi kat internet, jadiii " . ololo..  tapi kalau una ada kat rumah boleh una buat kek special untuk mama :)

Selain mama yang bertuah sebab birthday jatuh pada hari wukuf, mak mertua saya lagiii bertuah sebab dipilih jadi tetamu Allah untuk mengerjakan haji.. semoga Allah mempermudahkan urusan mak melaksanakan ibadah haji di sana dan mendapat haji yang mabrur. ameen

saya dan suami lepas solat raya.
selamat hari raya haji semua 


sekian sahaja

jazakumullah khaira

pesan saya 1 : jom takbir ramai-ramai
pesan saya 2 : doakan kami yang tengah exam midsem sekarang :)

Sunday, October 16, 2011

Blog ini masih wujud.

Assalamualaikum

Waalaikumussalam

Nampak sangat takda kerja lain selain memberi salam dan jawab sendiri gara-gara memikirkan kemungkinan takda orang yang berkunjung ke blog ini.. tapi tak mengapa sebab memberi salam dan menjawab salam tu adalah suatu doa. dan doa adalah perkara yang sangat disukai Allah.

Ok. baiklah. tak tahu nak mula dari mana. lama jugak saya tak meng'update' blog kan? nyaris-nyaris nak buat record "one entry per year" , since my last post was on March 2011. sekarang dah bulan Oktober dah. tinggal lagi berapa bulan lagi dah nak masuk 2012. time flies so fast.

FINAL Year
ok. sila lihat tulisan di atas. yep2. 4th year! sekarang saya dah pun berada dalam tahun akhir untuk menghabiskan kuliah saya. start awal September hari tu, saya dah pun mula semester 7. then bulan Februari akan mula semester 8@akhir. insyaAllah. semoga Allah S.W.T mempermudahkan urusan saya dan suami untuk men'selesai'kan kuliah di bumi Jogja ni. Ameen.

semester ni jadual sangatlah padat. ada 10 subjek, 3 lab~ huhu. seperti biasa saya akan mensenaraikan daftar subjek untuk semester ni bagi memberikan feel kepada pembaca betapa padatnya jadual saya. oops. over. lets cekidout :


  • Pelayanan Kefarmasian atau bahasa orang putihnya Pharmaceutical Care :)
  • Kaunseling Farmasi
  • Nutrisi
  • Farmasi Sosial
  • Farmasi Klinik
  • Farmakoekonomi
  • Farmakoterapi Saluran Pernafasan dan Pencernaan
  • Farmakoterapi Sistem Endokrin dan Hormon
  • Farmakoterapi Infeksi dan Tumor
  • Manajemen Farmasi Rumah Sakit. ok. bahasa orang putihnya Pharmacy Management in Hospital
haaa. ini lah subjek-subjeknya. setiap kali tengok jadual rasa macam SPM pulak. tu pun kalah dengan subjek SPM saya sebab saya ambil 9 subjek je. huhu. dan seperti biasa subjek yang ada farmakoterapi tu ada lab. lab dia macam yang saya pernah bagitahu sebelum ni, just analisis kasus (case analysis). 

dan disebabkan kelas banyak, dan lab pun dah mula, dan sem ni pun mula nak buat skripsi, makanya, masa saya untuk mengasah skill memasak amatlah terbatas. pergi kelas pagi, balik petang, kepenatan melampau.. lagi-lagi semenjak berat badan saya naik dengan drastiknya ni, buat saya tak larat nak buat banyak benda. lagi-lagi kalau dah duduk lama dalam ruang kuliah, sakit-sakit pinggang jadinya. 

heip-heip. berat badan saya naik bukan sebab saya berbadan dua tau. cuma efek samping dari ubat yang saya guna je :( sekarang pun dalam usaha nak mengawal badan supaya tak bulat sangat. tapi macam makin control makin bulat je. haha. suami saya pesan janji saya sihat. kalau saya sibuk nak kontrol makan, exerise beria tapi lepas tu sakit perut, sakit pinggang segala, kan jadi memudaratkan..

ok sampai sini sahaja coretan saya. oh ya~


sebenarnya saya dah ada broadband. actually dah lama dah ada broadband. saya ambik broadband maxis adik saya. tapi rupanya broadband tu tak boleh masuk sim card lain. kene maxis juga. so tak dapat lah kami gunakan khidmat broadband. setiap kali nak online, saya dan suami akan ke warnet(warung internet). haa~ dengar macam pelik je kan, warung! tapi warnet kat Jogja ni boleh tahan best. LCD monitor. ada webcam. ada headphone. sofa empuuk. speed saangat mantap. lepas tu boleh pesan makan. lepas tu boleh copy games and movies tak payah nak susah-susah donwload. lepas tu ada toilet dan musolla yang bersih. memang convinience lah. dan murah!! :)

oh, tapi kisah warnet ni dah berakhir. sebab, suami saya dah beli broadband baru. terima kasih abang sayang \\(^__^)// jadi tak payah lah kami ke warnet lagi. disebabkan dah beli broadband baru, kami sekarang ada 2 broadband. broadband maxis yang pada awalnya tak boleh guna, sekarang dah boleh guna pulak. entah macam mana, lepas beli broadband baru haritu, saya baaaru terfikir untuk google 'how to unlock maxis broadband' ~ dan saya jumpa solusinya kat Mr. Google. saya cuba ikut arahan hasil dari searching tu dan broadband maxis sekarang berjaya di unlock. boleh masuk mana-mana sim card. mula-mula saya agak frust lah jugak sebab 'kenapalah tak terfikir awal-awal nak cari cara unlock kat google' , lepas tu frust jugak sebab dah menyusahkan suami saya. kesian beliau kena spend duit untuk beli broadband baru. kalau tak mesti dapat jimat duit. tapi saya jadi lega bila suami saya tenaang je. dia kata takpe. tu kira rezeki orang yang jual broadband tu lah. "tak baik berkalau-kalau" katanya.


ok. kali ni betul-betul sampai di sini. 
sekian sahaja catatan saya buat masa ni. nak diikutkan, baaanyak lagi yang nak ditulis,. 
tapi cukup lah setakat ni dahulu. agak-agaknya, boleh kurus tak jari-jemari saya kalau saya banyak mentaip. sebabnya, jari saya dah gemok sampai saya dah tak muat cincin.. huuu :( 

ok still tak berhenti. tu lah, dah dapat peluang berblog memang tak lepas lah. walaupun banyak merepek je.


sekian sahaja sampai di sini.
jumpa lagi

jazakumullah khairan kathiran :)



- BALI -
nantikan next entri dari saya bout trip to Bali!!





Sunday, March 13, 2011

satu tahun satu bulan satu minggu

assalamualaikum

memang serius lama saya mengabaikan blog ni... selalu jenguk tapi tak tahu apa yang nak dicoretkan.. jarak entri terakhir dengan entri ni nak dekat empat bulan lah jugak.. disebabkan lama dah tak meng'update blog ni, maka saya pun curi lah masa sekarang ni untuk buat latihan speed type kat blog ni.. tak nak lah sampai saya update blog 2 kali setahun je kan..

okay lah.. sekarang saya dan suami dah berada di bumi Jogja semula.. meneruskan perjuangan untuk menjadi seorang Pharmacist berjaya :) setelah bercuti selama sebulan dari 19 Januari-19 Februari hari tuh.. sekarang kami dah berada di semester 6 tahun ke 3... Allahu Akbar.. cepat kan masa berlalu.. tup tup dah masuk tahun ke tiga pengembaraan saya dan suami dalam menimba ilmu di bumi Jogja ni kan.. dan tup tup jugak dah setahun saya dan suami menjadi pasangan suami isteri.. semoga dipermudahkan urusan kami di sini selaku hamba Allah yang menimba ilmu dan menjalani kehidupan sebagai suami isteri kyang diredhai Allah..

oh ya, seperti selalu(yakin je), saya akan memberitahu subjek apa je yang kami lalui sem 6 kali ini..
  • Sistem Penghantaran Obat
  • Stabilitas Obat
  • Farmasetika (ada lab)
  • Toksikologi Klinik
  • Farmakoterapi Renal dan Kardiovaskular ( ada lab)
  • Farmakterapi Sistem Saraf (ada lab)
  • Fitomedisin
  • Farmakoepidemiologi
haaa~ amacam? memang terancam lah buat kami sebab subjek2 ni agak boleh tahan susahnya.. lagi-lagi time praktikum(lab).. macam farmakoterapi renal n saraf tu, time praktikum kami diberi kasus(case) yang kena diselesaikan.. dapat lah feeling mcm Dr. House sikit sebab kita study obat apa yang sesuai untuk setiap case yg diberikan, case dia pulak memang complicated..

contoh kasus untuk praktikum pertama saya : seorang pria berusia 18 tahun, mengalami operasi penyambungan jari setelah tertebas pisau akibat dari pengeroyokan. 2 jam pasca operasi pasien mengalami rasa nyeri yang kuat. tingkat kenyerian pasien dari skala 1-10 adalah 7. apakah analgesik yang sesuai? pasien memiliki riwayat epilepsi dan mengkonsumsi fenitoin.
haha~ jangan terkejut ye.. dah saya belajar dalam bahasa Indonesia, makanyaaa.. macam ni lah bunyinya kasus(case) yang saya dapat.. meh saya translate kan bagi yang gak ngertiii

seorang anak muda berumur 18 tahun mengalami pembedahan penyambungan jari setelah terpotong dengan pisau dalam suatu insiden pergaduhan. 2 jam setelah pembedahan, pesakit mengalami rasa sakit yang sangat kuat. tingkat kesakitan pesakit jika diberi skala 1-10 adalah 7. Apakah analgesic yang sesuai. pesakit memiliki sejarah penyakit epilepsi dan mengkonsumsi fenitoin.
nak selesaikan case ni bukan terus je bagi jawapan obat apa yang sesuai.. kena kembangkan dulu case ni. kena fikir kemungkinan2 yang terjadi kalau guna ubat itu ini, dan macam2 lagi yg agak complicated.

untuk farmasetika tu pulak, praktikum dia sama macam yg saya pernah post dulu .. buat-buat obat, cuma kali ni kitorang diperkenalkan lebih detail dengan ubat2 generik dan inkompatibilitas ubat.. kira dah macam a real pharmacist lah jugak..

eh eh.. mesti ada yang tertanya kan.. apa kena mengena entri dengan tajuk di atas? hehe.. actually esok genap lah 1 year 1 month n 1 week anniversary saya dan husband as a lovely couple husband n wife (apasal over sangat title nih) ~ doakan kami bahagia sampai syurga okeyh ~

rasa nya sampai sini dulu lah latihan speed type saya ya.. insyaAllah lain kali akan mentaip sesuatu yang lebih bermanfaat ok.. biiznillah~

oh ya, doakan muslimim muslimat mu'minin mu'minat yang ada di Mesir, Libya dan yang terbaru di Jepun.. semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t

sekian,
jazakumullah khairan kathira~


Friday, December 31, 2010

2010 - great moments

assalamualaikum..

hari terakhir 2010.. dengan jayanya telah mengajak husband untuk ke warnet(warung internet) sebab saya nak update blog.. ngee :)

dalam perjalanan keluar tadi, jalan raya dekat Yogya ni sangatlah sesak.. dan dah mula dengar bunyi mercun n trumpet(ala yang tiup2 keluar bunyi tuu )..

sekejap je rasanya tempoh setahun.. tak lama lagi usia pernikahan saya pun akan mencapai setahun.. banyak pengalaman dan benda baru yang saya dapat dalam tempoh setahun ni..


saya sayang kejadian-kejadian yang indah sepanjang tahun 2010 ni


Join kursus pra-pernikahan di Shah Alam.. kursus ni wajib diambil untuk sapa-sapa yang nak nikah kat Malaysia.. sebab negaraku terchenta ni meletakkan syarat sapa-sapa nak bernikah kena ada sijil kurusus pra-perkahwinan ni dulu..in a week between kursus dan majlis bertunang, bertungkus lumus menyelesaikan dokumen dan borang-borang nikah yang kena isi.. buat ujian saringan HIV dan segala macam persiapan



diijabkabulkan dengan suami tersayang pada 7 Februari 2010, 8 hari selepas bertunang.. kami tunangan sekejap je kan :) nanti entri nikah ni saya buat special entri.. (err.. takpe kan walaupun dah lama nikah.. hehe)


seminggu lepas nikah, 14Februari 2010 kami pulang ke Indonesia untuk kuliah macam biasa.. dapat hadiah special dari MAS, kitorang diberi Romeo seats which is business class sebab seat economy untuk sebelah-menyebelah dah habis :) rezeki pengantin baru..

balik jogja bertungkus lumus setelkan tempat tinggal.. at first duduk berasingan dulu sebab kami tak jumpa rumah sewa dalam masa terdekat..
family saya datang Yogya waktu bulan mac.. ayah bawak rombongan cik kiah yang terdiri dari mama, uwan, balqis, maklong, makteh and aina.. saya dan suami sempat join diorang berholiday :) Alhamdulillah.. dalam bulan april kami dapat rumah sewa dah.. just nice for both of us.. dan sampai sekarang masih tinggal kat rumah tu..

sepanjang menjalani kesibukan as mahasiswa.. sempat jugak encik husband bawak saya berjalan-jalan ke pantai2 yang ada di Yogya.. sebab saya belum pernah pergi mana-mana pantai kat Yogya even dah 2 tahun kat bumi Yogya ni.. sekali 4 pantai suami saya bawak.. Pantai Baron, Pantai Kukup, Pantai Sundak dan Pantai Parang Tritis.. menghayati keindahan alam.. sangat best!! even lepas balik dari pantai tu muka masing masing memang sunburn, tapi puas hati sebab view dia Subhanallah~




then, dalam tahun ni jugak sempat ke Surabaya bersilaturrahim dengan rakan-rakan di sana.. perjalanan yang penuh dengan ukhuwah.. bertemu rakan-rakan baru.. Syukur ya Allah..

lepas ujian akhir semester sem 4 hari tu, kami pun balik Malaysia lagi.. cuti 2 bulan dari bulan julai sampai lah september.. Alhamdulillah dapat merasa berpuasa selama sebulan di Malaysia.. pengalaman pertama kali Ramadhan sebagai isteri dan keluarga baru.. pun pengalaman pertama berhari raya sebagai isteri dan keluarga baru.. sempat lah jugak berpening-pening nak raya mana dulu :)



habis raya, balik Yogya dan memulakan semester baru iaitu sem 5 yang dikatakan antara semester tersusah.. sekarang dah nak habis sem 5 memang terbukti kesusahannya.. huhu~
owh ya, sempat jugak saya dan suami join Bandung Games lepas balik raya tu.. encik husband main futsal dan saya main netball..


dan dalam pertengahan sem 5, selepas ujian midsem, kami dikejutkan dengan letusan merapi.. Yogya dihujani dengan abu merapi.. dan sekali lagi kami dapat balik Malaysia.. dapat pulak experience naik pesawat tentera Hercules.. nasib baiklah exam final dah masuk tahun 2011.. kalau tak dah bejaya mencapai rekod sebab balik 4 kali dalam setahun.. cumanya dah namanya pun evacuate, memang saya dan encik suami dengan santainya balik dengan selipar jepun dan tanpa peralatan yang cukup :P






ada hikmahnya kami dibawa pulang oleh pihak kedutaan.. dapat jugak kami menyambut Aidil Adha dengan famili di Malaysia.. sayangnya sambutan raya korban bersama pelajar-pelajar Malaysia di Yogya terpaksalah dibatalkan sebab majoriti students balik.. kalau hari pertama Aidil Fitri kelmarin di belah saya, Aidil Adha kami sambut di belah encik husband pulak.. kira adillah tu kan :)


cuma 2 minggu je kami dibagi cuti oleh pihak UGM.. bila balik Yogya semula, Alhamdulillah keadaan bertambah baik cumanya rumah yang kami tinggal sepanjang hujan abu dah tentulah berdebu dan berhabuk.. ambil masa lah jugak nak mengemasnya (^__^)



bila dah ada kat Yogya, mestilah menjalani kehidupan sebagai pelajar macam biasa.. kuliah, lab, assignment, presentation.. namun tugas tetap sebagai isteri pun berjalan seiiring.. kadang-kadang berlatih skill memasak di hujung minggu.. haha~




dan akhirnya sampai lah ke hari ini, iaitu hari terakhir 2010, sempat lagi ada presentation pagi tadi selama 2 jam.. kira last class untuk sem 5 ni.. kalau nak ikutkan minggu ni sebenarnya minggu tenang( study week) untuk fakultas farmasi.. tapi still ada kuliah ganti dan responsi lab.. dan tahun depan = minggu depan = 3 januari 2011 sampai 14 januari 2011, kami akan mula exam final.. doakan ya.. semoga Allah mempermudahkan urusan kami dan rakan-rakan..

begitulah alkisahnya catatan kasar kenangan-kenangan indah tahun 2010.. banyak lagi sebenarnya tapi cukuplah ini dulu.. saya memang dok tunggu-tunggu tahun 2011 semenjak confirmed tiket balik Malaysia kami bertarikh 19 Januari.. dah tak lama lagiiii~ semoga Allah panjangkan umur dan mempertemukan kami dengan tarikh tersebut.. ameen
goodbye 2010

sudah masuk 2011..



sekian sahaja,
jazakumullah khaira ~



Saturday, December 25, 2010

2010 belum habis lagi

assalamualaikum..

haha walaupun tahun 2010 belum pun habis lagi.. ada lebih kurang 6 hari lagi baru nak cecah januari 2011.. tapi saya nak cepat-cepat buat entri sum up of 2010.. huu~

sebenarnya saya kurang sehat.. a bit fever.. flu dan batuk yang dahsyat.. serasa saya dah dekat nak sebulan lebih saya batuk.. since merapi erupted hari tu.. actually saya yang gatal-gatal pergi bersihkan abu-abu merapi yang ada kat luar rumah, walaupun dah ditegah encek suami, tu lah degil .. lepas tu sampai ke la ni ta henti-henti saya batuk.. dah macam-macam obat saya telan.. jumpa dokter pun dah.. tapi still belum elok lagi.. husband saya pun dah mula rasa tak sedap badan macam nak demam dan sakit tekak.. ye lah cuaca kat sini pun tak menentu sejak merapi meletup hari tu.. kadang sejukkk banget.. kadang panasss banget.. risau pulak saya.. dah lah isnin ni kami dah mula nak berperang untuk final exam.. doakan kesihatan kami ya.. :)

urm~ tiba2 rasa tak sedap badan pulak.. saya dekat cc ni sebenarnya.. bau asap rokok kuatlah pulak.. padahal saya dekat non-smoking area..

tunggu next post lah nampaknye ye
mungkin saya akan letak gambar sepanjang tahun 2010 ni :)

sekian sahaja
jazakumullah khaira

Saturday, December 18, 2010

tak tahu nak mula dari mana

assalamualaikum

apa khabar kah anda semua.. haha cara bertanya macamlah ada yang view page saya ni.. tadi baru je tengok stats dekat blogspot ni.. memang berkurang sungguh jumlah page viewing.. entah-entah beberapa viewer yang tersisa tu just buat lintasan hormat je dekat page saya ni.. ye lah, mana taknya, dari bulan ke bulan takda apa pun yang ditaipkan oleh Puan Husna ni.. maaf maaf.. saya memang dah kurang sense of blogging .. huhu :)

sebenarnya.. banyak benda yang nak saya coretkan cumanya saya tak tahu nak mula dari mana.. dah lama saya tinggalkan blogspot ni.. sampaikan nak sign in ke account blogspot ni pun sempat saya terlupa apa passwordnya.. huu.. pathetic sungguh bunyinya.. tu lah, kadang-kadang saya rasakan benda yang sama terjadi antara saya dan rakan-rakan.. bila lama tak bertemu, lama ta berborak-borak, bergurau senda, bersharing2 story, rasa macam dah jauh.. bila dah berjumpa setelah lama tak jumpa mesti macam kelu je nak start over the conversation.. pernah tak korang rasa macam tu?? huuuu~ actually hari tu berborak dengan sorang rakan batch saya, kitorang pun rasa macam dah jauh between our batches especially the muslimat.. sebab kami dah lama tak buat usrah.. selalunya, time usrah lah kami dapat gather batch 08 muslimat sebab waktu2 lain masing2 sibuk dengan study.. yang medic dengan hal medic, yang farmasi dengan hal farmasi.. cumanya, terkesan jugak dengan apa yang kawan saya kata " yang penting kita jangan jauh dari Allah ".. subhanallah~ best thought ever.. ingat tu!! kalau taknak jauh dengan Allah hubungan dengan Allah kena lah jaga.. sama lah jugak.. taknak jauh dengan manusia, hubungan dengan manusia kena lah jaga.. :) sekadar peringatan buat saya dan siapa-siapa yang baca..



sekarang dah pun bulan desember.. dan tahun baru Hijrah dan pun bermula.. besday saya dalam hijrah is 3rd Muharam tau :) okey okey takde kaitan..
saya dan husband ada beli diari harian Muslimin dan Muslimah.. kami beli time cuti evakuasi Merapi hari tu.. bagus jugak dalam diari tu ada banyak pesanan, artikel, potongan ayat Al-Quran, motivasi dan macam-macam lagi.. saiz dia pun cute je macam saiz novel Komsas time skolah menengah dulu.. sangat portable lah.. actually kalau ada diari ni tak semestinya perlu mencatat segala isi kehidupan kita sehari-sehari.. sebenarnya sekadar reminder je.. macam organizer lah jugak fngsi nya.. apesal gaya macam salesgirl je saya nih? macam lah dapat komisen.. haha~ saja-saja je saya promote diari tu.. kalau berminat boleh lah bergegas-gegas ke kedai Popular terdekat ye.. :) lain kali saya update dengan gambar sekali ye.. saya try carik kat google tak jumpa pulak gambar dia..

semenjak dah menjadi isteri ni kan.. saya asyik menggoogled resipi2 je.. takpun baca blog blogger2 yg rajin memasak dan upload masakan mereka kat blog.. nak kata saya rajin masak tidak lah pula.. tapi memang tu lah minat saya yang tak dapat dibendung selain dari makan.. macam-macam resipi saya tengok.. dan asyik berangan nak try itu ini.. sampaikan saya save game cooking academy lagi.. best jugak main game masak2 ni walaupun in real tak pandai masak.. tapi husband saya lagi hebat main dari saya.. dia asyik dapat A+ je untuk setiap task masakan.. kalau saya nak dapat B+ pun macam susah.. haha~

yang penting, exam final ni yang kena struggle betul-betul.. huhu~ insyaAllah awal januari ni kami akan menduduki UAS(ujian akhir semester) untuk semester 5.. ayoh berperang selama 3 minggu.. doakan kami semua.. lepas hbis exam, apa lagi, Malaysia here we come <3


ok lah.. itu je lah.. kan saya dah kata tadi saya tak tahu nak mula dari mana.. dan macam ni lah jadinya entri untuk hari ni.. entah bila lah lagi saya akan menghupdate blog terchenta saya ni.. huuu~

lagi sebulan nak balek Malaysia.. saya mencari-cari jugak kot kot ada tiket Airasia yg murah time saya cuti nanti.. teringin nak bercuti-cuti suami isteri.. dalam masa yang sama tak sabar nak spend masa dengan family back in Malaysia :P




~doakan kami dari kejauhan~




okeyh sekian saja,
jazakumullah khaira

Saturday, October 16, 2010

Quick Update

assalamualaikum semuaaaaaa~
memang teramat sangat lama saya tidak mengupdate blog.. sampaikan ada yang kata ".bukan sawang je kat blog ni.. tadi baru je halau burung yang wat sarang kat blog una nih" maaf ye semua.. maaf maaf

this is just a quick update actually...

Bandung Games 2010
last weekend saya dan encek husband telah mewakili kontinjen yogyakarta sempena Bandung Games yang diadakan di Bandung.. saya main netball dan encek husband pulak main futsal.. athlete couple lah katakan.. :) waahhh sangat rindu dengan netball lama betul tak main jadi excited.. tapi team kami kalah di awal2 permainan.. huhu.. pun excited sebab dapat ke Bandung.. it was my first time in Bandung and 2nd time for my husband.. tapi dah namanya bersukan, maka tidaklah sempat nak berjalan berdating mahupun berhoneymoon ke sana ke mari... bandung sangat sejuk.. insyaAllah ada rezeki mahu ke sana lagi.. owh ya.. saya jumpa ramai kawan-kawan lama.. kawan-kawan dari MRSM BP, KMNS.. suami saya pun dapat jumpa kawan-kawan lama dari KISAS dan KMNS..
Bandung games ni melibatkan mahasiswa malaysia yang ada di Indonesia.. meriahlah jugak sebab mengumpulkan ramai student2 malaysia..


SEMESTER 5
sekarang kami dah pun berada di tahun ketiga pengajian.. untuk sem kali ni agak tough jugak.. sebab kami ada 10 subjek.. dan ada 2 praktikum/lab.. dah lah subjek-subjek agak berat which are :
  • farmakokinetika klinik
  • farmakologi klinik
  • patologi klinik
  • toksikologi
  • biofarmasetika
  • perbekalan steril-with lab
  • kimia medisinal
  • metode penelitian
  • immunologi- with lab
  • histopatologi
haaa... macam berat je kan tajuk-tajuk tu semua.. kebanyakan struktur soalan untuk subjek sem ni adalah essay.. jadi kena usaha lebih gigih.. lagi berapa hari kami akan menduduki Ujian Tengah Semester.. starting 15 Oct- 11 Nov.. doakan kami ye..
Gud luck and All the best kepada kawan-kawan yang akan menduduki ujian dalam masa terdekat ni..

"Allahumma zidna ilman warzuqna fahman.. Ya Allah, tambahkan ilmu kami, dan anugerahkan pemahaman kepada kami. "
okeyh.. sekian sahaja quick update dari saya.. insyaAllah ada ruang dan peluang, kita jumpa lagi..

untuk hubby tersayang.. semangat untuk hadapi exam.. oh ye.. una dedicate lagu ni untuk abang..

For the Rest of My Life Lyric

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving youFor the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my husband and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and nightI`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart



okeyh.. sekian sahaja quick update dari saya.. insyaAllah ada ruang dan peluang, kita jumpa lagi..

sekian saja,
jazakumullah khaira

pesan saya 1 : saya sangat rindu dengan family di Seremban dan Kelang
pesan saya 2 : rindu ain, aimi, ekin, nadho, ecah, syai dan lain-lain
pesan saya 3 : pesan 1 dan pesan 2 tu bukan pesanan tapi kerinduan :)
pesan saya 4 : gambar di atas waktu kami di Bandung <3
pesan saya 5 : lirik Maher Zain tu saya tukar perkataan wife jadi husband..

Wednesday, July 14, 2010

i feel good

assalamualaikum semuaaaaa~

nampak tak apa yang lain hari ni?
jeng jeng jeng...
saya dah tukar layout tau.. macam sejuk je tengok warna biru ni.
sebenarnya agak ketinggalan lah jugak sebab saya baru je tau yang blogger ada bagi feature baru untuk design and template.. kira makin canggih dan senang lah, tak payah nak bersusah-susah mengedit template lagi.. huhu~

bye bye layout lama


tu yang yakin je saya menukar layout nih.. encek husband pun suka.. sejuuuukk je mata katanya..


to reach the top, the first step counts..



okeyh.. saya mintak diri dulu

sekian sahaja
jazakumullah khaira

Sunday, July 11, 2010

entri tergantung

assalamualaikum...

agak cliche kalau saya mulakan entri dengan kata " dah lama saya tak update blog tercinta mentang-mentanglah ada suami tercinta dan dah bersawang-sawang dah blog ni" .. tapi memang saya totally takda idea nak start macam mana entri kali ni.. maka saya pun akan tulis jugak dah lama saya tak update blog tercinta mentang-mentanglah dah ada suami tercinta \\(^_^)//

fuuuhhhh.. memang sangatlah bersabar cik puan husna ni kan.. lebih 3 bulan jugak tak buat latihan speed type kat blog terchenta ni.. too much things to tell but to much things to keep too.. jadi kalau bercakap dan berdiam itu tiada banyak bezanya, maka eloklah berdiam kan.. means must consider more~ dalam masa yang sama sumber internet pun tak mencukupi.. dah jarang on9 tu yang payah jugak nak berblog ni.

sekarang ni saya dan suami @ kami ( haruslah menukar kata ganti nama diri sebab now it's all about us :) tengah menghitung-hitung hari nak balik.. yep yep.. lagi beberapa hari kami akan menjejakkan bumi Malaysia.. semoga Allah mempermudahkan hari-hari kami dan memberi kesempatan agar dapat pulang ke Malaysia.. ameen.. dah rindu-rinduan ni dengan semua ahli keluarga ~ tapi kami belum decide lagi nak balik mana dulu.. balik kelang dulu ke balik seremban.. pening jugak ni.. :P

dalam masa sebulan setengah dari pertengahan jun sampai akhir july ni memang kami akan bermarathon exam lah jawabnya.. baru je selesai exam final sambung pulak dengan ujian pembaikan sem ganjil, lepas tu sambung pulak dengan exam pembaikan sem genap..
sangat lah menguji.. semester kali ini kami mempunyai 7 subjek iaitu analisis klinik, radiofarmasi, patologi, etnofarmasi, bioanalisis, farmakokinetik, farmakologi molekuler, dan kewarnageraan.. oh ya, itu subjek untuk semester 4 tau.. lepas balik cuti nanti start lah tahun baru buat kami iaitu semester 5 tahun ketiga sebagai mahasiswa farmasi, ..

saya mintak izin dulu.. maaf entri tergantung.. coupon wifi dah nak habis.. insyaAllah ada masa saya update lagi..



assalamualaikum

sekian sahaja
jazakumullah khaira

Thursday, April 1, 2010

saya dah jadi Cik Puan Husna!!

assalamualaikum


wah wah wah.
lama betul saya tak meng'hupdate' blog yang tercinta ni.
mentang mentang lah dah ada suami yang tercinta. habis terabai blog ni
sampai bersawang-sawang dah bak kata ain.

sangat banyak yang nak saya coretkan dalam blog ni sebenarnya.
tapi tak semua benda saya boleh publish dan postkan dengan sesuka hati.
ialah, sekarang ni dah bergelar cik puan(haha dah kahwin kan) Husna.. so kena lah pandai pandai menjaga diri.
bukanlah maksud saya kalau tak bergelar cik puan Husna tak payah jaga diri.
cumanya sekarang tanggungjawab saya dah bertambah, kalau dulu perlu menjaga nama diri dan keluarga, sekarang bertambah pula dengan suami dan keluarga suami.. ahaa~

uiks? saya tahu.
masih ramai yang terkejut dengan berita pernikahan saya on early February hari tu kan?
dan sampai sekarang pun saya masih tidak henti henti diajukan dengan bermacam-macam soalan.. tak pa, saya faham sebab korang semua mesti tertanya-tanya kenapa tiba tiba je nikah dan segala macam lah.

pada awalnya, memang kepulangan saya dan encek suami waktu cuti semester hari tu untuk melangsungkan majlis pertunangan.. sanggup cancel program PERMAI(Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia di Indonesia) yang dijalankan di Bandung.. walaupun program tu memang kami nanti-nanti kan dan pengen bener mau pergi..

sebab dah namanya pon bertunang, kami memang decide tidak mengkhabarkan ke ramai orang. cuma insan-insan tertentu je yang tahu macam ahli group usrah kami, beberapa rakan baik, dan keluarga.. tarikh majlis bertunang dah ditetapkan oleh kedua belah keluarga time family belah encek suami datang merisik. pr0ses merisik ni tak perlu lah nak tahu lanjut, yang pasti ia berlangsung antara kedua belah family pada malam awal Muharram dan semuanya berjalan lancar.. dan diorang sepakat pilih 6hb 2 sebagai tarikh bertunang dan akad nikah pada cuti sem berikutnya dalam july/ogos..

tapi lepas je balik ke negaraku tanah tumpah darahku, dalam minggu pertama macam tu, ayah telah mentanya satu soalan kontreversi berbunyi " kalau ayah nikahkan una sebelum una balik Jogja, nak tak?" fuuuhhh~ berdebar debar jantung time ayah tanya.. jawab saya?? "urmm...(diam kejap) ayah tanya lah amirul " huhu.. orang dulu dulu kata diam tu tanda setuju.. ^__^

dan dalam minggu pertama saya balik, family gathering antara family saya dan family encek suami telah diadakan dan discuss pasal tarikh nikah nak dicepatkan.. semua setuju dan sepakat majlis pertunangan akan diawalkan seminggu, bukan pada 6hb 2, tapi 30hb 1, dan akad nikah seminggu lepas bertunang on 7hb 2.. disebabkan kami balik cuti selama satu bulan, maka berexplore race lah jugak kit0rang nak menguruskan segala borang-borang nikah semua.. mujur, kami dah menghadiri kursus pra perkahwinan right after balik ke Malaysia..

disebabkan waktu yang amat suntuk untuk preparation, makanya, saya tak dapat nak inform secara in person kepada semua semua.. saya cuma publishkan di facebook tentang majlis akad nikah yang bakal berlangsung..

jadi.. ni lah dia jawapan kepada mereka mereka yang bertanya kenapa kahwin tiba tiba.. kenapa tak bagitau awal awal.. pada saya, jangan argue kenapa saya kahwin cepat sangat, sebab ini sudah jodoh.. perjalanan hidup setiap insan beza beza kan.. semuanya dah ditentukan Allah.. macam kami, jujur, memang pada awalnya kami merancang untuk terus menikah.. tapi pihak keluarga telah berbincang dan memikirkan untuk bertunang dulu.. namun syukur Alhamdulillah, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.. dan saya sangat sangat bersyukur keputusan untuk bernikah awal ini tidak mendapat tentangan baik dari family saya maupun family encek suami..

syukur alhamdulillah.. on 7th February 2010, saya dah pun selamat menjadi isteri kepada suami tersayang Aimerul Asyraff.. perasaan waktu tu?? sukar dibayangkannn.. yang pasti teramat sangat bahagia.. itu pun lepas berdebar debar menanti lafaz yang sah.. syukur, lafaz akad yang kelima diterima dan kami pun sah menjadi suami isteri.. waktu saya attend kursus kahwin di masjid negeri shah alam, para peserta dimaklumkan bahawa lafaz akad boleh dilakukan tanpa satu nafas.. kiranya, tetap dikira sah.. cumanya, penolong pendaftar nikah pada hari kami menikah tu nak encek suami untuk melafazkan dengan satu nafas jugak.. pulak tu, encek suami melafazkan akad pada ayah saya sendiri.. tu yang berlaku sikit kenervousan tu agaknya.. :)

selesai majlis akad nikah, saya dan encek suami menunaikan solat sunat nikah dan solat sunat taubat.. subhanallah~ perasaan sangatlah berbeza apabila pertama kali menunaikan solat berjemaah sebagai suami dan isteri.. memang satu feeling yang lain lah bila berjemaah dengan suami, mendengar apa yang didoa, mohon maaf dan cium tangan suami.. waahh~ subhanallah!

Jika seorang suami memandang isterinya kemudian sang isteri pun memandangnya, maka Allah S.W.T akan memandang mereka dengan pandangan kasih sayang.
jika suami merengkuh tangan isterinya, maka dosa dosa akan berjatuhan dari sela sela jari mereka.


majlis akad nikah yang pada awalnya dirancang kecil-kecilan dah jadi sanngat meriah.. dah macam walimatul urus dah pun.. sungguh tak sangka tetamu yang datang teramat lah ramai..
thanks alot to our friends who come on the wedding day.. sangat sangat terharu dengan sokongan keluarga, saudara mara, rakan rakan, baik sebelah saya mahupun suami.. and the most, thanks for the do'a.. ameen


dari kiri : ayah mertua, ayah, suami, saya, mak mertua, mama



Ya Allah, semoga penyatuan dua hati ini mendapat berkat dan rahmat dari Mu dan sentiasa dalam limpahan kasih sayang Mu.. Ya Allah, Kau eratkanlah hubungan kekeluargaan antara kedua keluarga kami .. Ya Allah, kau permudahkan urusan kami dalam membina sebuah institusi Baitul Muslim yang kau redhai.. Ya Allah, jadikan lah kami pasangan yang sentiasa berada dalam redhaMu.. Ameen Ya Rab Al-Alamin

setakat ini sahaja,
jazakumullah khairan kasira


insyaAllah saya akan update lagi..
~ sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberiNya dan manfaatkan sebaiknya ~

Friday, January 29, 2010

kenapa? tak percaya ha?

assalamualaikum


macam teramat penat sangat membalas ym dan wall p0st kat facebook..

dengan ini saya nak maklumkan yang beberapa jam lagi saya akan melangsungkan majlis pertunangan

dan majlis akad nikah pulak dalam masa 8 hari lagi.

walimatul urus insyaAllah dalam bulan 7.

doakan semuanya lancar.

maaf sangat sibuk dengan persiapan majlis.


sekian sahaja.
laporan dari seremban.

jazakumullah khaira kasira

p/s : anything sila sms/call no celcom saya okeh

Thursday, January 21, 2010

buat yang menanti. ecewah!

assalamualaikum

woh0o..
teramat sangat lama saya meninggalkan blogspot ni.

semacam lupa pulak cara mentaip dengan penuh yakin dan konfidennya~ hahaha

so sekarang kira warming up dulu lah ok!!


i'm back!!!!


sekian sahaja,
jazakumullah khairan kasiran~

Friday, November 6, 2009

Happy Birthday Mama!

assalamualaikum~


Birthday Mama
semalam bersamaan dengan 5 November merupakan birthday mak saya!!
sedih betul bila tak ada dengan mama waktu birthday beliau.
kali ini turn saya yang takde kat rumah time birthday mama. adek beradek saya yang lain semuanya ada. s0, semalam pagi-pagi saya call mama dan wish birthday beliau. then borak-borak ngan mama. entah kenapa dalam gelak-gelak saya rasa nak nangis..
semalam dan semalamnya merupakan hari yang agak down bagi saya.
jadi saya agak bersikap moody dan sedikit sensitif. sikit-sikit rasa macam nak nangis.
entah apa kena entah. mungkin efect menstrual cycle k0t.

she is da best mum ever.. ye saya tahu, mesti orang lain pun akan cakap mak masing-masing the best jugak kan. memang harus macam tu lah. takkan nak kagum mak orang lain lebih-lebih pulak. no matter what it is. my mama Puan Hajah Siti Aishah Muhammad adalah seorang ibu yang sangat-sangat saya sayangi. t0 mama: I Love You much0ooo... thanks for always supporting me, loving me, caring me, and being the most nice person to me~ happy birthday ma~ una, kak anis, mama n balqis, kesian mama time neh tak prepare pun untuk bergambar sebab mama sibuk kat dapur, tu tengok abeh basah-basah baju mama n tudung pun tak proper. anak dara beliau yang 3 ni buat apa? hehehe.. sibuk bercamwhore di pagi raya! i'm s0rry~


pesan saya 1: saya nak post entri saya ke pasar pagi hari ahad lepas, tapi dok carik gigibiru saya mana entah.. macam mana nak transfer gambar macam ni. usb kabel phone dah rosak. jadi gigibiru la yang selalu berkhidmat.



sekian sahaja,
jazakumullah khairan kathira~

Thursday, October 29, 2009

huh



kadang kadang saya rasa semacam mahu nangis.. tapi semacam mahu jimat air mata.. tapi kalau nangis mungkin lega sikit.. tapi buat apa nak nangis for that thing.. okeyh. penat. fullstop.

Saturday, October 24, 2009

saya ada cloud 9, mahu?

assalamualaikum

hoyey hoyey~
dah settle pun 4 paper untuk uts kali ini.. s0 tinggal 2 je lagi paper.. agak sedikit lega sebab paper yang berat dan susah dah lepas.. alhamdulillah~

sebab tinggal 2 paper lagi maka saya taklah stress sangat weekend neh.. ecewaaahh.. betul apa.. sebelum ni kalau boleh macam nak quit je rasa.. aisshhh~
ha sekarang neh boleh bersantai-santai menghadap blog, mukabuku, ym dan segala macam lagi lah.. oh ta lupa juga nurkasih kat tv3 on9.. hahahah~

apa pasal semacam bahagia terlebih je dak husna neh.. huhu~

ok ok ok bahagia bersebab.. sebenarnye hari ni saya dapat parcel dari akak saya!!!!!
syi0k banget.. hahahaha cloud 9 yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul juaaa~ ecewaaahh.. walaupun indah khabar dari rupa sebab dimaklumkan jumlah cloud9 yang dibeli adalah 4 peket.. tapi dapat cuma 3... haha~ tak kesah pun itu.. memang sangat happy lah bukan.. dekat nak seminggu dah st0ck cloud9 saya sudah habis. dan sekarang mood kembali ceria!!

see see. lihat lihat. siapa kata saya high maintenance.. cokelet cloud 9 yang berharga seketul tigapuluhsen itu jugak yang menjadi pilihan saya.. siapa tak suka memang rugilah.. hahaha~
bukannya apa, dah puas mencari seanter0 jogja ni tapi tak jumpa pun cloud9..

nah lihat :



muka hadapan parcel..


muka belakang parcel. tertera nama akak di situ.


setelah mengoyak parcel dengan rakus. muncullah satu plastik seperti di atas


dalam plastik giant tersebut ada beg ini


excited bukak beg, ternampak ini pula



hoyey hoyey~ tadaaaaaa. ni lah khazanah yang ditunggu-tunggu. cloud 9, sehelai baju kurung dan kebaya yang tertinggal kat rumah dan juga 2 benda rahsia(kalau rahsia baik tayah bagi tahu).. haha


memang una sayang akak much0o lah!! t0 my dearest kakandaku terchenta.. i thank you loads okeyh... all da best in your future undertaking.. lagi 2 minggu u'll be oficially working as a doctor.. even i know masa akak untuk family, me, your friends, and even diri akak sendiri terpaksa dikongsi dengan patients and your j0b.. jadi, una sentiasa doakan yang terbaik untuk akak..


dah dah. nanti touching!



hari ni memang niat nak letak gambar banyak-banyak.
jadi tengok lah ni pulak






berikut merupakan makan malam saya semalam. mister burger ni merupakan makanan kegemaran saya. hahaha~ saya kan kuat makan.. s0 semalam tengah2 malam, tetiba saya teringin nak makan mister burger. pergilah keluar seorang diri dengan gagahnya. sampai kat stall mister burger, order ring on cheese burger.. iaitu burger ayam yang ada cheese ngan onion ring. saya pesan lah kat mas(lebih kurang brother), nak mayo banyak.. sekali memang betul2 banyak dia letak.. setiap lapisan dia letak mayo.. sampaikan saya bermonolog dalaman " mas ni perli aku ke apa"
tu yang nampak macam berlimpah ruah je mayo kat burger tuh. harga dah tentu la beribu ribu.. haha~ 10500rupiah bersamaan dengan RM 3.80.. layaaann




ok lah.. saya sekadar nak menyatakan ke'excited'an mendapat cloud 9.
sori kalau entri ni tak mendatangkan faedah.. huhu

sekian sahaja
jazakumullah khairan kasiran~


Wednesday, October 21, 2009

update pun kamu Husna!!

assalamualaikum~

wah wah.. memang teramat sangat lah rindu untuk mentaip sebanyak banyak nye dalam blog ku yang terchenta ni..
namun apakan daya.. (ecewah ayat geli)
saya Malas n Busy!!!

ni pun sekadar nak membuat pengumuman yang saya sedang dalam minggu exam..
uts atau ujian tengah semester namanya!!
semester 3 amatlah sulit tapi walau apa pun kena gagahi jua lah bukan.. huhuhu~

ha kejap kejap.. nak jugak bagitau jadual exam.. ye la.. supaya korang-korang boleh agak bila waktu yang sesuai untuk curik masa saya.. ahahaha~ ayat bajet lagi!

20 Okt 09, 1000-1200 - kimia analisis II
21 Okt 09, 1000-1200 - Teknologi Sediaan Farmasi
22 Okt 09, 1000-1200 - Kromatografi
23 Okt 09, 1000-1200 - Farmakologi Dasar
26 Okt 09, 1000-1200 - Biologi Molekuler
30 Okt 09, 1000-1200 - Mikrobiologi Farmasi

okeh okeh da penat mentaip laju-laju..
mintak diri dulu sebab sekarang pun curik waktu study kromato..
doakan saya!!


sekian saja,
jazakumullah khaira


pesan saya 1: aishhhh..... i miss all my besties!!! s0 much!! ain, nado, ekin, ida, aimi, ecah, nisah, syai n many m0re~
pesan saya 2: jangan rasa pasrah atau kecewa dengan entri kali ini.. nanti saya update yang sungguh sungguh ok~ (hahaha.. macam la ada yang nak baca entri daku sungguh-sungguh)

Sunday, September 13, 2009

masih di Jogja

assalamualaikum

wah dah ramadhan 23!!

hari ini merupakan hari terakhir saya berpuasa di bumi j0gja untuk Ramadhan tahun ni.. urm~ alhamdulillah rasa teramat sangat bersyukur sebab masih dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik sekali.. cuma satu je lah.. tang sahur.. ad0yh.. kenapalah saya ni susah betul nak bangun sahur.. dah la ada gastrik.. mula-mula saya balek ke J0gja semula saya bangun sahur ikut waktu Malaysia dalam pkul 4.30 tapi dekat sini dah subuh da pun.. bukannya apa.. nak kena bangun pukul 3lebey pagi tu macam berat je mata ni.. huhuu~ insyaAllah ramadhan yang masih berbaki ni akan saya indahkan lagi dengan amalan bersahur.. tapi kena mintak pertolongan akak, mama, uwan la untuk kejut una.. haha abeh semua konco-konco rumah kena berkerah tenaga.. ye lah kan.. sebab start es0k saya akan berpuasa kat rumah pulak.. hikhik anak dara apa lah ni, liat bangun sahur..

urm~ petang ni saya akan pulang ke tanah airku terchenta.. flight pkul 5.05pm berlepas dari Bandara Adisucipto, Y0gyakarta dan akan sampai kat LCCT pada jam 8.25pm... d0akan saya selamat berlepas dan sampai ya~


rasanya agak awal lah bukan kalau saya nak wish selamat hari raya sekarang..
insyaAllah saya akan buat entry special for AidilFitri.. huhuhu


walauapapun.. kita dah pun berada dalam fasa 10 hari terakhir Ramadhan.. yang mana ada LailatulQadar kat dalamnya.. jadi selamat beramal.. semoga dipertemukan dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan itu... [surah Al-Qadr: ayat 3] ^_____^
siapa yang belum selesai bertadarus untuk ramadhan kali ni, sila angkat tangan! saya lah orangnya tu.. okeyh.. harus menselesaikan bacaan secepatnya.. tapi ta boleh lah baca macam nak kejar keretapi.. pastikan tajwid, makhraj, sebutan semua betul.. huhu dan kalau boleh baca sekali maknanya.. okeyh.. seperti biasa pesanan untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan...


sekian sahaja
jazakumullah khairan kathiran

Tuesday, September 8, 2009

gempa susulan

assalamualaikum


ramadhan 18

urm~ lagi dua hari lagi kita semua akan masuk ke fasa ketiga bulan ramadhan iaitu fasa kelepasan dari api neraka.. ha!! jom refresh balik, 10 hari pertama ramadhan adalah Rahmat, 10 hari berikutnya adalah keampunan dan yang last, kelepasan dari api neraka.. uish~ s0, agak-agaknya bersungguh-sungguh ta kita memanfaatkan bulan Ramadhan yang ada sekarang ni?? okey okey sebenarnya ini pun pesanan dan pertanyaan untuk diri sendiri.. huhuu~


aha!! my last entry baru je cerita pasal gempa rite.. and it happened last nite!! dua kali lagik..
ya Allah, memang terkejut lah saya waktu.. malam tadi saya tertido awal.. sila baca betul-betul.. tertido.. dalam pukul 10 macam tu saya dah tidur.. tapi time tengah syi0k2 tido, tiba-tiba rasa katil macam bergoyang and ada bunyi macam bunyi guruh.. and yet rasa macam berombak.. saya pun bangun dan realise it was a quake!! apa lagi dengan pantasnya bangun dari katil, dan bila bangun, sekali lagi bergegar.. agak kuat dari yang awal.. saya pun capai tudung dan keluar dari bilik.. sempat lagik capai passport.. hahaa~ gempa tu sangat sekejap..just a few seconds.. but still consider as kuat.. and most students kat jogja terasa.. lepas teng0k keadaan macam ok, saya masuk dalam bilik semula.. bila teng0k laptop, semua kawan-kawan yang terasa gempa buat status aneh-aneh kat facebook lah ym lah.. s0 sangat sure lah memang gempa tadi agak kuat..
even kawan saya dekat malang pun terasa.. lepas tu, kawan saya melaporkan yang gempa tu berskala 6.8 dan pusat dia kat wonosari.. somewhere in J0gja lah.. gempa kali ni macam dah built up keberanian saya sikit sebab n0 more ketar2 lutut(ceh cam org tua).. tapi shivering lah jugakk.. uhuhuhu~


" Ya Allah kau lindungilah kami dari sebarang bala bencana dan malapetaka"


sekian sahaja

jazakumullah khaira


p/s : saya mohon maaf atas segala salah silap tutur kata saya!! sekian terima kasih

Thursday, September 3, 2009

mahu tahu?

assalamualaikum

update! update!

okeyh.. kali ni update nak kasi proper sikit... kasi detail dan very da b0mb.. ahahaha~
apekaahh...

ramadhan 13
sedar tak dah 13 hari rupanya kita berada dalam bulan ramadhan.. dah beberapa hari pun melepasi satu trimester pertama ramadhan.. s0 apa macam rakan-rakanku tercenta sekalian??? pastikan ramadhan kali ni memberi kesan dalam diri kita.. jangan sia-siakan peluang yang ada.. sebab kadang-kadang bila kita nak buat sesuatu amalan mesti hati kecil cakap "alah, esok-esok lah buat , kan banyak masa lagi" tapi cuba kita ubah pemikiran kita "entah-entah ini solat terakhir aku" "entah-entah ini ramadhan terakhir aku" "entah-entah ini solat terawih terakhir aku" seryes!! kita takkan tahu takdir Allah itu bagaimana.. jadi sementara masih ada masa buatlah apa yang boleh.. tapi make sure lah benda yang kita buat tu bermanfaat..

semester 3
alhamdulillah sekarang saya dah pun 10 hari berada di bumi yogyakarta ni semula.. memulakan tahun kedua pengajian di universitas gadjah mada(UGM).. sem 3! agak tough jugak sem ni nampaknya.. eyh2.. bukan agak tapi memang amat sangat tough.. sebelum cuti hari tu, ada la jugak saya bertanya pada senior-senior, dan mostly berkata yang sem 3 ni antara sem yang susah.. waaahh~ makin mencabar lah sesi pen'study'an saya nampaknya.. tapi tapi tapi.. nama pon belajar kan.. mana ada benda yang mudah.. pokok pangkalnya kekuatan dan kemahuan diri.. urm~ ayoh lah kita meng'list' kan subjek yang diambil untuk sem ni :

subjek semester 3 lah pulak
  • Biologi Molekuler - ada lab
  • Farmakologi Dasar - ada lab
  • Kimia Analisis II - ada lab
  • Kromatografi - ada lab
  • Mikrobiologi Farmasi - ada lab
  • Teknologi Sediaan Farmasi
  • Pancasila
hah amek kau! even subjek sem ni tak banyak ade 6 saje..yang buat dahsyat tu sebab ada lab.. satu lab 4 jam.. ad0yh.. memang jenuh lah dengan bau2 segala ubat-ubatan dan bahan-bahan kimia dan sebagainya lah.. hehehe... tapi una harus semangat!! yeay~ pancasila tu subjek wajib untuk grad.. so memang kena ambil time semester ganjil.. makanya sem ni la una amek subjek pancasila..


hari kebangsaan negaraku terchenta!!
last monday negara menyambut kemerdekaan.. urm~ tahun ni saya rasa biasa-biasa je.. kami pelajar-pelajar malaysia di jogja ada buat sambutan kemerdekaan.. tapi saya tak menjoinkan diri lah pulak.. huhu~ walauapapun.. selamat maju jaya kepada encik Malaysia.. semoga berkurang lah isu-isu picisan demi meningkatkan kualiti negara~ lalalala


demo di UGM
aha!! berlaku pada hari selasa.. sehari selepas hari isnin.. aishhh~ sungguh mendebarkan bila dapat sms berbunyi sebegini pada pagi selasa tu " be careful..locals throw bricks to malaysians houses.. stay calm even if they provoke u.. avoid campus today- demo at campus.. forward to other malaysians." lepas je baca sms tu memang berderau lah darah.. terus laju-laju mem'forwardkan sms ke rakan-rakan yang lain.. syukur waktu tu saya berada luar kawasan kampus.. rupa-rupanya ada demonstrasi dari mahasiswa-mahasiswa ugm yang ingin menyuruh UGM menghentikan pengambilan pelajar2 Malaysia.. puncanya adalah disebabkan isu-isu remeh yang diperbesarkan oleh media sini yang agak terlampau.. entahlah.. semua perasaan bercampur lah.. dalam hal ni, kami pelajar Malaysia di Jogja yang jadi mangsa.. rasa semacam terancam je.. siap dipesan supaya jangan pakai baju kurung(trade mark org Malaysia) buat sementara ni.. huhu~
oh ya!! tak perlu lah risau ya~ saya insyaAllah selamat-selamat saja..
ini ada link yang saya mahu share: satu dan dua
tapi tapi tapi, janganlah menyalahgunakan link yang saya letak ni.. sila berfikir secara rasional ok..

gempa
berlaku pada hari rabu.. sehari selepas peristiwa demo.. lebih kurang dalam pukul 2lebih la.. satu gempa berlaku dengan 7.3 skala richter which is quite teruk~ and it happened f0r about half minute.. waktu tu saya baru habis kelas dan ada kat atas jalan.. dan saya boleh pulak ta rasa apa-apa.. memang selalunya kalau ada atas jalan ta berapa ketara sangat gegaran.. tapi mereka-mereka yang ada kat building memang amat ketara rasa gegar~ saya tahu pun bila balik ke kost, sempat tengok tv dan ada berita pasal gempa yang berlaku kat tasikmalaya.. bila balik je bilik, batchmates saya yang amek medic hantar message kat ym, tanye whether tadi ada gempa ke sebab dia rasa gegar-gegar.. terus la saya bukak kompas.com , one of site yang membantu saya dapat berita-berita terkini di Indonesia ni.. dan tengok latest news (lihat sini) waktu tu pasal gempa yang berlaku kat jakarta.. lepas tu kat ym abeh semua orang buat status pasal gempa.. dalam facebook pon berderet-deret bagitau perasaan time gegar-gegar tu.. syukur takda apa-apa benda buruk yang berlaku.. tapi saya ada lah cuak-cuak jugak sebab yang saya rasa tahun lepas tu berapa saat je saya dah pucat lesi ketar lutut segala.. inikan pulak nak dekat setengah minit dan agak kuat.. ada hikmah saya ta rasa gempa kali ni mungkin..


urm~ agak panjang lah bukan entri saya kali ini..
tak mengapalah bukan.. sebab tak tahu bila lagi nak meng'update blog...
saya harap-harap dapat lah meng'update sebanyaknya.. hahaha.. sungguh gila kuasa..

okeyhlah.. sekian sahaja..
jazakumullah khairan kasiran~

Saturday, August 29, 2009

hari ini hari jadi siapa?

assalamualaikum




hey hey..
it's her birthday!!!!!

t0 my dearest adenda terchenta balqis

sem0ga aqish panjang umur dan dimurahkan rezeki..

semoga aqish jadik anak yang solehah..

may your wish come true..

jangan tinggal solat..




dalam adik beradik saya yang berenam ni, Balqis lah paling bongsu sekali.. itu kalau ta campur dengan anak umi saya lah.. disebabkan dia paling bongsu, memang agak jelas lah yang dia memang sangat-sangat manja.. dan disebabkan tu jugak selalu kena sakat dengan abang Tada bliau.. pening jugak saya bila dekat rumah tengok diorang bergaduh.. tapi takde lah teruk mana.. nama pon adik beradik kan.. tapi yang buat saya geram tuh, tahan betul si Tadha menyakat aqish.. takde gaya budak tahfiz langsung!! tapi bila akak saya dah balik, tugas menyakat beralih plak ke akak.. saya pun turut join the group.. haha.. sian aqish

balqis nih memang petah sangat bercakap dan rajin bertanya.. teramat sangat.. tapi dalam famili je.. sila refer perbualan2 between me n her di entri ini , ini , dan ini .... entah kenapa bila kat sekolah dia semacam mempunyai low self esteem.. tak berapa menonjol.. mama pernah cakap, dia semacam pressure la jugak nak sit for UPSR sebab kakak-kakak dia dulu semua straight A's(siapa lagi lah kan?? hahaha).. memang nampak lah dia bersungguh-sungguh.. buat sc0re A lah, pergi tuition, buat set2 latihan yang sek0lah bagi, join battle of the brain lah, then hari tu, waktu result trial dah keluar.. sibuk betul dia tanya saya

aqish : kakak, dulu kakak trial dapat berapa?
kak una: akak dapat 4A1B je
aqish : akak agak2 kan, kita b0leh dapat 5A tak?? sebab trial kita 3A2b je
kak una: aishh musti lah b0leh.. aqish kan slalu buat score A..

sampaikan saya dengan akak pun pernah discuss pasal Balqis.. kitorang dok berdiskusi alangkah stress nya dia kalau tak dapat 5A.. semua ni gara-gara akak-akak dia dah letak kayu ukur tahap UPSR masing-masing.. sebagai menunjukkan sokongan, saya dengan akak pun telah pergi ke sekolah aqish sebab ada majlis S0lat Hajat dan bacaan yassin.. mama dan ayah tak dapat pergi sebab clash dengan perasmian Surau Al-Ikhlas kat Taman Bourgainvillea.

aqish kadang-kadang sangat kelaka okeyh..
ingat lagik waktu dia darjah satu, saya bawak kawan balik rumah time maktab cuti..
aqilah ngan noraini.. time kecik-kecik dia ni memang cepat mesra, bila dah besar sikit ni macam ada different skit.. then qilah tanya : "balqis es0k dah besar nak jadik ape?" balqis jawab" kita nak jadik doktor, tak pon kita nak jadik doktor lembu(hahahaa lawak2), tapi kan senang-senang kita jadik penyanyi je lah" hahahaha
apa lagi saya, qilah dengan nora pon bantai la tergelak2 kat dapur.. apa ingat senang ke nak jadik penyanyi?? masalahnya dia jawab dengan sangat konfiden tau! hahaha.. tuh la fikiran budak-budak.. polos betul hati



urm.. walauapapun, saya sentiasa mend0akan bliau cemerlang dalam hidup dan juga pelajaran.. sudah 12tahun... harus bersyukur dengan nikmat usia
masih banyak lagi benda yang dia belum terokai.. kadang-kadang bila tengok keadaan dunia sekarang, semacam takut untuk bagi budak-budak kecik membesar.. sebab pasti cabaran dia fuy0h banyaknya.. tapi itu kan semua rencah hidup.. as long as kita berpegang kepada keyakinan iman kita dan menjadi hambaNya yang bertaqwa, insyaAllah berjaya dunia akhirat



Ya Allah, tiadalah sesuatu yang mudah melainkan Engkau permudahkan, dan engkaulah yang menjadikan kesedihan(kesusahan), jika engkau kehendaki maka ia menjadi mudah.

Kau permudahkan bagi adikku untuk menerima segala ilmu.
Kau sihatkanlah tubuh badannya.
Kau berikanlah dirinya kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.

Ameen




okeyhlah,
akhirnya saya update jugak blog terchenta ni
mungkin entri ni menjadi pengubat rindu mereka-mereka yang tunggu post dari saya(haha ada ke?.. perasan saja)

sekian sahaja

jazakumullah khairan kasira



p/s: lihat ituuu.. aqish muat high heels ku.. hahaha~ lepas je beli kasut tuh, saya pun tanya mama "ma, ma agak una terpakai ke kasut macam ni???" mama menjawab dengan renungannya yang tajam.. hahahaha~ 0keyh paham2.. padahal cuak dalam ati