Saturday, March 28, 2009

EARTH HOUR !!!!


assalamualaikum

urmm~ rasanya kebanyakan dari korang semua dah tahu kan pasal earth hour ni..
kalau tatau lagik sila la google ke apa ke
saya malas nak explain pepanjang lebar kat sini
pon malas nak letak link earth hour tu kat post ni
lalalalalala

tadi bace status member kat facebook..
"tutup lampu, tapi on laptop n charge enpon kat laptop"
lebey kurang camtu la ayat dia..
ahahaha~ sama betul pikiran..
memang tu la yang saya dok rancang2 dari hari saya register earth hour ni..
hikhik..
wat ever

agak mengong2 sekarang n tensen pon ada
terlampau manyak benda yang nak kena fikir..


saya semacam nak tulis manyak benda
tapi postp0ne dulu la ye
tetiba rasa poyo plak sebabnya dekat previous post saya btau maybe tgu 2 minggu baru
nak buat entry baru..
well.. nak wat camne...
una la katakan


okey2.. st0p merepek..
s0o sama2 la kita melaksanakan pr0gram earth hour ni ya..
sh0w our careness
"we have only one earth"


sekian sahaja


jazakumullah khaira



pesan saya 1: maybe akan ada entry kedua kejap lagik lepas saya bergelap selama satu jam ye..
huhuhuu~ ta puas menconteng2
pesan saya 2: urmm~ kamu kamu kamu tam0 pelik okeyh.. saya memang akan bergelap
mengikut waktu di jogja ni la.. s0o bila saya baru nak mula bergelap pkul 8.30
nanti, kekawan kat malaysia dah p0n terang benderang balik sebab dah pkul 9.30
kan beza sejam

Sunday, March 22, 2009

saya rindu kamu lah

assalamualaikum semua..

yep2..
rindu betul nak mencoret something kat blog ni..
tapi biasa la, kesibukan melanda diri..
dengan kuliah, lab, laporan, futsal, makan tid0 dan sebagainya lah

again.. semacam banyak benda yang nak saya tulis kat sini..
almaklumlah.. kan dah lama saya biarkan blog saya ni tak dihupdate
huhuu~


urmmm~ just make it in points:
  1. s0o busy with futsal training for these 2 weeks
  2. full time kuliah~
  3. juga mengerjakan lab report yang memenatkan
  4. men'study'kan diri terhadap lab yang nak dibuat
  5. juga mer0nda-ronda dengan skuter baru nurul..
  6. memakan makanan yang syi0k2.. nyum2
  7. BUT.. BUT.. but
ade berita sedih , bila dapat tau my younger br0 Tada masok wad hari jumaat aritu sebab denggi.. and it's stage 2.. wich is quite dangerous... sebab da epistaksis(nose bleeding)... urmm~ tatau nak cakap macam mana perasaan saya bila dapat tau.. lagi tambah sedih bila try call mama ta dapat2... seryes sangat stress.. maaaaaaaaa~

walau apapun..saya mengharapkamu kamu kamu dan kamu yang baca blog saya ni untuk doa sama2 saya ya... terima kasih banyak..


owh ye.. saya telah ditagged secara rambang oleh kawan ABIM saya.. t-rex..
t-rex, awak beruntung sebab saya tiba2 saja rajen nak jawab tagged ni laju laju.. urmm~ here we G0

FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:

  • una
  • husna
  • na
  • chomey.. ahahaha! pentipu betol!!

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:

  • 6 august 1989
  • busday family members
  • 1 muhararram,ramadhan, syawal
  • tarikh kawen nanti k0t.. hikhik

FOUR THINGS YOU’VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:

  • mandi
  • solat asar
  • buat lab report
  • faceb00k

FOUR WAYS TO BE HAPPY:

  • eating
  • d0 anything i love
  • talk2 n talk to my akak
  • talk2 n talk t0 my bestes fren

FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST:

  • my sri ABIM mates 96-01
  • my SMKA SHAMS r00mmates... even we spent only 4 months t0gether
  • every0ne in MRSM BATU PAHAT 02-06
  • mera matrix mates laaa....
miss u guys mucch0o...

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:

  • a pink s0ny PSP.. even i'm not gameholic pers0n.. but i stil want it!!
  • a big2 soft toys... hehehe..
  • urmm~ cheese cake.. lalalala..
  • none of da above as long as u being h0nest in our frenship,dat's da best gift!!

FOUR OF YOUR FAVORITE HOBBIES:

  • eating!!
  • reading... ^_^ --- mostly novel
  • blogh0p... become a silent reader... i love reading people's blog okay
  • sleeping!

FOUR PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:

  • any nice white sandy beaches..
  • paris
  • japan
  • egypt+jordan

FOUR FAVORITE DRINKS:

  • cappucin0
  • av0cad0 juice- alpokat cukup.. hehehe
  • a&w float!!
  • any orange drink..

FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG:

  • kunci bilik
  • handphone
  • beg duet
  • telekung

FOUR FAVORITE COLORS:

  • go RED
  • go BLACK
  • go GREEN
  • go PURPLE

TOP FOUR HANGOUTS:

  • terminal 0ne.. merayau2 wif mama during her lunch hour.. ngee~
  • giant senawang- beli barang umah.. ahahha
  • ambarukm0 plaza- kat jogja la
  • galeria.. kat jogja gak.. love da BEE's

TOP FOUR U LOVE SO MUCH:

  • ALLAH S.W.T and His Prophet
  • mama n ayah
  • my adek beradek yg ramai ituuu
  • anyone wh0 love me

TOP FOUR “THINGS” SPECIAL TO YOU:

  • ISLAM as my religion..
  • my familY
  • surat menyurat and cards dat people gave t0 me... ahaha.. wat a sentimental me
  • ciskek.. seryes!!

TOP FOUR WHO YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:

  • saya
  • tak
  • terfikir
  • sapa-sapa
s0o... sesape yang nak jawab sila silalah ye.. urmmm~ keutamaan lebeh diberikan pada bl0gmates kat sebelah ni.. okay!!

TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:

  • sebab t-rex kawan lama saya.. dan da lama sangat saya ta jumpa bliau.. last jumpa dekat depan kedai buku sinaran almost 6 years ag0.. ingat ta t-rex??
  • sebab dia meng'tagged' diwaktu saya nak hupdate blog
  • sebab saya sendiri tade idea nak tuleh apa kat dalam entry kali ini
  • sebab saya kan baek.. lalalalala ^_^



okeyhh.. selesai sudah menules entry untuk hari ini dan mungkin untuk 2 minggu akan datang.. hehehehe....

sekian saja untuk hari ini..
manfaatkan moment yang ada sebaiknya!!

jazakumullah khaira

pesan saya 1 : nex week dan nextnext week saya ada exam midsem.. d0akan saya.. syukran jazilan
pesan saya 2 : saya sangat rindu untuk memasak la.. urmm~ mi bandung?? nyum2..


Monday, March 9, 2009

junjungan mulia

assalamualaikum

selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah S.A.W


teringat lagi zaman persekolahan..
tak kira dari sekolah rendah sampai la ke sekolah menengah..
setiap kali tiba 12 RabiulAwal, bermacam-macam aktiviti yang diadakan
nasyid, forum, ceramah,
terutamanya perarakan maulud nabi..
kalau waktu sekolah rendah dah tentu berarak ikut rumah sukan
waktu sekolah menengah pulak berarak ikut homeroom besar..
berarak dalam barisan sambil memakai pakaian yang cantik2..
membawa sepanduk dengan tulisan khat..
berselawat dengan penuh semangat
betapa kecintaan pada nabi dipupuk dalam diri



teringat jugak saya pada tahun lepas,
ketika berada di matrik
mungkin lumrah
di zaman sekolah
semuanya diatur oleh guru-guru
tapi tak sama bila dah ada dalam institut pengajian tinggi
bilamana semua benda mesti diuuruskan sendiri
makanya, pada maulud nabi tahun lepas,
terasa kerinduan yang amat untuk berselawat dengan penuh semangat macam waktu
berarak zaman sekolah dulu,
jadik, saya, fifa, ecah, kay, yan, sue telah berkumpul di bilik dan mengalunkan selawat..
sungguh, semangat yang hadir tu teramatlah different..



dan hari ini
di bumi jogjakarta,
syukur alhamdulillah..
kumpulan usrah saya telah berjaya membuat pertemuan
dan topik yang dibincangkan sudah tentu mengenai junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
sebanyak-banyaknya.. hari yang penuh bermakna ini tidak berlalu dengan sia-sia..
syukran jazilan buat naqibah : kak ain(sebaya sbnrnya) n kak tikah..
juga buat rakan2 usrah : feez, shida, fika n hajar



teringat kali pertama menjejakkan kaki ke Makam Nabi di Masjid Nabawi pada tahun 2005..
perasaan yang tak terungkap..
kerana masih di beri ruang dan peluang untuk menziarah makam nabi..
insan yang kita akui kerasulannya dalam syahadah..
insan yang masih mengenangkan umatnya disaat2 kewafatan..
hanya air mata mengiringi doa-doa yang saya lafazkan..
sampai sekarang pon masih terasa manisnya berada di sana
sampai sekarang pon masih terasa getar ketika membaca doa di sana
dan sampai sekarang pun masih mengharap dalam doa agar diterima lagi menjadi tetamu di bumi Makkah dan Madinah..


urmm~
kamu semua mesti ingat dengan nasyid ni..
saya sangat suka dengan nasyid2 dulu sebab banyak menceritakan tentang sirah nabi..


Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh saadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiul Awwal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat yang saadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambut tiba
Lahirnya putera yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia


sekian sahaja


jazakumullah khaira

pesan saya 1 : signifikan dari sambutan maulidurRasul neh adalah supaya kita dapat memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bila kita memperingati baginda kita dapat menambahkan lagi perasaan cinta dan kasih serta menghargai dan mengambil pengajaran dalam suka duka perjuangan baginda.
pesan saya 2: cuba tepuk dada dan tanya minda kita.. sejauh mana kecintaan kita pada Rasulullah SAW..(pesanan untuk diri sendiri juga)

Sunday, March 8, 2009

biskut azan cicah milo panas

assalamualaikum


di pagi-pagi buta macam ni
dengan hujan yang suam-suam lebat(abaikan perumpamaan ni)
memakan bisk0t panjang jenama azan dicicah dengan milo panas amatlah nikmat rasanya..
huhuu~

tiba-tiba saya jadi rindu dengan family...
dengan kuceng2.. ahaha
aishh.. apesal sentimental plak saya pepagi neh..
adakah disebabkan suasana hujan kat luar menyebabkan mata saya p0n turut rasa kehujanan..
ad0yh.. una musti kuat... lalalalala

oh ya!! tadi saya terjumpa satu tittle kat homepage Yahoo! yang menarik perhatian saya..
ape kah? ahaaa~ Fifty-Dollar-an-Hour earning power..
apa yang buat saya kagum sebab 1st list kat situ ialah career Pharmacist..
yep2.. ni yang ade kat artikel tu la nak tau lebih lanjut sila la tekan kat link tuh..
tapi apa yang saya nak stress kat sini.. masih ramai yang tak sedar akan kepentingan bidang farmasi.... terutamanya rakyat malaysia.. sejujurnya.. saya faham bidang ni bila dah datang n belajar kat UGM ni.. sebelum ni, saya pun antara insan yang memandang enteng dengan bidang ni.. saya ingatkan ahli farmasi ni orang yang stay kat counter farmasi pastuh just tekan2 machine cashier bila ada orang nak bayar.. huhuhuu~ mengong kan?

rupanya saya teramat sangat lah silap.. sebabnya:
  1. yang membaca resep dari doktor dan mengambil dose yang diperlukan adalah pharmacist
  2. harus memahami segala macam resep yang ditulis oleh doktor( tau-tau je lah tulisan doktor camne.. hehe)
  3. satu-satunya individu yang mempunyai lesen untuk membancuh ubat..
  4. pharmacistlah yang mempunyai kepakaran untuk menerangkan cara pemakaian ubat dengan betul dan efek samping pengambilan sesuatu obat..
  5. banyak lagi la peranan pharmacist
tapi kan.. mungkin sistem perubatan kat malaysia masih tidak mengikut piawai yang sepatutnya...
seperti beberapa negara yang saya tau.. macam indonesia, australia, kemboja dan banyak lagi..
hospital2 atau klinik2 kat negara2 tu semuanya hanya menawarkan khidmat rawatan doktor..
lepas pesakit dirawat, mereka akan diberi resep oleh doktor dan obat harus didapatkan sendiri di farmasi..
tapi kalo kat malaysia, kan belum mula sistem macam tu lagi..
seingat saya, ada seseorang yang pernah bagitau kat saya, malaysia sepatutnya memulakan sistem macam tu.. tapi kita masih kekurangan tenaga kerja farmasi..
urmm~ wallahua'lam

sungguh kemalasan melanda diri.. huhuu~
oho0o.. lab report saya tak siap2 lagi dari semalam..
saya semacam tak boleh nak focus.. baru je satu page.. saya buat mende laen..
dan macam tu la seterusnya.. aishh
shuh k0 setan!!!


ya Allah, permudahkan jangan engkau susahkan, sempurnakan (kekurangan) dengan kebaikan, tambahkanlah bagi kami ilmu





okeyh... cukup sampai sini la.. saya ade practise futsal pkul 8 ni.. lalalalalala~


jazakumullah khaira

pesan saya 1: saya semacam da bosan nak ambil tahu berita malaysia.. macam banyak isu picisan
pesan saya 2: meh la reramai terjun ke bidang farmasi!! ahahaha~

Wednesday, March 4, 2009

siapa nak hilangkan jerawat

assalamualaikum

urm~ serasa berkurun dah tak mempost apa-apa kat blog ini..
walaupun berbunyi agak cliche.. tapi, memang betul apa.. last
post saya adalah pada bulan Februari dan sekarang dah pun masuk
bulan Mac ataupun kat sini dikenali sebagai Maret.. huhuhu~

tiba-tiba rasa jantong berdegup sangat2 laju sampai boleh dengar
bunyi "rub dup rub dup" ahaaa~ sebabnyaaa.. hujung bulan ini saya
ada exam midsem.. ya Allah.. cepat betul masa berlalu.. rasa rasa
macam baru je masuk sem 2.. sekarang ni dah nak ujian midsem pulak..

sekarang ni saya seakan-akan sangat la busy.. o0ps.. bukan seakan dah.. memang busy p0n..
ini semua sebab secara rasminya saya dah pun memulakan sesi lab.. ad0yhh... semester ni saya ada 5 lab.. lab farmasi fisik, lab farmasetika dasar, lab kimia analisis, lab kimia organik, dan lab biokimia.. semua lab pun sudah bermula secara total dalam minggu ni.. oh ya!! satu lab 4 jam tau... makanya.. kepenatan lah jawabnya.. 0h ya!! tadi saya dah mula buat ubat.. kalau bahagian buat2 ubat ni dekat lab farmasetika dasar 2.. sepatutnya saya kene buat 2 sediaan ubat iaitu suspensi and kapsul.. tapi.. tak cukup masa sebab untuk lab farmaset cuma 2 jam.. so0o. . saya sempat buat satu je.. urmm~ nampaknya next week saya harus berhempas pulas untuk menyiapkan 3 sediaan ubat la pulak.. walauapapun memang saya suka la lab farmaset.. rase sangat besh.. selalunya punya la hairan macam mana obat2 boleh terbentuk.. sekarang saya sendiri yang belajar dan buat.. alhamdulillah.. masih diberi ruang dan peluang untuk menjalani hari ini.. walau macammana busy pon.. tanggungjawab sebagai hambaNya tak boleh dilupakan..

wahai tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu pemeliharaan daripada syaitan dan ketua-ketuanya dan tentera-tenteranya dan memohon perlindungan atas tekanan nafsu yang menggoda kepada kejahatan, dan aku memohon perlindunganMu dari kesibukan yang menghalangi aku untuk beribadat mendekati Engakau wahai tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kebesaran


ahaa~ dan lagi.. tidak sah la bukan kalau saya tak menghuru-harakan keadaan dengan kelam kabot ku.. jadiknya.. tadi.. saya telah terpecahkan corong tisel berdiameter 9 cm..besar kan?? hikhik... telah menjatuhkannya dan membuat muka yang amat tidak bersalah sambil tersengih2... akibatnya.. saya kene ganti.. lalalalaa~ entah berapalah harga alat radas tu ye?? meh2 tolong survey untuk saya..

dan antara semua2 lab yang dah pun saya lalui.. yang paling saya suka tu farmasetika laa... hikhik... suka betul saya bila bab buat2 ubat ni.. cuma yang kurang besh tu, bila ada bahan yang digunakan tu mempunyai bau yang kurang besh.. jawabnya.. melekat ke saya laaa.. ad0yhh... abeh saya berbau kapur barus tadi.. uiks?? bet0l.. tadi antara bahan yang saya gunakan tu adalah camphor dan sulfur.. dua2 ni pon baunya adalah tersangatlah tidak besh.. tambahan pulak, saya tersilap ramuan.. sepatutnya, saya gunakan aqua rosae sebagai pelarut tapi saya guna aquadest( air suling)je.. akibatnya... bau sediaan suspensi saya tuuu amatlah menyengat.. sebabnya aqua rosae tu berbau r0s.. jadik ia sepatutnya bagi bau yang besh sikit la pada suspensi tu..
huhuu~ ops2.. kira paham la ya apa yang saya ng0mong ni.. ahahaha~ yg penting fungsi suspensi yang saya buat tadi ialah ubat jerawat.. hoho0o... macam besh je kan.. nak la tuuu... ngee~



urmm~ sebenarnya semacam ada banyak je benda... tapi.. saya nak study kimia organik ni.. besok time lecture ade p0st test untuk previous lecture.. so0o.. saya haruslah bersemangat tahap upin dan ipin.. uiks?? saya nak tgok la cite geng upin ipin tuuu.. tapi camne eyh? aishhh~



baiklah..

sekian sahaja setakat ini...


jazakumullah khaira


pesan saya 1 : nak upload gamba ubat yang saya buat tadi tapi seakan malas
untuk transfer
gamba ke latop...
pesan saya 2 : jangan marah ya dengan tajuk entri yang ntah apa2 tu dan membuatkan semua rasa tertipu.. hikhik