Sunday, March 8, 2009

biskut azan cicah milo panas

assalamualaikum


di pagi-pagi buta macam ni
dengan hujan yang suam-suam lebat(abaikan perumpamaan ni)
memakan bisk0t panjang jenama azan dicicah dengan milo panas amatlah nikmat rasanya..
huhuu~

tiba-tiba saya jadi rindu dengan family...
dengan kuceng2.. ahaha
aishh.. apesal sentimental plak saya pepagi neh..
adakah disebabkan suasana hujan kat luar menyebabkan mata saya p0n turut rasa kehujanan..
ad0yh.. una musti kuat... lalalalala

oh ya!! tadi saya terjumpa satu tittle kat homepage Yahoo! yang menarik perhatian saya..
ape kah? ahaaa~ Fifty-Dollar-an-Hour earning power..
apa yang buat saya kagum sebab 1st list kat situ ialah career Pharmacist..
yep2.. ni yang ade kat artikel tu la nak tau lebih lanjut sila la tekan kat link tuh..
tapi apa yang saya nak stress kat sini.. masih ramai yang tak sedar akan kepentingan bidang farmasi.... terutamanya rakyat malaysia.. sejujurnya.. saya faham bidang ni bila dah datang n belajar kat UGM ni.. sebelum ni, saya pun antara insan yang memandang enteng dengan bidang ni.. saya ingatkan ahli farmasi ni orang yang stay kat counter farmasi pastuh just tekan2 machine cashier bila ada orang nak bayar.. huhuhuu~ mengong kan?

rupanya saya teramat sangat lah silap.. sebabnya:
  1. yang membaca resep dari doktor dan mengambil dose yang diperlukan adalah pharmacist
  2. harus memahami segala macam resep yang ditulis oleh doktor( tau-tau je lah tulisan doktor camne.. hehe)
  3. satu-satunya individu yang mempunyai lesen untuk membancuh ubat..
  4. pharmacistlah yang mempunyai kepakaran untuk menerangkan cara pemakaian ubat dengan betul dan efek samping pengambilan sesuatu obat..
  5. banyak lagi la peranan pharmacist
tapi kan.. mungkin sistem perubatan kat malaysia masih tidak mengikut piawai yang sepatutnya...
seperti beberapa negara yang saya tau.. macam indonesia, australia, kemboja dan banyak lagi..
hospital2 atau klinik2 kat negara2 tu semuanya hanya menawarkan khidmat rawatan doktor..
lepas pesakit dirawat, mereka akan diberi resep oleh doktor dan obat harus didapatkan sendiri di farmasi..
tapi kalo kat malaysia, kan belum mula sistem macam tu lagi..
seingat saya, ada seseorang yang pernah bagitau kat saya, malaysia sepatutnya memulakan sistem macam tu.. tapi kita masih kekurangan tenaga kerja farmasi..
urmm~ wallahua'lam

sungguh kemalasan melanda diri.. huhuu~
oho0o.. lab report saya tak siap2 lagi dari semalam..
saya semacam tak boleh nak focus.. baru je satu page.. saya buat mende laen..
dan macam tu la seterusnya.. aishh
shuh k0 setan!!!


ya Allah, permudahkan jangan engkau susahkan, sempurnakan (kekurangan) dengan kebaikan, tambahkanlah bagi kami ilmu





okeyh... cukup sampai sini la.. saya ade practise futsal pkul 8 ni.. lalalalalala~


jazakumullah khaira

pesan saya 1: saya semacam da bosan nak ambil tahu berita malaysia.. macam banyak isu picisan
pesan saya 2: meh la reramai terjun ke bidang farmasi!! ahahaha~

0 who cares: