Wednesday, July 29, 2009

hari ini bukan hari Khamis lah!!

assalamualaikum


saya dah habis exam 28hb Julai semalam iaitu hari Selasa.. alhamdulillah selesai dah semua ujian pembaikan.. tak berapa nak lancar sangat lah ujian saya kali ini.. tapi saya akan terus berdoa dan berdoa dan berdoa dan bertawakal pada Allah.. insyaAllah.. eyh2.. betulkan semalam hari Selasa.. kalau semalam Selasa dah tentu lah hari ni Rabu.. kenapa dari semalam lagi saya hidup-hidup ingat hari ini hari Khamis.. semacam tidak sabar lah bukan untuk balik Malaysia sebab flight saya hari Jumaat petang.. aisshhh~ bukan sekali dua.. semalam lepas exam, saya beria cakap dengan Lye Yan(batchmates Farmasi) "canot la,esok Khamis kan?, I ada appointment gigi " then, semalam jugak bila isi borang pendaftaran subjek Sem 2 pun saya tulis tarikh hari Rabu sebab saya dok fikir esoknya Khamis..

dan hari ni paling memalukan bila pagi tadi saya sms ke Mbak Andin(studen dentistry yang tgh praktikal)

una : "Salam Mbak.. controlnya hari ni sekitar jam 10 bisa?"
mbak andin: Wah, aku ada pasien.kenapa? besok gak bisa? atau mau jumaat aja
(lepas baca reply sms baru sedar yang hari ni bukan Khamis)
una : haha.. ku pikir hari ni kamis..ok2, besoq aja.. ahahaha.. sorry~

memang setiap hari Khamis merupakan appointment saya dengan Mbak Andin


adakah sebab perasaan nak balik yang amat sangat buat saya rasa nak hari Khamis.. tapi kenapa Khamis apa pasal tak jumaat je terus.. aisshh~ ok2.. tak mengapa sangat, sebab ta penting pun kan.. yang penting saya dah terima kenyataan hari ini hari Rabu dan rupa-rupanya banyak sangat benda kena setel hari ni.. sekurang-kurangnya takda lah saya kelam kabut bila nak balik Jumaat nanti bila dah setel semua benda..

hari ini saya sekadar nak mentaip tanpa hala tuju.. takpa lah kan kalau saya nak mentaip tanpa hala tuju.. kalau hidup tanpa hala tuju is a big No no okeyh... kalau saya mentaip tanpa hala tuju pun at last akan jadii jugak entri kat www.husnazainal.blogspot.com tu.. tapi kalau hidup tanpa hala tuju? ha! entah ke mana la nanti.. ibarat layang-layang terputus tali.. aishh asyik ni je, kejap carik perumpamaan lain.. ibarat belon yang macam jual kat pasar malam yang ada pemberat tu tapi pemberat dia tercicir.. eit apehal makin complicated! dah una dah~ merepek je la kerja.. urmm~ apa-apa pun mesti ada aim of life.. sebab bila ada aim, kita akan berusaha ke arah itu, dan bila dah usaha dan dapat, yang paling penting bersyukur pada Allah.. eit, tapi tidak lah saya maksudkan ingat Allah bila dah berjaya je.. kena ingat Allah dalam semua keadaan pun dan aspek kehidupan kita, supaya hidup kita lebih berkat.. macam dalam konsep ihsan yang kita belajar PAFA dulu, ha! ingat lagik tak kalian-kalian semua ? melakukan ibadah seolah-olah kita melihat Allah dan Allah melihat kita.. ibadah ni pulak merangkum semua aspek kehidupan lah~

cakap senang la kan? huhu
saya sendiri sedar yang saya tak cukup sempurna. kadang-kadang saya pun lupa diri(macam selalu je).. namun, bila tersedar cepat2 beristighfar.... makin kita dekat dengan Allah, makin rasa tenang jiwa ni.. ingat!! "Manusia yang selalu tinggalkan Allah, tetapi Allah tak pernah tinggalkan hambaNya"




tiba-tiba terasa dah berciri Ustazah Norbahiyah lah pulak.. huhu.. ok lah,
saya mintak diri dulu..


sekian sahaja
jazakumullah khairan kasira


pesan saya 1: dear mera besfren hey Nurnawwar Ramalan.. kamu sudah meninggalkan negaramu tanah tumpahnya darah mu untuk ke negara sarok khan bukan?... sila jaga diri dengan baik... i d0nt have much tosay(t0 say), all da best dan saya teramat sangat lah tahu kamu akan buat yang terbaik .. bila lah kita dapat berjumpa kn kn kn? dah 8 tahun tak jumpa~

pesan saya 2: siapa nak bagi Totis Jr&Sr saya makan bila saya balik cuti 3minggu nanti?

Friday, July 24, 2009

s0me things are better left unchange

assalamualaikum

jus t0mato+wortel= errr.... aneh!

tadi pagi, lepas saya habis ujian pembaikan paper kimia Organik II, saya pergi la ke kantin fakulti untuk melaksanakan rutin saya pagi2 iaitu minum jus... uishh.. jus yg kak long buat memang besh la... kak long ni, dulu pernah kerja kat Malaysia, s0 dia memang boleh cakap melayu sikit-sikit tapi kelakar bunyi dia.. eyh apa cerita pasal kak long pulak neh...

takpa.. sebab kak long memang terer buat jus.. paling kesukaan saya ialah jus mangga.. duduk kat jogja buatkan saya tambah sehat.. mana taknya, every meal pun sure akan minum jus.. ada jus mangga, tembikai,durian belanda, tembikai susu, avocado, ciku, carot, tomato n apa lagi lupa dah.. huhuhu.. jus dia bukan ala-ala beberapa kedai yang sangat jimat(kedekut) buah n gula.. memang superb la.. pekat likat sejuk siap diblend dengan ais segala tau! uishh.. memang best lah
dah lah murah banget.. 2 ribu je.. ta sampai seringgit pun tau~

aha!! dan pagi tadi saya tak dapat minum jus mangga sebab mangga takda.. then, saya pon tengok-tengok buah apa yang ada, lepas tu tiba-tiba saya termahu minum jus t0mat.. saya pun tanya la kakl0ng..

una : kaklong.. jus t0mat(tomato) best tak?
kaklong: best la.. tapi campur-campur lah dengan yang lain.. dengan wortel(carrot) ke?
una : ha? best ke? macam semacam je
kaklong: eyh.. apa pulak.. sedap tau
una : yeh? akak da rasa dah? kena tambah gula ke?
kaklong: kena la tambah sikit.. ahaha.. akak pun tak tahu.. selalu budak2 ni order, sedap la tu
una : urm boleh la cuba.. kaklong! letak ais banyak biar takde rasa geli-geli nak muntah..

bila saya dapat je jus tu, kaklong kata, "nah cuba lah,kalau tak sedap kaklong belanja" ahahaha~
mula-mula memang ada rasa macam ta sedap kat tekak.. tapi saya still minum dan sedar tak sedar dah habis satu mug saya bedal jus tu.. huhuhu~ but once is enough.. rasanya mungkin saya tak order dah la jus tu.. hikhik... cukuplah! sekurang-kurangnya saya pernah mencuba~


oh! cakap pasal cuba mencuba ni, pernah tak korang terfikir akan sesuatu yang tak pernah korang fikir akan buat tapi akhirnya korang buat??.. dan pernah tak korang menngimpikan untuk membuat sesuatu perkara yang belum pernah korang lakukan??

banyak benda yang dah berlaku kan bila makin dewasa.. makin kita diberi kebebasan, makin banyak perkara yang akan kita lakukan tanpa batasan, lagi-lagi bila dah jauh dengan keluarga, memang dah takda siapa lah yang nak kawal pergerakan kita atau apa pun, tak kira lah yang berada di dalam atau pun luar negara, biasanya bila dah masuk ke alam universiti, tentu banyak perkara baru yang kita jumpa, suasana baru, persekitaran baru, cara hidup baru, kawan-kawan baru, perangai baru, kerenah baru, dan banyak lagi yang baru pada kita.. dan yang baru ni lah ada pr0 dan cons nya.. tak semua benda baru tu baik dan juga buruk.. tapi sebenarnya terpulang pada kita.. cara kita kawal situasi..

ini tidak.. bila tengok budak tu cantik bermekap kita pun nak ikut bermekap tapi tak berubah apa pun sejujurnya,tengok budak lain shopping tiap2 minggu kita pun nak shopping jugak tapi guna duet pinjaman atau biasiswa, tengok budak tu tak study asyik tidur kita pun ikut jugak tidur, tengok budak tu berfesyen segala kita pun nak jugak berfesyen walaupun sebenarnya tak sesuai,tengok orang bercouple sana sini kita pun nak jugak macam tu, nanti last-last budak tu ke mana kita yang ke laut.. kenapa tidak, bila ada perkara-perkara yang macam itu kita cuba lawan.. tapi bukan lah lawan yang oh kau tidur 5 jam aku tidur 8jam lah! bukan okeyh bukan.. kita lawan dengan cara atasi diri sendiri dulu.. kalau suatu pekara tu tak rugi kalau kita buat, s0 tinggalkan je lah.. kira dah berjaya la lawan nafsu diri sendiri.. tapi mesti pernah terfikir jugak "kalau tak cuba tak tau la" tak pun,"alang-alang ada peluang ni try la, nanti rugi".. ya, memang lah belum cuba belum tahu,tapi kita diberi aqal dan fikiran kan.. kalau kita gunakan semaksimum mungkin aqal yang ada, memang kita akan tau apa akan jadi bila mencuba.. fikir sebelum buat

macam saya sejujurnya, sebelum duduk kat indonesia neh, mana pernah keluar malam hangout dengan kawan-kawan semua, tapi bila dah duduk sini jauh dari semua, keputusan diri sendiri yang atur, ha! pernah sampai pukul 1 pun baru saya balik ke kost(hostel)..

kadang-kadang pernah je dengar dari mulut kawan-kawan "sebelum ni mana pernah buat macam ni", "kalau kat malaysia, tak pernah-pernahnya macam ni", " ni la 1st time aku ada experience ni", maknanya ada je orang-orang yang rasa sama macam apa yang saya rasa.. kiranya, masing-masing pun sedar akan perubahan dan keputusan yang dibuat..
kalau orang laki, selalu dengan masalah rokok, kalau perempuan pulak selalu dengan masalah personality takpun kawan.. and most of all laki pompuan memang takan lari dari masalah Love~

s0, is some things better left unchange? entah la.. saya pun semacam konfius... banyak sangat persoalan dalam kepala..

hati 1: kalau belum cuba kan belum tau
hati 2:ye la, tapi kan da boleh expect apa yang jadik
hati 1: habis kalau hasilnya baik?
hati 2:habis kalau hasilnya buruk?
hati 1: kalau buruk, takyah la buat lagi.. kalau baik dan kau tak buat kan dah menyesal
hati 2: tapi tak mustahil nakbuat lagik perkara buruk

okeyh.. buat pening kepala saja.. ahahaha~
sedikit terem0si dengan sikap kawan-kawan sebenarnya...
sometime i wish t0 be in my primary school back then..
persahabatan waktu tu sangat2 jujur.. budak kecik kan jujur.. tak pandai menipu tak pandai hipokrit.. kalau gaduh terus tarik muka,terus kata "tak nak kawan", terus pandai tulis surat bagi kat kawan yang kita gaduh,bagitau apa tak puas hati,then berbaik..
tapi bila dah besar ni, semua ciri-ciri tu hilang, sebab apa?
sebab sekarang dah matang?, dah boleh fikir tentang hati dan perasaan orang? tanak kecikkan hati orang? dah boleh nampak tru colors masing-masing? betul cakap ayah, makin besar makin banyak benda baru yang kita jumpa.. makin besar cabarannya.. ya!! saya akui saya memang sangat-sangat lemah when it comes t0 friends pr0blem.. even saya tak nampak macam kisah sangat i d0 care actually.. sangat-sangat~ sebab saya rasa some things are better left unsaid jugak.. macam mana pun i l0ve all my friends okeyh

walauapapun saya sentiasa berdoa semoga Allah tetapkan dan kuatkan iman dan juga hati saya.. same g0es t0 all my friends..


urm apa ni una! dari cerita jus melencong ke lain pulak.. aishh.. dah2
stop dulu..


minggu depan hari jumaat saya balik Malaysia.. biiznillah~
tapi sume kekawan kat Mesia confirm ada kat universiti.. huhuhu~
takpe.. siapa nak jumpa, jom kita jumpa.. mari2


sekian sahaja
jazakumullah khaira

Tuesday, July 21, 2009

....

assalamualaikum



oh oh oh~
kenapa lah sekarang ni rasa sangat-sangat nak menangis..

lemahnya lah kau ni una!!! bila time kau susah dan takda orang untuk kau bergantung harap,
mulalah kau nak rasa down segala.. mulalah kau nak kata takda siapa disisi.. dan yang paling teruk, mulalah kau lupa yang kau masih ada Dia.. ya una!.. kau masih ada Dia..


Ya Allah.. ampunkan hambaMu ini..

as for now, i just wanna cry~

Friday, July 17, 2009

i have babies!!

assalamualaikum


semalam saya tidur lambat.. tetapi saya bangun awal pula pagi tadi.. clap2 to myself..
semacam keajaiban... disebabkan subuh kat sini awal which is 4.30 am, selalunya saya akan betul-betul bangun pada jam 5.00am.. sedangkan alarm phone telah diset 4.31am.. habit pelik- akan tunggu snooz ke 3, iaitu 27 minit kemudian baru nak bangun.. s0alan cepuk emas.. berapa lamakah tempoh sekali snooz.. ahaha~ tak mendatangkan faedah sungguh ayat-ayat yang ditaip.. aisshh..


oh ya!! sila surprise dengan tajuk yang tertera~ ahahaha.. sekarang saya ada kesukaan baru.. walaupun tak berapa suka sebenarnya(kecik ati diorang kalau tau)...
alkisah.. saya telah pun meng'adopt pets... iaitu Kura-kura... akhirnyaaa.. semacam tak percaya je saya membela binatang selain dari kucing.. huhu~ taniah sekali lagi kepada diri sendiri..

kura-kura saya ada 2 ekor semuanya... sekor dah besar dah, sebesar tapak tangan sopi.. eit2.. silap2.. ampon sopi, teringat lak gambomu yg talk t0 the hand uh.. yg dah besar tu namanya Totis De Senior(totis Sr.), ada lah sebesar buku literature in english form 4, and yang sekor lagi diberi nama Totis De Junior(totis Jr.) ada lah sepenumbuk besarnya.. actually saya yang pepandai melantik diri sendiri untuk jadi owner angkat pada diorang.. sebabnya diorang dah macam anak terbiar dah... owner asal totis2 ni tinggalkan diorang kat dalam akuarium yang ditutup dengan tshirt buruk dan letak dekat stor.. owner asal diorg?? dah habis belajar dan tak menginap lagi di kost(hostel).. apekah manisnya perbuatan sang owner asal tu kan?

ditakdirkan, satu hari saya dok simpan kotak kat dalam setor.. then, saya nampak satu tshirt yang amat2 buruk dah bertaik lalat segala.. jadi saya angkat la tshirt tu sebab memang patut kena buang je kalau dah macam tu rupa tshirt tu, bila angkat je ternampak lah saya akan akuarium yang diisi oleh 3 ekor kekura.. air dalam tu dah jadik warna itam kehijauan dan menggelikan la.. so saya macam terkejut dan terus panggil senior depan bilik saya.. then dia bagitau yang kekura tu one of mbak indonesian yang punya, BUT dia dah kluar dari kost dekat nak sebulan kot.. and kebetulan adik mbak tu pun stay kat kost yang sama.. s0, saya sangat kuat perasaan menyatakan yang adik mbak will take care of the turtles... sejak dari tu, dah tade nak amek peduli pasal dhe turtles cz i dont kn0w how.. seryes!!


sangkaan saya jauh meleset.. until one day, saya masuk balik dalam setor, dan mengusha lah kura-kura.. then saya tekan la cengkerang sekor kura-kura ni.. sebab dia je yang terapung.. TAPI.. bila saya tekan macam takda respon malah tenggelam dan timbul semula.. rupa-rupanya, kura-kura tu dah mati.. terus saya jadi geram dengan adik kepada mbak owner asal sebab tak care langsung pasal pets akak dia.. (tapi geram diam-diam je).. and ada rasa bersalah sebab tak ambik peduli pasal kura-kura tu even setor tu terletak sebelah bilik saya je sebenarnya.. huh~ saya pun bagitau senior depan bilik saya, and dia tolong bagitau ibuk kost untuk cuci and clean up the aquarium.. me?? still dont know and not willing to clean up all those thingy~

the next day, saya tengok aquarium tu dah bersih.. and tinggal lah dua ekor je kekura dalam tu.. start from that day, i adopted the kura-kura and called them Totis Sr. & Jr. ... ahaha~ macam Duku Jr.dalam majalah ujang je.. urmm~ actually rasa kesian sangat sebab macam manalah perasaan Totis2 bila tengok kawan sorang dah mati, and yet u share da same place wif the dead person,still in the water dat become so busuk, and same environment.. kompem stress, musti dalam ati Totis2 akan berkata " nampak gayanya i'll end up like my friend t0o lah kalau macam ni" ..

memang psikologi lah bukan kalau anda bersama rakan-rakan anda seramai 3 orang tersesat di dalam gua.. with no foods, air, and others.. a higher survival is needed.. but then, one of your friends died.. and yet you are still alive and cant find out jalan keluar, nak taknak terpaksa stay kat dalam gua dengan orang yang dah mati.. dah tentu perasaan masa tu dah macam tak terkata lah bukan.. aisshh~ nauzubillahi min zaalik~

as for now, saya hanya menjalankan tugas memberi makan sahaja kepada Totis Sr. & Jr agar tidak kelaparan... seryes saya tak pernah membela kura-kura dan tidak tahu penjagaan yang betul.. kawan saya kata kura-kura makan apa sahaja.. so, saya dengan senang hati nya bagi apa yang saya makan pada diorang jugak.. roti la, karot la, sawi la, biskut tiger pun saya bagi.. nampaknya Totis happy!! dan yang paling saya suka, sekarang diorang semacam dah kenal saya.. bila saya masuk dalam setor(ya!! aquarium still kat dalam stor la), diorang akan keluar kepala, dah tak segan2 dah.. tapi, saya rasa saya tau kenapa.. diorang sebenarnya nak makan je la tu..ye laa.. saya kan dah jadi permanent feeder diorang.. huhuhuhu~
cuma saya takde kebranian nak pegang kura-kura tu.. takutlah!


urmm~
nanti saya letak picture diorang
terpanjanglah pulak entri pasal my new babies ni.. ahahaha~

~ haruslah berbuat baik pada semua makhluk~

okeyh..
sekian sahaja untuk hari ni




jazakumullah kairan kasira~


pesan saya 1: taniah pada yang berjaya baca entri bosan ini sampai habeh!!

Wednesday, July 15, 2009

Mimpi Bersiri??

assalamualaikum


saya yakin mesti ada antara korang2 yang pernah mengalami mimpi berulang..
huh.. malam tadi saya mimpi sesuatu yang dah pernah saya mimpi dulu.. dulu tu maksud saya dah lama.. lama tu pulak maksudnya saya tak ingat bila, tapi yang pasti saya pernah mengalami mimpi tu.. tapi yang malam tadi punya ada sambungan sikit.. sebab hujung2 babak saya semacam lost, which is macam belum ada scene tu dalam mimpi saya yang sebelumnya.. aisshh... tapi tapi tapi.. bila saya bangun dari tidur dan cuba untuk ingat semula mimpi tu, tak boleh.. apa yang saya tau, saya dah pernah mimpi macam tu sebelum ni dan ada tambahan sikit dalam mimpi malam tadi.. apa yang saya ingat ada ikan jerung @ Jaws.. ahaha~ watak yang lain2 saya tak ingat langsung.. puas perah otak fikir.. bukan penting sangat pun kan sebenarnya sampai nak berperah-perah otak segala.. aissshhh..

tapi tu lah, rasa macam tengok movie yang dilakonkan oleh diri sendiri.. seingat saya lah ada 3 movie.. eit silap.. ada 3 mimpi yang pernah saya alami dan berulang dan ada sambungan.. cumanya mimpi saya ni tak datang selalu.. sebab saya jarang bermimpi.. urm.. tak pasti jugak lah jarang ke tak.. tapi saya memang tak ingat apa yang saya mimpikan.. ahahah~ mimpi bersiri lah ni.. orang kata mimpi tu mainan tidur.. pun mainan syaitan jugak.. saya takda idea dan takda rasa untuk mengambil tahu apa maksud mimpi saya tu..

urm~ saya ada sorang kawan yang selalu sangat menceritakan mimpi dia pada saya, dan suka sangat tanya apa maksud mimpi dia.. saya sendiri tak tahu nak cakap apa kat dia.. dan selalunya, yang saya jawab, mimpi tu mainan tidur.. ada jugak saya bagi pendapat tentang mimpi2 tu tapi ikut selera saya lah kan.. dah orang bertanya..hehehe.. tapi semacam tak menjawab soalan lah bukan.. mungkin yang dia nak dengar dari saya ialah tafsiran pada mimpi-mimpi dia kan? macam mana lah saya nak tafsir.. saya bukannye bomoh ke apa.. aisshh.. lagi-lagi kalau mimpi2 tu merepek-repek dan pepandai je nak tafsir ikut suka hati diri sendiri.. tapi memang lumrah kan.. bila mimpi something mesti nak kaitkan dengan benda2 baik je.. kompem tanak pikir yang buruk2.. huhuhu~ tapi siapa lah kita kan.. tu semua kuasa Allah.. dengan izin Allah, kekadang mimpi tu boleh je sama dengan apa yang kita sangka.. but mungkin secara kebetulan lah kan..
ntahlaa..


  • “Mimpi yang baik (soleh) itu dari Allah, sedang mimpi buruk itu dari syaitan.” (Riwayat Bukhari)


okeylah..
sampai sini sahaja...


sekian
jazakumullah khaira kasira

Tuesday, July 14, 2009

telur masak kicap paling best!!

assalamualaikum


oh! teramat lah sangat merindui rumah..

semalam last ujian pembaikan untuk semester 1.. parasitologi.. parasit is always killing me okeyh!!
ahaha~ ada sikit soalan dari past year.. tak banyak mana pun.. i tried my best and we'll see..
dan minggu depan dari 21hb dah mula ujian pembaikan untuk semester 2.. saya pun macam biasa dah mengeluarkan segala isi perut soalan2 pastyear dan nota2 untuk paper yang saya ambil.. dah

cumanya belum ada mood untuk membaca.. aisshhh... kenapa lah saya semacam terlalu rindu rumah ni.. mungkin sebab akak saya dah balik ke Malaysia kot.. selalunya, kami akan calling-calling di tengah malam selepas pukul 12 malam sebab free.. berborak itu ini.. curhat.. juga bergosip.. ahaks..

tapi sekarang dah tak boleh melakukan rutin itu lagi.. akak jauh di rumah dan handphone saya jaranglah berkredit.. huhuhu~ ha! dan internet di rumah juga semacam kena potong saja..
semalam dengan tahap kerinduan yang tinggi saya pun call akak, selepas exam parasit.. tapi tak dapat bercakap lama sebab kredit ada 7ribu saja.. jadi dapat bercakap dalam 10minit..

saya nak sangat sangat sangat balik.. ada 17 hari lagi... tapi saya kena sabar.. ada mission yang saya harus selesaikan kat sini... yeahh~ una kena semangat!!

kelmarin saya berYm dengan adik sepupu saya.. Sopheah Iman namanya, anak paksu ngan maksu saya.. dia ni sangat kiut dan kadang2 fikiran dia matang skit.. baru darjah 4.. kelakar betul conversation between me n her.. saya bagitau dia yang cuaca kat jogja sejuk macam cameron highland.. lepas tu dia bole kata " sejuk ke kak una..waahh.. whitening semula jadi tuuu" tergelak-gelak saya... mentang-mentanglah kak una dia neh itam manis.. ahahaa~ then, dalam dok beYm2 dia sempat pesan lagi "adek doa kak una lulus cemerlang boleh balik malaysia cepat buat telur kicap yang paling best" ada kisah sebenarnya di sebalik telur kicap ni.. okeyh.. sebelum saya fly ke jogja, maksu n paksu saya pergi umrah.. so anak2 dia yang kecik2 tinggal la dengan saya kat seremban for two weeks.. ye la..saya kan menganggur lepas matrik tak buat apa.. then, di suatu wiken yang damai, emak saya pergi kursus, uwan saya pulak ke rumah Paklang kat Tanjung Malim.. s0 tinggal la saya home alone..tapi bukan alone sebenarnya, sebab ada adik2 sepupu saya seramai 3 orang sarah, iman, yasmin dan adik saya Balqis.. pagi2 tu okey lagik, saya buatkan nasik goreng untuk diorang makan.. tapi bila dah tengahari saya macam gelabah.. sebab taktau nak masak apa.. fikir punya fikir, bukak peti ais tengok ada je semua ikan, daging, ayam tapi still taktau nak masak apa.. last2 saya nampak telor.. aha!! paling senang wat telur masak kicap la.. then, lepas da siap masak telur ngan sayur campur semua,panggil la diorang makan.. dah lah huduh je saya tengok masakan saya tu.. macam tak berselera mana la.. tup2 budak2 ni makan habis licin tak tinggal sikit pun.. time tuh seingat saya baru pukul1 lebih.. lepas tu dalam pukul 3 lebih diorang kata lapar and suruh saya masak telur masak kicap lagi.. terkejut dibuatnya!! ni perut apa masing2 ni.. bila saya kata nak buat telur dadar diorang tak nak.. nak telur masak kicap jugak.. asyik puji kata telur masak kicap terBest lah apalah.. orang kata, kata-kata budak kecik tu luhur dari hati, ikhlas.. ahaha~ sedap lah tu kan?? kan?? ngee~ but still, saya buat telur dadar jugak time tuh.. ahahha

oho0.. dan bila iman ym kelmarin dan cakap buat telur kicap paling best, saya semacam nak gelak abeh2 sebab saya sendiri tak ingat macam mana saya masak aritu.. sebab saya suka maen campak2 je time masak.. tak realise pun resipi apa yang saya guna.. err.. maksudnya,masak main redah n main cipta sendiri.. lalalalala~


okeyhlahh.. saya jadik lapar la pulak..
saya mintak diri dulu lah!
sepatutnya saya kena pergi kantor imigrasi hari ni tapi saya tak rajin la pulak.. mungkin esok esok je lah...


sekian sahaja,
jazakumullah khairan kasiran

p/s: saya dah tengok syurga cinta~ "kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat, kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,
rupa-rupanya Allah nak beri kita pelangi"

Saturday, July 11, 2009

jangan terkejut!!

assalamualaikum..

jangan terkejut sebab saya update!
dah lama kan saya tak update blog.. ya2.
tapi hari2 pun saya akan menjenguk blog sendiri dan juga blog orang lain..
cuma sekali lagi, mood untuk meng'update'tu tak datang2..
dah tu sekarang ni apa yang saya buat?? ahaha~
saya tengah update la.. but NOT in da mood of updating...
saya dok tunggu2 Brain Buddies kat facebook loading..lambat sangat..
s0 saya pon bukak blogger dan klik new post.. dan mentaip dan terus mentaip..

kalau tak silap dekat nak sebulan jugak saya ta update kan.. urm~
banyak sangat perkara yang berlaku.. nak cakap saya sibuk, tipu lah..
tak sibuk mana pun.. entah la.. ada sikit konflik diri agaknya.. ahaha~ apa lah yang saya merepek sekarang ni..

oh ya!! kakak saya dah selamat pulang for good.. alhamdulillah.. now, she is oficially a doctor.. D0ctor Neysah.. taniah akak.. tapi.. sampai sekarang belum ada siapa2 orang di rumah yang menghubungi saya... ya2.. saya nak kol rumah lah kejap lagi.. sekarang ni, memang musim student2 medic graduate.. kak Nadrah yg study kat Ukraine, kakak kepada kawan saya Nawwar pun dah selesai belajar.. dan kak Sarah yang study kat Russia, one of my favret blogger pun dah graduate.. Alhamdulillah... semoga usaha kalian semua berjuang di perantauan selama 6 tahun akan menjadi suatu pengalaman yang teramat sangat berharga dan tidak sia-sia.. Congrate Doctors!!

semenjak dua menjak ni, cuaca di Jogja dah mula sejuk.. ha! kalau saya cakap sejuk tu jangan lah pulak ada yang fikir bersalji segala.. kat Indonesia mana la ada semua tu.. huhuhu~
cumanya, suasana dia macam kat Cameron Highland.. kalau saya bukak tingkap pagi2, dan hulurkan tangan ke luar, terasa sangat berbeza suhu di luar dan dalam bilik.. tapi takde hujan ke apa.. memang sangat syiok lah!! yang paling thrill bila rasa air dalam toilet.. uishh!! sejuuukk o0... menggigil2 saya dibuatnya.. lagi2, bila nak ambil wudhu time solat subuh.. dengan pertentangan suhu badan yang warm time tid0 dengan air kat toilet yang bila kite tambah sirap da kompem bole jadik sirap ais.. memang terketar2 dibuatnya.. rasa macam kat kampung pulak.. sangat fresh! even duduk dalam bilik pun saya bersweater bersetokin segala.. urm~ dan disebabkan keadaaan yang sejuk ni, dalam 2-3 hari jugak saya tak dapat tidur nyenyak sebab sakit dada.. ditambah dengan flu, asik terbersin2 saja.. but s0 far, Alhamdulillah.. sehat suda~

dalam 2 minggu kebelakangan ni, saya mensibukkan diri dengan ujian pembaikan sem 1, tapi semacam ta berapa prepare lah.. hari isnin depan ada lagi satu paper yang ambil, so saya ada hair ni dan esok untuk cover.. mudah-mudahan dipermudahkan.. ameen..
dan minggu satu lagi, saya akan mensibukkan diri dengan ujian pembaikan sem 2 pulak.. result final sem 2 saya dah keluar.. s0 far, tidaklah seteruk sem 1 hari tu, tapi saya still duduk exam pembaikan sebabnya tiket balik saya 31 July nanti.. lama lagi.. dari saya menganggur tak buat apa, baiklah saya buat exam.. untung2 result yang dapat C boleh naik A.. hikhik..InsyaAllah


owh ya.. ada satu nasyid neh.. suka betul saya dengar..
jap2.. copy paste lirik..

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih



bait2 dia pun dah macam terkesan kan.. tajuk dia KeredhaanMu-kumpulan inteam yang nyanyi... pegi la carik dan dengar.. huhuhu~


errr... tadi bukan macam taknak menghupdate sangat ke? apasal panjang semacam je post ni?? hikhik... nak buat macam mana.. ni merupakan penyakit yang tak dapat lari dalam diri blogger, iaitu blog posting dissorder.. muahaha~ suka2 saja cipta penyakit sendiri


okeylah... Brain Buddies dah berbunyi2 dari tadi menandakan dah abeh loading.. mintak diri dulu semua..



semalam dikala kebosanan terjumpa satu kemahiran baru.. lalalala~ terhasil lah gamba syok sendiri seperti yang tertera


sekian sahaja..
jazakumullah khairan kasiran

pesan saya 1 : kucen saya sekor lagik meninggal.. sob2