Thursday, April 1, 2010

saya dah jadi Cik Puan Husna!!

assalamualaikum


wah wah wah.
lama betul saya tak meng'hupdate' blog yang tercinta ni.
mentang mentang lah dah ada suami yang tercinta. habis terabai blog ni
sampai bersawang-sawang dah bak kata ain.

sangat banyak yang nak saya coretkan dalam blog ni sebenarnya.
tapi tak semua benda saya boleh publish dan postkan dengan sesuka hati.
ialah, sekarang ni dah bergelar cik puan(haha dah kahwin kan) Husna.. so kena lah pandai pandai menjaga diri.
bukanlah maksud saya kalau tak bergelar cik puan Husna tak payah jaga diri.
cumanya sekarang tanggungjawab saya dah bertambah, kalau dulu perlu menjaga nama diri dan keluarga, sekarang bertambah pula dengan suami dan keluarga suami.. ahaa~

uiks? saya tahu.
masih ramai yang terkejut dengan berita pernikahan saya on early February hari tu kan?
dan sampai sekarang pun saya masih tidak henti henti diajukan dengan bermacam-macam soalan.. tak pa, saya faham sebab korang semua mesti tertanya-tanya kenapa tiba tiba je nikah dan segala macam lah.

pada awalnya, memang kepulangan saya dan encek suami waktu cuti semester hari tu untuk melangsungkan majlis pertunangan.. sanggup cancel program PERMAI(Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia di Indonesia) yang dijalankan di Bandung.. walaupun program tu memang kami nanti-nanti kan dan pengen bener mau pergi..

sebab dah namanya pon bertunang, kami memang decide tidak mengkhabarkan ke ramai orang. cuma insan-insan tertentu je yang tahu macam ahli group usrah kami, beberapa rakan baik, dan keluarga.. tarikh majlis bertunang dah ditetapkan oleh kedua belah keluarga time family belah encek suami datang merisik. pr0ses merisik ni tak perlu lah nak tahu lanjut, yang pasti ia berlangsung antara kedua belah family pada malam awal Muharram dan semuanya berjalan lancar.. dan diorang sepakat pilih 6hb 2 sebagai tarikh bertunang dan akad nikah pada cuti sem berikutnya dalam july/ogos..

tapi lepas je balik ke negaraku tanah tumpah darahku, dalam minggu pertama macam tu, ayah telah mentanya satu soalan kontreversi berbunyi " kalau ayah nikahkan una sebelum una balik Jogja, nak tak?" fuuuhhh~ berdebar debar jantung time ayah tanya.. jawab saya?? "urmm...(diam kejap) ayah tanya lah amirul " huhu.. orang dulu dulu kata diam tu tanda setuju.. ^__^

dan dalam minggu pertama saya balik, family gathering antara family saya dan family encek suami telah diadakan dan discuss pasal tarikh nikah nak dicepatkan.. semua setuju dan sepakat majlis pertunangan akan diawalkan seminggu, bukan pada 6hb 2, tapi 30hb 1, dan akad nikah seminggu lepas bertunang on 7hb 2.. disebabkan kami balik cuti selama satu bulan, maka berexplore race lah jugak kit0rang nak menguruskan segala borang-borang nikah semua.. mujur, kami dah menghadiri kursus pra perkahwinan right after balik ke Malaysia..

disebabkan waktu yang amat suntuk untuk preparation, makanya, saya tak dapat nak inform secara in person kepada semua semua.. saya cuma publishkan di facebook tentang majlis akad nikah yang bakal berlangsung..

jadi.. ni lah dia jawapan kepada mereka mereka yang bertanya kenapa kahwin tiba tiba.. kenapa tak bagitau awal awal.. pada saya, jangan argue kenapa saya kahwin cepat sangat, sebab ini sudah jodoh.. perjalanan hidup setiap insan beza beza kan.. semuanya dah ditentukan Allah.. macam kami, jujur, memang pada awalnya kami merancang untuk terus menikah.. tapi pihak keluarga telah berbincang dan memikirkan untuk bertunang dulu.. namun syukur Alhamdulillah, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.. dan saya sangat sangat bersyukur keputusan untuk bernikah awal ini tidak mendapat tentangan baik dari family saya maupun family encek suami..

syukur alhamdulillah.. on 7th February 2010, saya dah pun selamat menjadi isteri kepada suami tersayang Aimerul Asyraff.. perasaan waktu tu?? sukar dibayangkannn.. yang pasti teramat sangat bahagia.. itu pun lepas berdebar debar menanti lafaz yang sah.. syukur, lafaz akad yang kelima diterima dan kami pun sah menjadi suami isteri.. waktu saya attend kursus kahwin di masjid negeri shah alam, para peserta dimaklumkan bahawa lafaz akad boleh dilakukan tanpa satu nafas.. kiranya, tetap dikira sah.. cumanya, penolong pendaftar nikah pada hari kami menikah tu nak encek suami untuk melafazkan dengan satu nafas jugak.. pulak tu, encek suami melafazkan akad pada ayah saya sendiri.. tu yang berlaku sikit kenervousan tu agaknya.. :)

selesai majlis akad nikah, saya dan encek suami menunaikan solat sunat nikah dan solat sunat taubat.. subhanallah~ perasaan sangatlah berbeza apabila pertama kali menunaikan solat berjemaah sebagai suami dan isteri.. memang satu feeling yang lain lah bila berjemaah dengan suami, mendengar apa yang didoa, mohon maaf dan cium tangan suami.. waahh~ subhanallah!

Jika seorang suami memandang isterinya kemudian sang isteri pun memandangnya, maka Allah S.W.T akan memandang mereka dengan pandangan kasih sayang.
jika suami merengkuh tangan isterinya, maka dosa dosa akan berjatuhan dari sela sela jari mereka.


majlis akad nikah yang pada awalnya dirancang kecil-kecilan dah jadi sanngat meriah.. dah macam walimatul urus dah pun.. sungguh tak sangka tetamu yang datang teramat lah ramai..
thanks alot to our friends who come on the wedding day.. sangat sangat terharu dengan sokongan keluarga, saudara mara, rakan rakan, baik sebelah saya mahupun suami.. and the most, thanks for the do'a.. ameen


dari kiri : ayah mertua, ayah, suami, saya, mak mertua, mama



Ya Allah, semoga penyatuan dua hati ini mendapat berkat dan rahmat dari Mu dan sentiasa dalam limpahan kasih sayang Mu.. Ya Allah, Kau eratkanlah hubungan kekeluargaan antara kedua keluarga kami .. Ya Allah, kau permudahkan urusan kami dalam membina sebuah institusi Baitul Muslim yang kau redhai.. Ya Allah, jadikan lah kami pasangan yang sentiasa berada dalam redhaMu.. Ameen Ya Rab Al-Alamin

setakat ini sahaja,
jazakumullah khairan kasira


insyaAllah saya akan update lagi..
~ sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberiNya dan manfaatkan sebaiknya ~

Friday, January 29, 2010

kenapa? tak percaya ha?

assalamualaikum


macam teramat penat sangat membalas ym dan wall p0st kat facebook..

dengan ini saya nak maklumkan yang beberapa jam lagi saya akan melangsungkan majlis pertunangan

dan majlis akad nikah pulak dalam masa 8 hari lagi.

walimatul urus insyaAllah dalam bulan 7.

doakan semuanya lancar.

maaf sangat sibuk dengan persiapan majlis.


sekian sahaja.
laporan dari seremban.

jazakumullah khaira kasira

p/s : anything sila sms/call no celcom saya okeh

Thursday, January 21, 2010

buat yang menanti. ecewah!

assalamualaikum

woh0o..
teramat sangat lama saya meninggalkan blogspot ni.

semacam lupa pulak cara mentaip dengan penuh yakin dan konfidennya~ hahaha

so sekarang kira warming up dulu lah ok!!


i'm back!!!!


sekian sahaja,
jazakumullah khairan kasiran~

Friday, November 6, 2009

Happy Birthday Mama!

assalamualaikum~


Birthday Mama
semalam bersamaan dengan 5 November merupakan birthday mak saya!!
sedih betul bila tak ada dengan mama waktu birthday beliau.
kali ini turn saya yang takde kat rumah time birthday mama. adek beradek saya yang lain semuanya ada. s0, semalam pagi-pagi saya call mama dan wish birthday beliau. then borak-borak ngan mama. entah kenapa dalam gelak-gelak saya rasa nak nangis..
semalam dan semalamnya merupakan hari yang agak down bagi saya.
jadi saya agak bersikap moody dan sedikit sensitif. sikit-sikit rasa macam nak nangis.
entah apa kena entah. mungkin efect menstrual cycle k0t.

she is da best mum ever.. ye saya tahu, mesti orang lain pun akan cakap mak masing-masing the best jugak kan. memang harus macam tu lah. takkan nak kagum mak orang lain lebih-lebih pulak. no matter what it is. my mama Puan Hajah Siti Aishah Muhammad adalah seorang ibu yang sangat-sangat saya sayangi. t0 mama: I Love You much0ooo... thanks for always supporting me, loving me, caring me, and being the most nice person to me~ happy birthday ma~ una, kak anis, mama n balqis, kesian mama time neh tak prepare pun untuk bergambar sebab mama sibuk kat dapur, tu tengok abeh basah-basah baju mama n tudung pun tak proper. anak dara beliau yang 3 ni buat apa? hehehe.. sibuk bercamwhore di pagi raya! i'm s0rry~


pesan saya 1: saya nak post entri saya ke pasar pagi hari ahad lepas, tapi dok carik gigibiru saya mana entah.. macam mana nak transfer gambar macam ni. usb kabel phone dah rosak. jadi gigibiru la yang selalu berkhidmat.



sekian sahaja,
jazakumullah khairan kathira~

Thursday, October 29, 2009

huh



kadang kadang saya rasa semacam mahu nangis.. tapi semacam mahu jimat air mata.. tapi kalau nangis mungkin lega sikit.. tapi buat apa nak nangis for that thing.. okeyh. penat. fullstop.

Saturday, October 24, 2009

saya ada cloud 9, mahu?

assalamualaikum

hoyey hoyey~
dah settle pun 4 paper untuk uts kali ini.. s0 tinggal 2 je lagi paper.. agak sedikit lega sebab paper yang berat dan susah dah lepas.. alhamdulillah~

sebab tinggal 2 paper lagi maka saya taklah stress sangat weekend neh.. ecewaaahh.. betul apa.. sebelum ni kalau boleh macam nak quit je rasa.. aisshhh~
ha sekarang neh boleh bersantai-santai menghadap blog, mukabuku, ym dan segala macam lagi lah.. oh ta lupa juga nurkasih kat tv3 on9.. hahahah~

apa pasal semacam bahagia terlebih je dak husna neh.. huhu~

ok ok ok bahagia bersebab.. sebenarnye hari ni saya dapat parcel dari akak saya!!!!!
syi0k banget.. hahahaha cloud 9 yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul juaaa~ ecewaaahh.. walaupun indah khabar dari rupa sebab dimaklumkan jumlah cloud9 yang dibeli adalah 4 peket.. tapi dapat cuma 3... haha~ tak kesah pun itu.. memang sangat happy lah bukan.. dekat nak seminggu dah st0ck cloud9 saya sudah habis. dan sekarang mood kembali ceria!!

see see. lihat lihat. siapa kata saya high maintenance.. cokelet cloud 9 yang berharga seketul tigapuluhsen itu jugak yang menjadi pilihan saya.. siapa tak suka memang rugilah.. hahaha~
bukannya apa, dah puas mencari seanter0 jogja ni tapi tak jumpa pun cloud9..

nah lihat :



muka hadapan parcel..


muka belakang parcel. tertera nama akak di situ.


setelah mengoyak parcel dengan rakus. muncullah satu plastik seperti di atas


dalam plastik giant tersebut ada beg ini


excited bukak beg, ternampak ini pula



hoyey hoyey~ tadaaaaaa. ni lah khazanah yang ditunggu-tunggu. cloud 9, sehelai baju kurung dan kebaya yang tertinggal kat rumah dan juga 2 benda rahsia(kalau rahsia baik tayah bagi tahu).. haha


memang una sayang akak much0o lah!! t0 my dearest kakandaku terchenta.. i thank you loads okeyh... all da best in your future undertaking.. lagi 2 minggu u'll be oficially working as a doctor.. even i know masa akak untuk family, me, your friends, and even diri akak sendiri terpaksa dikongsi dengan patients and your j0b.. jadi, una sentiasa doakan yang terbaik untuk akak..


dah dah. nanti touching!



hari ni memang niat nak letak gambar banyak-banyak.
jadi tengok lah ni pulak






berikut merupakan makan malam saya semalam. mister burger ni merupakan makanan kegemaran saya. hahaha~ saya kan kuat makan.. s0 semalam tengah2 malam, tetiba saya teringin nak makan mister burger. pergilah keluar seorang diri dengan gagahnya. sampai kat stall mister burger, order ring on cheese burger.. iaitu burger ayam yang ada cheese ngan onion ring. saya pesan lah kat mas(lebih kurang brother), nak mayo banyak.. sekali memang betul2 banyak dia letak.. setiap lapisan dia letak mayo.. sampaikan saya bermonolog dalaman " mas ni perli aku ke apa"
tu yang nampak macam berlimpah ruah je mayo kat burger tuh. harga dah tentu la beribu ribu.. haha~ 10500rupiah bersamaan dengan RM 3.80.. layaaann




ok lah.. saya sekadar nak menyatakan ke'excited'an mendapat cloud 9.
sori kalau entri ni tak mendatangkan faedah.. huhu

sekian sahaja
jazakumullah khairan kasiran~


Wednesday, October 21, 2009

update pun kamu Husna!!

assalamualaikum~

wah wah.. memang teramat sangat lah rindu untuk mentaip sebanyak banyak nye dalam blog ku yang terchenta ni..
namun apakan daya.. (ecewah ayat geli)
saya Malas n Busy!!!

ni pun sekadar nak membuat pengumuman yang saya sedang dalam minggu exam..
uts atau ujian tengah semester namanya!!
semester 3 amatlah sulit tapi walau apa pun kena gagahi jua lah bukan.. huhuhu~

ha kejap kejap.. nak jugak bagitau jadual exam.. ye la.. supaya korang-korang boleh agak bila waktu yang sesuai untuk curik masa saya.. ahahaha~ ayat bajet lagi!

20 Okt 09, 1000-1200 - kimia analisis II
21 Okt 09, 1000-1200 - Teknologi Sediaan Farmasi
22 Okt 09, 1000-1200 - Kromatografi
23 Okt 09, 1000-1200 - Farmakologi Dasar
26 Okt 09, 1000-1200 - Biologi Molekuler
30 Okt 09, 1000-1200 - Mikrobiologi Farmasi

okeh okeh da penat mentaip laju-laju..
mintak diri dulu sebab sekarang pun curik waktu study kromato..
doakan saya!!


sekian saja,
jazakumullah khaira


pesan saya 1: aishhhh..... i miss all my besties!!! s0 much!! ain, nado, ekin, ida, aimi, ecah, nisah, syai n many m0re~
pesan saya 2: jangan rasa pasrah atau kecewa dengan entri kali ini.. nanti saya update yang sungguh sungguh ok~ (hahaha.. macam la ada yang nak baca entri daku sungguh-sungguh)

Sunday, September 13, 2009

masih di Jogja

assalamualaikum

wah dah ramadhan 23!!

hari ini merupakan hari terakhir saya berpuasa di bumi j0gja untuk Ramadhan tahun ni.. urm~ alhamdulillah rasa teramat sangat bersyukur sebab masih dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik sekali.. cuma satu je lah.. tang sahur.. ad0yh.. kenapalah saya ni susah betul nak bangun sahur.. dah la ada gastrik.. mula-mula saya balek ke J0gja semula saya bangun sahur ikut waktu Malaysia dalam pkul 4.30 tapi dekat sini dah subuh da pun.. bukannya apa.. nak kena bangun pukul 3lebey pagi tu macam berat je mata ni.. huhuu~ insyaAllah ramadhan yang masih berbaki ni akan saya indahkan lagi dengan amalan bersahur.. tapi kena mintak pertolongan akak, mama, uwan la untuk kejut una.. haha abeh semua konco-konco rumah kena berkerah tenaga.. ye lah kan.. sebab start es0k saya akan berpuasa kat rumah pulak.. hikhik anak dara apa lah ni, liat bangun sahur..

urm~ petang ni saya akan pulang ke tanah airku terchenta.. flight pkul 5.05pm berlepas dari Bandara Adisucipto, Y0gyakarta dan akan sampai kat LCCT pada jam 8.25pm... d0akan saya selamat berlepas dan sampai ya~


rasanya agak awal lah bukan kalau saya nak wish selamat hari raya sekarang..
insyaAllah saya akan buat entry special for AidilFitri.. huhuhu


walauapapun.. kita dah pun berada dalam fasa 10 hari terakhir Ramadhan.. yang mana ada LailatulQadar kat dalamnya.. jadi selamat beramal.. semoga dipertemukan dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan itu... [surah Al-Qadr: ayat 3] ^_____^
siapa yang belum selesai bertadarus untuk ramadhan kali ni, sila angkat tangan! saya lah orangnya tu.. okeyh.. harus menselesaikan bacaan secepatnya.. tapi ta boleh lah baca macam nak kejar keretapi.. pastikan tajwid, makhraj, sebutan semua betul.. huhu dan kalau boleh baca sekali maknanya.. okeyh.. seperti biasa pesanan untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan...


sekian sahaja
jazakumullah khairan kathiran