Friday, November 6, 2009

Happy Birthday Mama!

assalamualaikum~


Birthday Mama
semalam bersamaan dengan 5 November merupakan birthday mak saya!!
sedih betul bila tak ada dengan mama waktu birthday beliau.
kali ini turn saya yang takde kat rumah time birthday mama. adek beradek saya yang lain semuanya ada. s0, semalam pagi-pagi saya call mama dan wish birthday beliau. then borak-borak ngan mama. entah kenapa dalam gelak-gelak saya rasa nak nangis..
semalam dan semalamnya merupakan hari yang agak down bagi saya.
jadi saya agak bersikap moody dan sedikit sensitif. sikit-sikit rasa macam nak nangis.
entah apa kena entah. mungkin efect menstrual cycle k0t.

she is da best mum ever.. ye saya tahu, mesti orang lain pun akan cakap mak masing-masing the best jugak kan. memang harus macam tu lah. takkan nak kagum mak orang lain lebih-lebih pulak. no matter what it is. my mama Puan Hajah Siti Aishah Muhammad adalah seorang ibu yang sangat-sangat saya sayangi. t0 mama: I Love You much0ooo... thanks for always supporting me, loving me, caring me, and being the most nice person to me~ happy birthday ma~ una, kak anis, mama n balqis, kesian mama time neh tak prepare pun untuk bergambar sebab mama sibuk kat dapur, tu tengok abeh basah-basah baju mama n tudung pun tak proper. anak dara beliau yang 3 ni buat apa? hehehe.. sibuk bercamwhore di pagi raya! i'm s0rry~


pesan saya 1: saya nak post entri saya ke pasar pagi hari ahad lepas, tapi dok carik gigibiru saya mana entah.. macam mana nak transfer gambar macam ni. usb kabel phone dah rosak. jadi gigibiru la yang selalu berkhidmat.



sekian sahaja,
jazakumullah khairan kathira~

Thursday, October 29, 2009

huh



kadang kadang saya rasa semacam mahu nangis.. tapi semacam mahu jimat air mata.. tapi kalau nangis mungkin lega sikit.. tapi buat apa nak nangis for that thing.. okeyh. penat. fullstop.

Saturday, October 24, 2009

saya ada cloud 9, mahu?

assalamualaikum

hoyey hoyey~
dah settle pun 4 paper untuk uts kali ini.. s0 tinggal 2 je lagi paper.. agak sedikit lega sebab paper yang berat dan susah dah lepas.. alhamdulillah~

sebab tinggal 2 paper lagi maka saya taklah stress sangat weekend neh.. ecewaaahh.. betul apa.. sebelum ni kalau boleh macam nak quit je rasa.. aisshhh~
ha sekarang neh boleh bersantai-santai menghadap blog, mukabuku, ym dan segala macam lagi lah.. oh ta lupa juga nurkasih kat tv3 on9.. hahahah~

apa pasal semacam bahagia terlebih je dak husna neh.. huhu~

ok ok ok bahagia bersebab.. sebenarnye hari ni saya dapat parcel dari akak saya!!!!!
syi0k banget.. hahahaha cloud 9 yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul juaaa~ ecewaaahh.. walaupun indah khabar dari rupa sebab dimaklumkan jumlah cloud9 yang dibeli adalah 4 peket.. tapi dapat cuma 3... haha~ tak kesah pun itu.. memang sangat happy lah bukan.. dekat nak seminggu dah st0ck cloud9 saya sudah habis. dan sekarang mood kembali ceria!!

see see. lihat lihat. siapa kata saya high maintenance.. cokelet cloud 9 yang berharga seketul tigapuluhsen itu jugak yang menjadi pilihan saya.. siapa tak suka memang rugilah.. hahaha~
bukannya apa, dah puas mencari seanter0 jogja ni tapi tak jumpa pun cloud9..

nah lihat :



muka hadapan parcel..


muka belakang parcel. tertera nama akak di situ.


setelah mengoyak parcel dengan rakus. muncullah satu plastik seperti di atas


dalam plastik giant tersebut ada beg ini


excited bukak beg, ternampak ini pula



hoyey hoyey~ tadaaaaaa. ni lah khazanah yang ditunggu-tunggu. cloud 9, sehelai baju kurung dan kebaya yang tertinggal kat rumah dan juga 2 benda rahsia(kalau rahsia baik tayah bagi tahu).. haha


memang una sayang akak much0o lah!! t0 my dearest kakandaku terchenta.. i thank you loads okeyh... all da best in your future undertaking.. lagi 2 minggu u'll be oficially working as a doctor.. even i know masa akak untuk family, me, your friends, and even diri akak sendiri terpaksa dikongsi dengan patients and your j0b.. jadi, una sentiasa doakan yang terbaik untuk akak..


dah dah. nanti touching!



hari ni memang niat nak letak gambar banyak-banyak.
jadi tengok lah ni pulak






berikut merupakan makan malam saya semalam. mister burger ni merupakan makanan kegemaran saya. hahaha~ saya kan kuat makan.. s0 semalam tengah2 malam, tetiba saya teringin nak makan mister burger. pergilah keluar seorang diri dengan gagahnya. sampai kat stall mister burger, order ring on cheese burger.. iaitu burger ayam yang ada cheese ngan onion ring. saya pesan lah kat mas(lebih kurang brother), nak mayo banyak.. sekali memang betul2 banyak dia letak.. setiap lapisan dia letak mayo.. sampaikan saya bermonolog dalaman " mas ni perli aku ke apa"
tu yang nampak macam berlimpah ruah je mayo kat burger tuh. harga dah tentu la beribu ribu.. haha~ 10500rupiah bersamaan dengan RM 3.80.. layaaann




ok lah.. saya sekadar nak menyatakan ke'excited'an mendapat cloud 9.
sori kalau entri ni tak mendatangkan faedah.. huhu

sekian sahaja
jazakumullah khairan kasiran~


Wednesday, October 21, 2009

update pun kamu Husna!!

assalamualaikum~

wah wah.. memang teramat sangat lah rindu untuk mentaip sebanyak banyak nye dalam blog ku yang terchenta ni..
namun apakan daya.. (ecewah ayat geli)
saya Malas n Busy!!!

ni pun sekadar nak membuat pengumuman yang saya sedang dalam minggu exam..
uts atau ujian tengah semester namanya!!
semester 3 amatlah sulit tapi walau apa pun kena gagahi jua lah bukan.. huhuhu~

ha kejap kejap.. nak jugak bagitau jadual exam.. ye la.. supaya korang-korang boleh agak bila waktu yang sesuai untuk curik masa saya.. ahahaha~ ayat bajet lagi!

20 Okt 09, 1000-1200 - kimia analisis II
21 Okt 09, 1000-1200 - Teknologi Sediaan Farmasi
22 Okt 09, 1000-1200 - Kromatografi
23 Okt 09, 1000-1200 - Farmakologi Dasar
26 Okt 09, 1000-1200 - Biologi Molekuler
30 Okt 09, 1000-1200 - Mikrobiologi Farmasi

okeh okeh da penat mentaip laju-laju..
mintak diri dulu sebab sekarang pun curik waktu study kromato..
doakan saya!!


sekian saja,
jazakumullah khaira


pesan saya 1: aishhhh..... i miss all my besties!!! s0 much!! ain, nado, ekin, ida, aimi, ecah, nisah, syai n many m0re~
pesan saya 2: jangan rasa pasrah atau kecewa dengan entri kali ini.. nanti saya update yang sungguh sungguh ok~ (hahaha.. macam la ada yang nak baca entri daku sungguh-sungguh)

Sunday, September 13, 2009

masih di Jogja

assalamualaikum

wah dah ramadhan 23!!

hari ini merupakan hari terakhir saya berpuasa di bumi j0gja untuk Ramadhan tahun ni.. urm~ alhamdulillah rasa teramat sangat bersyukur sebab masih dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik sekali.. cuma satu je lah.. tang sahur.. ad0yh.. kenapalah saya ni susah betul nak bangun sahur.. dah la ada gastrik.. mula-mula saya balek ke J0gja semula saya bangun sahur ikut waktu Malaysia dalam pkul 4.30 tapi dekat sini dah subuh da pun.. bukannya apa.. nak kena bangun pukul 3lebey pagi tu macam berat je mata ni.. huhuu~ insyaAllah ramadhan yang masih berbaki ni akan saya indahkan lagi dengan amalan bersahur.. tapi kena mintak pertolongan akak, mama, uwan la untuk kejut una.. haha abeh semua konco-konco rumah kena berkerah tenaga.. ye lah kan.. sebab start es0k saya akan berpuasa kat rumah pulak.. hikhik anak dara apa lah ni, liat bangun sahur..

urm~ petang ni saya akan pulang ke tanah airku terchenta.. flight pkul 5.05pm berlepas dari Bandara Adisucipto, Y0gyakarta dan akan sampai kat LCCT pada jam 8.25pm... d0akan saya selamat berlepas dan sampai ya~


rasanya agak awal lah bukan kalau saya nak wish selamat hari raya sekarang..
insyaAllah saya akan buat entry special for AidilFitri.. huhuhu


walauapapun.. kita dah pun berada dalam fasa 10 hari terakhir Ramadhan.. yang mana ada LailatulQadar kat dalamnya.. jadi selamat beramal.. semoga dipertemukan dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan itu... [surah Al-Qadr: ayat 3] ^_____^
siapa yang belum selesai bertadarus untuk ramadhan kali ni, sila angkat tangan! saya lah orangnya tu.. okeyh.. harus menselesaikan bacaan secepatnya.. tapi ta boleh lah baca macam nak kejar keretapi.. pastikan tajwid, makhraj, sebutan semua betul.. huhu dan kalau boleh baca sekali maknanya.. okeyh.. seperti biasa pesanan untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan...


sekian sahaja
jazakumullah khairan kathiran

Tuesday, September 8, 2009

gempa susulan

assalamualaikum


ramadhan 18

urm~ lagi dua hari lagi kita semua akan masuk ke fasa ketiga bulan ramadhan iaitu fasa kelepasan dari api neraka.. ha!! jom refresh balik, 10 hari pertama ramadhan adalah Rahmat, 10 hari berikutnya adalah keampunan dan yang last, kelepasan dari api neraka.. uish~ s0, agak-agaknya bersungguh-sungguh ta kita memanfaatkan bulan Ramadhan yang ada sekarang ni?? okey okey sebenarnya ini pun pesanan dan pertanyaan untuk diri sendiri.. huhuu~


aha!! my last entry baru je cerita pasal gempa rite.. and it happened last nite!! dua kali lagik..
ya Allah, memang terkejut lah saya waktu.. malam tadi saya tertido awal.. sila baca betul-betul.. tertido.. dalam pukul 10 macam tu saya dah tidur.. tapi time tengah syi0k2 tido, tiba-tiba rasa katil macam bergoyang and ada bunyi macam bunyi guruh.. and yet rasa macam berombak.. saya pun bangun dan realise it was a quake!! apa lagi dengan pantasnya bangun dari katil, dan bila bangun, sekali lagi bergegar.. agak kuat dari yang awal.. saya pun capai tudung dan keluar dari bilik.. sempat lagik capai passport.. hahaa~ gempa tu sangat sekejap..just a few seconds.. but still consider as kuat.. and most students kat jogja terasa.. lepas teng0k keadaan macam ok, saya masuk dalam bilik semula.. bila teng0k laptop, semua kawan-kawan yang terasa gempa buat status aneh-aneh kat facebook lah ym lah.. s0 sangat sure lah memang gempa tadi agak kuat..
even kawan saya dekat malang pun terasa.. lepas tu, kawan saya melaporkan yang gempa tu berskala 6.8 dan pusat dia kat wonosari.. somewhere in J0gja lah.. gempa kali ni macam dah built up keberanian saya sikit sebab n0 more ketar2 lutut(ceh cam org tua).. tapi shivering lah jugakk.. uhuhuhu~


" Ya Allah kau lindungilah kami dari sebarang bala bencana dan malapetaka"


sekian sahaja

jazakumullah khaira


p/s : saya mohon maaf atas segala salah silap tutur kata saya!! sekian terima kasih

Thursday, September 3, 2009

mahu tahu?

assalamualaikum

update! update!

okeyh.. kali ni update nak kasi proper sikit... kasi detail dan very da b0mb.. ahahaha~
apekaahh...

ramadhan 13
sedar tak dah 13 hari rupanya kita berada dalam bulan ramadhan.. dah beberapa hari pun melepasi satu trimester pertama ramadhan.. s0 apa macam rakan-rakanku tercenta sekalian??? pastikan ramadhan kali ni memberi kesan dalam diri kita.. jangan sia-siakan peluang yang ada.. sebab kadang-kadang bila kita nak buat sesuatu amalan mesti hati kecil cakap "alah, esok-esok lah buat , kan banyak masa lagi" tapi cuba kita ubah pemikiran kita "entah-entah ini solat terakhir aku" "entah-entah ini ramadhan terakhir aku" "entah-entah ini solat terawih terakhir aku" seryes!! kita takkan tahu takdir Allah itu bagaimana.. jadi sementara masih ada masa buatlah apa yang boleh.. tapi make sure lah benda yang kita buat tu bermanfaat..

semester 3
alhamdulillah sekarang saya dah pun 10 hari berada di bumi yogyakarta ni semula.. memulakan tahun kedua pengajian di universitas gadjah mada(UGM).. sem 3! agak tough jugak sem ni nampaknya.. eyh2.. bukan agak tapi memang amat sangat tough.. sebelum cuti hari tu, ada la jugak saya bertanya pada senior-senior, dan mostly berkata yang sem 3 ni antara sem yang susah.. waaahh~ makin mencabar lah sesi pen'study'an saya nampaknya.. tapi tapi tapi.. nama pon belajar kan.. mana ada benda yang mudah.. pokok pangkalnya kekuatan dan kemahuan diri.. urm~ ayoh lah kita meng'list' kan subjek yang diambil untuk sem ni :

subjek semester 3 lah pulak
  • Biologi Molekuler - ada lab
  • Farmakologi Dasar - ada lab
  • Kimia Analisis II - ada lab
  • Kromatografi - ada lab
  • Mikrobiologi Farmasi - ada lab
  • Teknologi Sediaan Farmasi
  • Pancasila
hah amek kau! even subjek sem ni tak banyak ade 6 saje..yang buat dahsyat tu sebab ada lab.. satu lab 4 jam.. ad0yh.. memang jenuh lah dengan bau2 segala ubat-ubatan dan bahan-bahan kimia dan sebagainya lah.. hehehe... tapi una harus semangat!! yeay~ pancasila tu subjek wajib untuk grad.. so memang kena ambil time semester ganjil.. makanya sem ni la una amek subjek pancasila..


hari kebangsaan negaraku terchenta!!
last monday negara menyambut kemerdekaan.. urm~ tahun ni saya rasa biasa-biasa je.. kami pelajar-pelajar malaysia di jogja ada buat sambutan kemerdekaan.. tapi saya tak menjoinkan diri lah pulak.. huhu~ walauapapun.. selamat maju jaya kepada encik Malaysia.. semoga berkurang lah isu-isu picisan demi meningkatkan kualiti negara~ lalalala


demo di UGM
aha!! berlaku pada hari selasa.. sehari selepas hari isnin.. aishhh~ sungguh mendebarkan bila dapat sms berbunyi sebegini pada pagi selasa tu " be careful..locals throw bricks to malaysians houses.. stay calm even if they provoke u.. avoid campus today- demo at campus.. forward to other malaysians." lepas je baca sms tu memang berderau lah darah.. terus laju-laju mem'forwardkan sms ke rakan-rakan yang lain.. syukur waktu tu saya berada luar kawasan kampus.. rupa-rupanya ada demonstrasi dari mahasiswa-mahasiswa ugm yang ingin menyuruh UGM menghentikan pengambilan pelajar2 Malaysia.. puncanya adalah disebabkan isu-isu remeh yang diperbesarkan oleh media sini yang agak terlampau.. entahlah.. semua perasaan bercampur lah.. dalam hal ni, kami pelajar Malaysia di Jogja yang jadi mangsa.. rasa semacam terancam je.. siap dipesan supaya jangan pakai baju kurung(trade mark org Malaysia) buat sementara ni.. huhu~
oh ya!! tak perlu lah risau ya~ saya insyaAllah selamat-selamat saja..
ini ada link yang saya mahu share: satu dan dua
tapi tapi tapi, janganlah menyalahgunakan link yang saya letak ni.. sila berfikir secara rasional ok..

gempa
berlaku pada hari rabu.. sehari selepas peristiwa demo.. lebih kurang dalam pukul 2lebih la.. satu gempa berlaku dengan 7.3 skala richter which is quite teruk~ and it happened f0r about half minute.. waktu tu saya baru habis kelas dan ada kat atas jalan.. dan saya boleh pulak ta rasa apa-apa.. memang selalunya kalau ada atas jalan ta berapa ketara sangat gegaran.. tapi mereka-mereka yang ada kat building memang amat ketara rasa gegar~ saya tahu pun bila balik ke kost, sempat tengok tv dan ada berita pasal gempa yang berlaku kat tasikmalaya.. bila balik je bilik, batchmates saya yang amek medic hantar message kat ym, tanye whether tadi ada gempa ke sebab dia rasa gegar-gegar.. terus la saya bukak kompas.com , one of site yang membantu saya dapat berita-berita terkini di Indonesia ni.. dan tengok latest news (lihat sini) waktu tu pasal gempa yang berlaku kat jakarta.. lepas tu kat ym abeh semua orang buat status pasal gempa.. dalam facebook pon berderet-deret bagitau perasaan time gegar-gegar tu.. syukur takda apa-apa benda buruk yang berlaku.. tapi saya ada lah cuak-cuak jugak sebab yang saya rasa tahun lepas tu berapa saat je saya dah pucat lesi ketar lutut segala.. inikan pulak nak dekat setengah minit dan agak kuat.. ada hikmah saya ta rasa gempa kali ni mungkin..


urm~ agak panjang lah bukan entri saya kali ini..
tak mengapalah bukan.. sebab tak tahu bila lagi nak meng'update blog...
saya harap-harap dapat lah meng'update sebanyaknya.. hahaha.. sungguh gila kuasa..

okeyhlah.. sekian sahaja..
jazakumullah khairan kasiran~

Saturday, August 29, 2009

hari ini hari jadi siapa?

assalamualaikum




hey hey..
it's her birthday!!!!!

t0 my dearest adenda terchenta balqis

sem0ga aqish panjang umur dan dimurahkan rezeki..

semoga aqish jadik anak yang solehah..

may your wish come true..

jangan tinggal solat..




dalam adik beradik saya yang berenam ni, Balqis lah paling bongsu sekali.. itu kalau ta campur dengan anak umi saya lah.. disebabkan dia paling bongsu, memang agak jelas lah yang dia memang sangat-sangat manja.. dan disebabkan tu jugak selalu kena sakat dengan abang Tada bliau.. pening jugak saya bila dekat rumah tengok diorang bergaduh.. tapi takde lah teruk mana.. nama pon adik beradik kan.. tapi yang buat saya geram tuh, tahan betul si Tadha menyakat aqish.. takde gaya budak tahfiz langsung!! tapi bila akak saya dah balik, tugas menyakat beralih plak ke akak.. saya pun turut join the group.. haha.. sian aqish

balqis nih memang petah sangat bercakap dan rajin bertanya.. teramat sangat.. tapi dalam famili je.. sila refer perbualan2 between me n her di entri ini , ini , dan ini .... entah kenapa bila kat sekolah dia semacam mempunyai low self esteem.. tak berapa menonjol.. mama pernah cakap, dia semacam pressure la jugak nak sit for UPSR sebab kakak-kakak dia dulu semua straight A's(siapa lagi lah kan?? hahaha).. memang nampak lah dia bersungguh-sungguh.. buat sc0re A lah, pergi tuition, buat set2 latihan yang sek0lah bagi, join battle of the brain lah, then hari tu, waktu result trial dah keluar.. sibuk betul dia tanya saya

aqish : kakak, dulu kakak trial dapat berapa?
kak una: akak dapat 4A1B je
aqish : akak agak2 kan, kita b0leh dapat 5A tak?? sebab trial kita 3A2b je
kak una: aishh musti lah b0leh.. aqish kan slalu buat score A..

sampaikan saya dengan akak pun pernah discuss pasal Balqis.. kitorang dok berdiskusi alangkah stress nya dia kalau tak dapat 5A.. semua ni gara-gara akak-akak dia dah letak kayu ukur tahap UPSR masing-masing.. sebagai menunjukkan sokongan, saya dengan akak pun telah pergi ke sekolah aqish sebab ada majlis S0lat Hajat dan bacaan yassin.. mama dan ayah tak dapat pergi sebab clash dengan perasmian Surau Al-Ikhlas kat Taman Bourgainvillea.

aqish kadang-kadang sangat kelaka okeyh..
ingat lagik waktu dia darjah satu, saya bawak kawan balik rumah time maktab cuti..
aqilah ngan noraini.. time kecik-kecik dia ni memang cepat mesra, bila dah besar sikit ni macam ada different skit.. then qilah tanya : "balqis es0k dah besar nak jadik ape?" balqis jawab" kita nak jadik doktor, tak pon kita nak jadik doktor lembu(hahahaa lawak2), tapi kan senang-senang kita jadik penyanyi je lah" hahahaha
apa lagi saya, qilah dengan nora pon bantai la tergelak2 kat dapur.. apa ingat senang ke nak jadik penyanyi?? masalahnya dia jawab dengan sangat konfiden tau! hahaha.. tuh la fikiran budak-budak.. polos betul hati



urm.. walauapapun, saya sentiasa mend0akan bliau cemerlang dalam hidup dan juga pelajaran.. sudah 12tahun... harus bersyukur dengan nikmat usia
masih banyak lagi benda yang dia belum terokai.. kadang-kadang bila tengok keadaan dunia sekarang, semacam takut untuk bagi budak-budak kecik membesar.. sebab pasti cabaran dia fuy0h banyaknya.. tapi itu kan semua rencah hidup.. as long as kita berpegang kepada keyakinan iman kita dan menjadi hambaNya yang bertaqwa, insyaAllah berjaya dunia akhirat



Ya Allah, tiadalah sesuatu yang mudah melainkan Engkau permudahkan, dan engkaulah yang menjadikan kesedihan(kesusahan), jika engkau kehendaki maka ia menjadi mudah.

Kau permudahkan bagi adikku untuk menerima segala ilmu.
Kau sihatkanlah tubuh badannya.
Kau berikanlah dirinya kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.

Ameen




okeyhlah,
akhirnya saya update jugak blog terchenta ni
mungkin entri ni menjadi pengubat rindu mereka-mereka yang tunggu post dari saya(haha ada ke?.. perasan saja)

sekian sahaja

jazakumullah khairan kasira



p/s: lihat ituuu.. aqish muat high heels ku.. hahaha~ lepas je beli kasut tuh, saya pun tanya mama "ma, ma agak una terpakai ke kasut macam ni???" mama menjawab dengan renungannya yang tajam.. hahahaha~ 0keyh paham2.. padahal cuak dalam ati

Thursday, August 13, 2009

uish0o

assalamualaikum


uish0o... boleh tahan lama jugak saya tak hupdate blog ku yang terchenta ni.. mesti(ahaha..perlu ke mesti?) ramai yang ingat saya dah lupa diri ke lupa password blogger ke apa ke sebab lama sangat dah tak update..

hell0.. bukan tak sengaja.. tapi kekangan masa dan internet connection yang menghalang saya untuk update.. tak mengapa, nanti saya akan bagi satu set entri-entri yang ada je kat dalam draft saya tu.. huhu~





ok itu saja..
haha~
sungguh banyak yang nak saya coretkan sebenarnya
sebab banyak peristiwa yang berlaku~
nanti-nanti lah


sekian
jazakumullah khaira~

Sunday, August 2, 2009

liputan dari rumah

assalamualaikum


syukur alhamdulillah~
finally i'm h0me...
yay!

saya telah dengan selamatnya mendarat kat terminal LCC tepat pkul 8.30pm 31Julai2009... wah wah wah... cantek betul pemandangan Malaysia ku tercinta ni dari udara... terang yang amat sangat... sebelum ni flight Jogja ke KL lebih awal dan sampai dalam waktu senja dan belum lah gelap lagi, jadi takda lah berpeluang nak tengok lampu-lampu yang cantek di sepanjang jalan.. tapi sebab waktu flight dah bertukar, s0 dapatlah sampai malam, saya dan kawan siap spot KLCC dan KL Tower lagi tau! ha ha ha ... semacam jakun pula hari itu.. aha! satu lagi dari J0gja lagi saya dah pakai face mask sebagai langkah berjaga-jaga due to H1N1... sesak nafas jugak dibuatnya dalam flight.. huhuhu~

ok-ok.. sekarang dah masuk hari ke 3 berada kat bumi Malaysia ni~
I like... sampai dah tak fikir nak on9 ke update blog ke ym ke atau apa ke... i'm s0rry.. huhuhu~
dalam masa berapa hari ni memang dahsyat betul selera makan saya.. siap dah request kat mama saya macam-macam dah.. ngeee~

oh.. untuk rakan-rakan di negaraku tercinta yang nak contact saya(bajet ada lah?) sila contact guna nombor Celcom saya yang lama.. kalau yang dekat Ind0nesia tu boleh je hantar sms dekat n0 XL sebab saya on jugak nombor tu..

oh ya! saya tak dapat nak online selalu sebab streamyx dekat rumah dah kena bl0ck.. ad0yh.. mungkin one 0f the reas0n i'm not in the mood f0r online.. and sekarang guna br0dband akak saya.. s0 ada time-time tertentu je boleh online, dah la agak semput jugak asyik dc saja .. huhu~ menumpang lah katakan..

oh ya! tadi petang saya mer0nda sekitar taman dengan menaiki motor abang saya! uish2.. boleh tahan jugak skill saya bawak m0tor kali ni.. m0re confident! ni pun gara-gara selalu bawa bike kat J0gja... syukur... banyak jugak dah berubah ya kat Golf Height ni.. huhuhu~ sekarang mahu membuat perancanagan baek punya dengan akak saya.. mahu berJOging~ agak2 berjalan tak perancangan ini?? la la la


dah lah, nanti saya buat lagi liputan terkini lagi sensasi bila saya ada mood untuk meng'update.. huhuhu


sekian sahaja
jazakumullah khairan kasira


pesan saya 1: hey hey rakan-rakanku j0m lah berjumpa!! wiiiii

Wednesday, July 29, 2009

hari ini bukan hari Khamis lah!!

assalamualaikum


saya dah habis exam 28hb Julai semalam iaitu hari Selasa.. alhamdulillah selesai dah semua ujian pembaikan.. tak berapa nak lancar sangat lah ujian saya kali ini.. tapi saya akan terus berdoa dan berdoa dan berdoa dan bertawakal pada Allah.. insyaAllah.. eyh2.. betulkan semalam hari Selasa.. kalau semalam Selasa dah tentu lah hari ni Rabu.. kenapa dari semalam lagi saya hidup-hidup ingat hari ini hari Khamis.. semacam tidak sabar lah bukan untuk balik Malaysia sebab flight saya hari Jumaat petang.. aisshhh~ bukan sekali dua.. semalam lepas exam, saya beria cakap dengan Lye Yan(batchmates Farmasi) "canot la,esok Khamis kan?, I ada appointment gigi " then, semalam jugak bila isi borang pendaftaran subjek Sem 2 pun saya tulis tarikh hari Rabu sebab saya dok fikir esoknya Khamis..

dan hari ni paling memalukan bila pagi tadi saya sms ke Mbak Andin(studen dentistry yang tgh praktikal)

una : "Salam Mbak.. controlnya hari ni sekitar jam 10 bisa?"
mbak andin: Wah, aku ada pasien.kenapa? besok gak bisa? atau mau jumaat aja
(lepas baca reply sms baru sedar yang hari ni bukan Khamis)
una : haha.. ku pikir hari ni kamis..ok2, besoq aja.. ahahaha.. sorry~

memang setiap hari Khamis merupakan appointment saya dengan Mbak Andin


adakah sebab perasaan nak balik yang amat sangat buat saya rasa nak hari Khamis.. tapi kenapa Khamis apa pasal tak jumaat je terus.. aisshh~ ok2.. tak mengapa sangat, sebab ta penting pun kan.. yang penting saya dah terima kenyataan hari ini hari Rabu dan rupa-rupanya banyak sangat benda kena setel hari ni.. sekurang-kurangnya takda lah saya kelam kabut bila nak balik Jumaat nanti bila dah setel semua benda..

hari ini saya sekadar nak mentaip tanpa hala tuju.. takpa lah kan kalau saya nak mentaip tanpa hala tuju.. kalau hidup tanpa hala tuju is a big No no okeyh... kalau saya mentaip tanpa hala tuju pun at last akan jadii jugak entri kat www.husnazainal.blogspot.com tu.. tapi kalau hidup tanpa hala tuju? ha! entah ke mana la nanti.. ibarat layang-layang terputus tali.. aishh asyik ni je, kejap carik perumpamaan lain.. ibarat belon yang macam jual kat pasar malam yang ada pemberat tu tapi pemberat dia tercicir.. eit apehal makin complicated! dah una dah~ merepek je la kerja.. urmm~ apa-apa pun mesti ada aim of life.. sebab bila ada aim, kita akan berusaha ke arah itu, dan bila dah usaha dan dapat, yang paling penting bersyukur pada Allah.. eit, tapi tidak lah saya maksudkan ingat Allah bila dah berjaya je.. kena ingat Allah dalam semua keadaan pun dan aspek kehidupan kita, supaya hidup kita lebih berkat.. macam dalam konsep ihsan yang kita belajar PAFA dulu, ha! ingat lagik tak kalian-kalian semua ? melakukan ibadah seolah-olah kita melihat Allah dan Allah melihat kita.. ibadah ni pulak merangkum semua aspek kehidupan lah~

cakap senang la kan? huhu
saya sendiri sedar yang saya tak cukup sempurna. kadang-kadang saya pun lupa diri(macam selalu je).. namun, bila tersedar cepat2 beristighfar.... makin kita dekat dengan Allah, makin rasa tenang jiwa ni.. ingat!! "Manusia yang selalu tinggalkan Allah, tetapi Allah tak pernah tinggalkan hambaNya"




tiba-tiba terasa dah berciri Ustazah Norbahiyah lah pulak.. huhu.. ok lah,
saya mintak diri dulu..


sekian sahaja
jazakumullah khairan kasira


pesan saya 1: dear mera besfren hey Nurnawwar Ramalan.. kamu sudah meninggalkan negaramu tanah tumpahnya darah mu untuk ke negara sarok khan bukan?... sila jaga diri dengan baik... i d0nt have much tosay(t0 say), all da best dan saya teramat sangat lah tahu kamu akan buat yang terbaik .. bila lah kita dapat berjumpa kn kn kn? dah 8 tahun tak jumpa~

pesan saya 2: siapa nak bagi Totis Jr&Sr saya makan bila saya balik cuti 3minggu nanti?

Friday, July 24, 2009

s0me things are better left unchange

assalamualaikum

jus t0mato+wortel= errr.... aneh!

tadi pagi, lepas saya habis ujian pembaikan paper kimia Organik II, saya pergi la ke kantin fakulti untuk melaksanakan rutin saya pagi2 iaitu minum jus... uishh.. jus yg kak long buat memang besh la... kak long ni, dulu pernah kerja kat Malaysia, s0 dia memang boleh cakap melayu sikit-sikit tapi kelakar bunyi dia.. eyh apa cerita pasal kak long pulak neh...

takpa.. sebab kak long memang terer buat jus.. paling kesukaan saya ialah jus mangga.. duduk kat jogja buatkan saya tambah sehat.. mana taknya, every meal pun sure akan minum jus.. ada jus mangga, tembikai,durian belanda, tembikai susu, avocado, ciku, carot, tomato n apa lagi lupa dah.. huhuhu.. jus dia bukan ala-ala beberapa kedai yang sangat jimat(kedekut) buah n gula.. memang superb la.. pekat likat sejuk siap diblend dengan ais segala tau! uishh.. memang best lah
dah lah murah banget.. 2 ribu je.. ta sampai seringgit pun tau~

aha!! dan pagi tadi saya tak dapat minum jus mangga sebab mangga takda.. then, saya pon tengok-tengok buah apa yang ada, lepas tu tiba-tiba saya termahu minum jus t0mat.. saya pun tanya la kakl0ng..

una : kaklong.. jus t0mat(tomato) best tak?
kaklong: best la.. tapi campur-campur lah dengan yang lain.. dengan wortel(carrot) ke?
una : ha? best ke? macam semacam je
kaklong: eyh.. apa pulak.. sedap tau
una : yeh? akak da rasa dah? kena tambah gula ke?
kaklong: kena la tambah sikit.. ahaha.. akak pun tak tahu.. selalu budak2 ni order, sedap la tu
una : urm boleh la cuba.. kaklong! letak ais banyak biar takde rasa geli-geli nak muntah..

bila saya dapat je jus tu, kaklong kata, "nah cuba lah,kalau tak sedap kaklong belanja" ahahaha~
mula-mula memang ada rasa macam ta sedap kat tekak.. tapi saya still minum dan sedar tak sedar dah habis satu mug saya bedal jus tu.. huhuhu~ but once is enough.. rasanya mungkin saya tak order dah la jus tu.. hikhik... cukuplah! sekurang-kurangnya saya pernah mencuba~


oh! cakap pasal cuba mencuba ni, pernah tak korang terfikir akan sesuatu yang tak pernah korang fikir akan buat tapi akhirnya korang buat??.. dan pernah tak korang menngimpikan untuk membuat sesuatu perkara yang belum pernah korang lakukan??

banyak benda yang dah berlaku kan bila makin dewasa.. makin kita diberi kebebasan, makin banyak perkara yang akan kita lakukan tanpa batasan, lagi-lagi bila dah jauh dengan keluarga, memang dah takda siapa lah yang nak kawal pergerakan kita atau apa pun, tak kira lah yang berada di dalam atau pun luar negara, biasanya bila dah masuk ke alam universiti, tentu banyak perkara baru yang kita jumpa, suasana baru, persekitaran baru, cara hidup baru, kawan-kawan baru, perangai baru, kerenah baru, dan banyak lagi yang baru pada kita.. dan yang baru ni lah ada pr0 dan cons nya.. tak semua benda baru tu baik dan juga buruk.. tapi sebenarnya terpulang pada kita.. cara kita kawal situasi..

ini tidak.. bila tengok budak tu cantik bermekap kita pun nak ikut bermekap tapi tak berubah apa pun sejujurnya,tengok budak lain shopping tiap2 minggu kita pun nak shopping jugak tapi guna duet pinjaman atau biasiswa, tengok budak tu tak study asyik tidur kita pun ikut jugak tidur, tengok budak tu berfesyen segala kita pun nak jugak berfesyen walaupun sebenarnya tak sesuai,tengok orang bercouple sana sini kita pun nak jugak macam tu, nanti last-last budak tu ke mana kita yang ke laut.. kenapa tidak, bila ada perkara-perkara yang macam itu kita cuba lawan.. tapi bukan lah lawan yang oh kau tidur 5 jam aku tidur 8jam lah! bukan okeyh bukan.. kita lawan dengan cara atasi diri sendiri dulu.. kalau suatu pekara tu tak rugi kalau kita buat, s0 tinggalkan je lah.. kira dah berjaya la lawan nafsu diri sendiri.. tapi mesti pernah terfikir jugak "kalau tak cuba tak tau la" tak pun,"alang-alang ada peluang ni try la, nanti rugi".. ya, memang lah belum cuba belum tahu,tapi kita diberi aqal dan fikiran kan.. kalau kita gunakan semaksimum mungkin aqal yang ada, memang kita akan tau apa akan jadi bila mencuba.. fikir sebelum buat

macam saya sejujurnya, sebelum duduk kat indonesia neh, mana pernah keluar malam hangout dengan kawan-kawan semua, tapi bila dah duduk sini jauh dari semua, keputusan diri sendiri yang atur, ha! pernah sampai pukul 1 pun baru saya balik ke kost(hostel)..

kadang-kadang pernah je dengar dari mulut kawan-kawan "sebelum ni mana pernah buat macam ni", "kalau kat malaysia, tak pernah-pernahnya macam ni", " ni la 1st time aku ada experience ni", maknanya ada je orang-orang yang rasa sama macam apa yang saya rasa.. kiranya, masing-masing pun sedar akan perubahan dan keputusan yang dibuat..
kalau orang laki, selalu dengan masalah rokok, kalau perempuan pulak selalu dengan masalah personality takpun kawan.. and most of all laki pompuan memang takan lari dari masalah Love~

s0, is some things better left unchange? entah la.. saya pun semacam konfius... banyak sangat persoalan dalam kepala..

hati 1: kalau belum cuba kan belum tau
hati 2:ye la, tapi kan da boleh expect apa yang jadik
hati 1: habis kalau hasilnya baik?
hati 2:habis kalau hasilnya buruk?
hati 1: kalau buruk, takyah la buat lagi.. kalau baik dan kau tak buat kan dah menyesal
hati 2: tapi tak mustahil nakbuat lagik perkara buruk

okeyh.. buat pening kepala saja.. ahahaha~
sedikit terem0si dengan sikap kawan-kawan sebenarnya...
sometime i wish t0 be in my primary school back then..
persahabatan waktu tu sangat2 jujur.. budak kecik kan jujur.. tak pandai menipu tak pandai hipokrit.. kalau gaduh terus tarik muka,terus kata "tak nak kawan", terus pandai tulis surat bagi kat kawan yang kita gaduh,bagitau apa tak puas hati,then berbaik..
tapi bila dah besar ni, semua ciri-ciri tu hilang, sebab apa?
sebab sekarang dah matang?, dah boleh fikir tentang hati dan perasaan orang? tanak kecikkan hati orang? dah boleh nampak tru colors masing-masing? betul cakap ayah, makin besar makin banyak benda baru yang kita jumpa.. makin besar cabarannya.. ya!! saya akui saya memang sangat-sangat lemah when it comes t0 friends pr0blem.. even saya tak nampak macam kisah sangat i d0 care actually.. sangat-sangat~ sebab saya rasa some things are better left unsaid jugak.. macam mana pun i l0ve all my friends okeyh

walauapapun saya sentiasa berdoa semoga Allah tetapkan dan kuatkan iman dan juga hati saya.. same g0es t0 all my friends..


urm apa ni una! dari cerita jus melencong ke lain pulak.. aishh.. dah2
stop dulu..


minggu depan hari jumaat saya balik Malaysia.. biiznillah~
tapi sume kekawan kat Mesia confirm ada kat universiti.. huhuhu~
takpe.. siapa nak jumpa, jom kita jumpa.. mari2


sekian sahaja
jazakumullah khaira

Tuesday, July 21, 2009

....

assalamualaikum



oh oh oh~
kenapa lah sekarang ni rasa sangat-sangat nak menangis..

lemahnya lah kau ni una!!! bila time kau susah dan takda orang untuk kau bergantung harap,
mulalah kau nak rasa down segala.. mulalah kau nak kata takda siapa disisi.. dan yang paling teruk, mulalah kau lupa yang kau masih ada Dia.. ya una!.. kau masih ada Dia..


Ya Allah.. ampunkan hambaMu ini..

as for now, i just wanna cry~

Friday, July 17, 2009

i have babies!!

assalamualaikum


semalam saya tidur lambat.. tetapi saya bangun awal pula pagi tadi.. clap2 to myself..
semacam keajaiban... disebabkan subuh kat sini awal which is 4.30 am, selalunya saya akan betul-betul bangun pada jam 5.00am.. sedangkan alarm phone telah diset 4.31am.. habit pelik- akan tunggu snooz ke 3, iaitu 27 minit kemudian baru nak bangun.. s0alan cepuk emas.. berapa lamakah tempoh sekali snooz.. ahaha~ tak mendatangkan faedah sungguh ayat-ayat yang ditaip.. aisshh..


oh ya!! sila surprise dengan tajuk yang tertera~ ahahaha.. sekarang saya ada kesukaan baru.. walaupun tak berapa suka sebenarnya(kecik ati diorang kalau tau)...
alkisah.. saya telah pun meng'adopt pets... iaitu Kura-kura... akhirnyaaa.. semacam tak percaya je saya membela binatang selain dari kucing.. huhu~ taniah sekali lagi kepada diri sendiri..

kura-kura saya ada 2 ekor semuanya... sekor dah besar dah, sebesar tapak tangan sopi.. eit2.. silap2.. ampon sopi, teringat lak gambomu yg talk t0 the hand uh.. yg dah besar tu namanya Totis De Senior(totis Sr.), ada lah sebesar buku literature in english form 4, and yang sekor lagi diberi nama Totis De Junior(totis Jr.) ada lah sepenumbuk besarnya.. actually saya yang pepandai melantik diri sendiri untuk jadi owner angkat pada diorang.. sebabnya diorang dah macam anak terbiar dah... owner asal totis2 ni tinggalkan diorang kat dalam akuarium yang ditutup dengan tshirt buruk dan letak dekat stor.. owner asal diorg?? dah habis belajar dan tak menginap lagi di kost(hostel).. apekah manisnya perbuatan sang owner asal tu kan?

ditakdirkan, satu hari saya dok simpan kotak kat dalam setor.. then, saya nampak satu tshirt yang amat2 buruk dah bertaik lalat segala.. jadi saya angkat la tshirt tu sebab memang patut kena buang je kalau dah macam tu rupa tshirt tu, bila angkat je ternampak lah saya akan akuarium yang diisi oleh 3 ekor kekura.. air dalam tu dah jadik warna itam kehijauan dan menggelikan la.. so saya macam terkejut dan terus panggil senior depan bilik saya.. then dia bagitau yang kekura tu one of mbak indonesian yang punya, BUT dia dah kluar dari kost dekat nak sebulan kot.. and kebetulan adik mbak tu pun stay kat kost yang sama.. s0, saya sangat kuat perasaan menyatakan yang adik mbak will take care of the turtles... sejak dari tu, dah tade nak amek peduli pasal dhe turtles cz i dont kn0w how.. seryes!!


sangkaan saya jauh meleset.. until one day, saya masuk balik dalam setor, dan mengusha lah kura-kura.. then saya tekan la cengkerang sekor kura-kura ni.. sebab dia je yang terapung.. TAPI.. bila saya tekan macam takda respon malah tenggelam dan timbul semula.. rupa-rupanya, kura-kura tu dah mati.. terus saya jadi geram dengan adik kepada mbak owner asal sebab tak care langsung pasal pets akak dia.. (tapi geram diam-diam je).. and ada rasa bersalah sebab tak ambik peduli pasal kura-kura tu even setor tu terletak sebelah bilik saya je sebenarnya.. huh~ saya pun bagitau senior depan bilik saya, and dia tolong bagitau ibuk kost untuk cuci and clean up the aquarium.. me?? still dont know and not willing to clean up all those thingy~

the next day, saya tengok aquarium tu dah bersih.. and tinggal lah dua ekor je kekura dalam tu.. start from that day, i adopted the kura-kura and called them Totis Sr. & Jr. ... ahaha~ macam Duku Jr.dalam majalah ujang je.. urmm~ actually rasa kesian sangat sebab macam manalah perasaan Totis2 bila tengok kawan sorang dah mati, and yet u share da same place wif the dead person,still in the water dat become so busuk, and same environment.. kompem stress, musti dalam ati Totis2 akan berkata " nampak gayanya i'll end up like my friend t0o lah kalau macam ni" ..

memang psikologi lah bukan kalau anda bersama rakan-rakan anda seramai 3 orang tersesat di dalam gua.. with no foods, air, and others.. a higher survival is needed.. but then, one of your friends died.. and yet you are still alive and cant find out jalan keluar, nak taknak terpaksa stay kat dalam gua dengan orang yang dah mati.. dah tentu perasaan masa tu dah macam tak terkata lah bukan.. aisshh~ nauzubillahi min zaalik~

as for now, saya hanya menjalankan tugas memberi makan sahaja kepada Totis Sr. & Jr agar tidak kelaparan... seryes saya tak pernah membela kura-kura dan tidak tahu penjagaan yang betul.. kawan saya kata kura-kura makan apa sahaja.. so, saya dengan senang hati nya bagi apa yang saya makan pada diorang jugak.. roti la, karot la, sawi la, biskut tiger pun saya bagi.. nampaknya Totis happy!! dan yang paling saya suka, sekarang diorang semacam dah kenal saya.. bila saya masuk dalam setor(ya!! aquarium still kat dalam stor la), diorang akan keluar kepala, dah tak segan2 dah.. tapi, saya rasa saya tau kenapa.. diorang sebenarnya nak makan je la tu..ye laa.. saya kan dah jadi permanent feeder diorang.. huhuhuhu~
cuma saya takde kebranian nak pegang kura-kura tu.. takutlah!


urmm~
nanti saya letak picture diorang
terpanjanglah pulak entri pasal my new babies ni.. ahahaha~

~ haruslah berbuat baik pada semua makhluk~

okeyh..
sekian sahaja untuk hari ni




jazakumullah kairan kasira~


pesan saya 1: taniah pada yang berjaya baca entri bosan ini sampai habeh!!

Wednesday, July 15, 2009

Mimpi Bersiri??

assalamualaikum


saya yakin mesti ada antara korang2 yang pernah mengalami mimpi berulang..
huh.. malam tadi saya mimpi sesuatu yang dah pernah saya mimpi dulu.. dulu tu maksud saya dah lama.. lama tu pulak maksudnya saya tak ingat bila, tapi yang pasti saya pernah mengalami mimpi tu.. tapi yang malam tadi punya ada sambungan sikit.. sebab hujung2 babak saya semacam lost, which is macam belum ada scene tu dalam mimpi saya yang sebelumnya.. aisshh... tapi tapi tapi.. bila saya bangun dari tidur dan cuba untuk ingat semula mimpi tu, tak boleh.. apa yang saya tau, saya dah pernah mimpi macam tu sebelum ni dan ada tambahan sikit dalam mimpi malam tadi.. apa yang saya ingat ada ikan jerung @ Jaws.. ahaha~ watak yang lain2 saya tak ingat langsung.. puas perah otak fikir.. bukan penting sangat pun kan sebenarnya sampai nak berperah-perah otak segala.. aissshhh..

tapi tu lah, rasa macam tengok movie yang dilakonkan oleh diri sendiri.. seingat saya lah ada 3 movie.. eit silap.. ada 3 mimpi yang pernah saya alami dan berulang dan ada sambungan.. cumanya mimpi saya ni tak datang selalu.. sebab saya jarang bermimpi.. urm.. tak pasti jugak lah jarang ke tak.. tapi saya memang tak ingat apa yang saya mimpikan.. ahahah~ mimpi bersiri lah ni.. orang kata mimpi tu mainan tidur.. pun mainan syaitan jugak.. saya takda idea dan takda rasa untuk mengambil tahu apa maksud mimpi saya tu..

urm~ saya ada sorang kawan yang selalu sangat menceritakan mimpi dia pada saya, dan suka sangat tanya apa maksud mimpi dia.. saya sendiri tak tahu nak cakap apa kat dia.. dan selalunya, yang saya jawab, mimpi tu mainan tidur.. ada jugak saya bagi pendapat tentang mimpi2 tu tapi ikut selera saya lah kan.. dah orang bertanya..hehehe.. tapi semacam tak menjawab soalan lah bukan.. mungkin yang dia nak dengar dari saya ialah tafsiran pada mimpi-mimpi dia kan? macam mana lah saya nak tafsir.. saya bukannye bomoh ke apa.. aisshh.. lagi-lagi kalau mimpi2 tu merepek-repek dan pepandai je nak tafsir ikut suka hati diri sendiri.. tapi memang lumrah kan.. bila mimpi something mesti nak kaitkan dengan benda2 baik je.. kompem tanak pikir yang buruk2.. huhuhu~ tapi siapa lah kita kan.. tu semua kuasa Allah.. dengan izin Allah, kekadang mimpi tu boleh je sama dengan apa yang kita sangka.. but mungkin secara kebetulan lah kan..
ntahlaa..


  • “Mimpi yang baik (soleh) itu dari Allah, sedang mimpi buruk itu dari syaitan.” (Riwayat Bukhari)


okeylah..
sampai sini sahaja...


sekian
jazakumullah khaira kasira

Tuesday, July 14, 2009

telur masak kicap paling best!!

assalamualaikum


oh! teramat lah sangat merindui rumah..

semalam last ujian pembaikan untuk semester 1.. parasitologi.. parasit is always killing me okeyh!!
ahaha~ ada sikit soalan dari past year.. tak banyak mana pun.. i tried my best and we'll see..
dan minggu depan dari 21hb dah mula ujian pembaikan untuk semester 2.. saya pun macam biasa dah mengeluarkan segala isi perut soalan2 pastyear dan nota2 untuk paper yang saya ambil.. dah

cumanya belum ada mood untuk membaca.. aisshhh... kenapa lah saya semacam terlalu rindu rumah ni.. mungkin sebab akak saya dah balik ke Malaysia kot.. selalunya, kami akan calling-calling di tengah malam selepas pukul 12 malam sebab free.. berborak itu ini.. curhat.. juga bergosip.. ahaks..

tapi sekarang dah tak boleh melakukan rutin itu lagi.. akak jauh di rumah dan handphone saya jaranglah berkredit.. huhuhu~ ha! dan internet di rumah juga semacam kena potong saja..
semalam dengan tahap kerinduan yang tinggi saya pun call akak, selepas exam parasit.. tapi tak dapat bercakap lama sebab kredit ada 7ribu saja.. jadi dapat bercakap dalam 10minit..

saya nak sangat sangat sangat balik.. ada 17 hari lagi... tapi saya kena sabar.. ada mission yang saya harus selesaikan kat sini... yeahh~ una kena semangat!!

kelmarin saya berYm dengan adik sepupu saya.. Sopheah Iman namanya, anak paksu ngan maksu saya.. dia ni sangat kiut dan kadang2 fikiran dia matang skit.. baru darjah 4.. kelakar betul conversation between me n her.. saya bagitau dia yang cuaca kat jogja sejuk macam cameron highland.. lepas tu dia bole kata " sejuk ke kak una..waahh.. whitening semula jadi tuuu" tergelak-gelak saya... mentang-mentanglah kak una dia neh itam manis.. ahahaa~ then, dalam dok beYm2 dia sempat pesan lagi "adek doa kak una lulus cemerlang boleh balik malaysia cepat buat telur kicap yang paling best" ada kisah sebenarnya di sebalik telur kicap ni.. okeyh.. sebelum saya fly ke jogja, maksu n paksu saya pergi umrah.. so anak2 dia yang kecik2 tinggal la dengan saya kat seremban for two weeks.. ye la..saya kan menganggur lepas matrik tak buat apa.. then, di suatu wiken yang damai, emak saya pergi kursus, uwan saya pulak ke rumah Paklang kat Tanjung Malim.. s0 tinggal la saya home alone..tapi bukan alone sebenarnya, sebab ada adik2 sepupu saya seramai 3 orang sarah, iman, yasmin dan adik saya Balqis.. pagi2 tu okey lagik, saya buatkan nasik goreng untuk diorang makan.. tapi bila dah tengahari saya macam gelabah.. sebab taktau nak masak apa.. fikir punya fikir, bukak peti ais tengok ada je semua ikan, daging, ayam tapi still taktau nak masak apa.. last2 saya nampak telor.. aha!! paling senang wat telur masak kicap la.. then, lepas da siap masak telur ngan sayur campur semua,panggil la diorang makan.. dah lah huduh je saya tengok masakan saya tu.. macam tak berselera mana la.. tup2 budak2 ni makan habis licin tak tinggal sikit pun.. time tuh seingat saya baru pukul1 lebih.. lepas tu dalam pukul 3 lebih diorang kata lapar and suruh saya masak telur masak kicap lagi.. terkejut dibuatnya!! ni perut apa masing2 ni.. bila saya kata nak buat telur dadar diorang tak nak.. nak telur masak kicap jugak.. asyik puji kata telur masak kicap terBest lah apalah.. orang kata, kata-kata budak kecik tu luhur dari hati, ikhlas.. ahaha~ sedap lah tu kan?? kan?? ngee~ but still, saya buat telur dadar jugak time tuh.. ahahha

oho0.. dan bila iman ym kelmarin dan cakap buat telur kicap paling best, saya semacam nak gelak abeh2 sebab saya sendiri tak ingat macam mana saya masak aritu.. sebab saya suka maen campak2 je time masak.. tak realise pun resipi apa yang saya guna.. err.. maksudnya,masak main redah n main cipta sendiri.. lalalalala~


okeyhlahh.. saya jadik lapar la pulak..
saya mintak diri dulu lah!
sepatutnya saya kena pergi kantor imigrasi hari ni tapi saya tak rajin la pulak.. mungkin esok esok je lah...


sekian sahaja,
jazakumullah khairan kasiran

p/s: saya dah tengok syurga cinta~ "kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat, kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,
rupa-rupanya Allah nak beri kita pelangi"

Saturday, July 11, 2009

jangan terkejut!!

assalamualaikum..

jangan terkejut sebab saya update!
dah lama kan saya tak update blog.. ya2.
tapi hari2 pun saya akan menjenguk blog sendiri dan juga blog orang lain..
cuma sekali lagi, mood untuk meng'update'tu tak datang2..
dah tu sekarang ni apa yang saya buat?? ahaha~
saya tengah update la.. but NOT in da mood of updating...
saya dok tunggu2 Brain Buddies kat facebook loading..lambat sangat..
s0 saya pon bukak blogger dan klik new post.. dan mentaip dan terus mentaip..

kalau tak silap dekat nak sebulan jugak saya ta update kan.. urm~
banyak sangat perkara yang berlaku.. nak cakap saya sibuk, tipu lah..
tak sibuk mana pun.. entah la.. ada sikit konflik diri agaknya.. ahaha~ apa lah yang saya merepek sekarang ni..

oh ya!! kakak saya dah selamat pulang for good.. alhamdulillah.. now, she is oficially a doctor.. D0ctor Neysah.. taniah akak.. tapi.. sampai sekarang belum ada siapa2 orang di rumah yang menghubungi saya... ya2.. saya nak kol rumah lah kejap lagi.. sekarang ni, memang musim student2 medic graduate.. kak Nadrah yg study kat Ukraine, kakak kepada kawan saya Nawwar pun dah selesai belajar.. dan kak Sarah yang study kat Russia, one of my favret blogger pun dah graduate.. Alhamdulillah... semoga usaha kalian semua berjuang di perantauan selama 6 tahun akan menjadi suatu pengalaman yang teramat sangat berharga dan tidak sia-sia.. Congrate Doctors!!

semenjak dua menjak ni, cuaca di Jogja dah mula sejuk.. ha! kalau saya cakap sejuk tu jangan lah pulak ada yang fikir bersalji segala.. kat Indonesia mana la ada semua tu.. huhuhu~
cumanya, suasana dia macam kat Cameron Highland.. kalau saya bukak tingkap pagi2, dan hulurkan tangan ke luar, terasa sangat berbeza suhu di luar dan dalam bilik.. tapi takde hujan ke apa.. memang sangat syiok lah!! yang paling thrill bila rasa air dalam toilet.. uishh!! sejuuukk o0... menggigil2 saya dibuatnya.. lagi2, bila nak ambil wudhu time solat subuh.. dengan pertentangan suhu badan yang warm time tid0 dengan air kat toilet yang bila kite tambah sirap da kompem bole jadik sirap ais.. memang terketar2 dibuatnya.. rasa macam kat kampung pulak.. sangat fresh! even duduk dalam bilik pun saya bersweater bersetokin segala.. urm~ dan disebabkan keadaaan yang sejuk ni, dalam 2-3 hari jugak saya tak dapat tidur nyenyak sebab sakit dada.. ditambah dengan flu, asik terbersin2 saja.. but s0 far, Alhamdulillah.. sehat suda~

dalam 2 minggu kebelakangan ni, saya mensibukkan diri dengan ujian pembaikan sem 1, tapi semacam ta berapa prepare lah.. hari isnin depan ada lagi satu paper yang ambil, so saya ada hair ni dan esok untuk cover.. mudah-mudahan dipermudahkan.. ameen..
dan minggu satu lagi, saya akan mensibukkan diri dengan ujian pembaikan sem 2 pulak.. result final sem 2 saya dah keluar.. s0 far, tidaklah seteruk sem 1 hari tu, tapi saya still duduk exam pembaikan sebabnya tiket balik saya 31 July nanti.. lama lagi.. dari saya menganggur tak buat apa, baiklah saya buat exam.. untung2 result yang dapat C boleh naik A.. hikhik..InsyaAllah


owh ya.. ada satu nasyid neh.. suka betul saya dengar..
jap2.. copy paste lirik..

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih



bait2 dia pun dah macam terkesan kan.. tajuk dia KeredhaanMu-kumpulan inteam yang nyanyi... pegi la carik dan dengar.. huhuhu~


errr... tadi bukan macam taknak menghupdate sangat ke? apasal panjang semacam je post ni?? hikhik... nak buat macam mana.. ni merupakan penyakit yang tak dapat lari dalam diri blogger, iaitu blog posting dissorder.. muahaha~ suka2 saja cipta penyakit sendiri


okeylah... Brain Buddies dah berbunyi2 dari tadi menandakan dah abeh loading.. mintak diri dulu semua..



semalam dikala kebosanan terjumpa satu kemahiran baru.. lalalala~ terhasil lah gamba syok sendiri seperti yang tertera


sekian sahaja..
jazakumullah khairan kasiran

pesan saya 1 : kucen saya sekor lagik meninggal.. sob2

Thursday, June 18, 2009

yes I care!!

assalamualaikum


tadi, lepas isya, saya n batchmates ke papa r0n's pizza..
biasalah.. dah habis exam.. maka adalah masa untuk kami dinner bekumpul sama-sama..
have fun.. alhamdulillah~

sebelum ke paparons, saya memang berniat untuk call rumah.. tapi telah tertangguh call after having dinner.. nak bercakap dengan ayah.. ayah baru balik umrah semalam.. tapi ayah takde.. then cakap ngan balqis..
tiba2 Balqis cakap camni

Balqis : kakak, kakak jangan terkejut tau
saya : terkejut apa? nape qish?
Balqis : comot dah mati.. merah p0n
saya : aishh.. adek cakap la betol2.. jagan la maen2
Balqis : aah.. betul.. comot mati ari kames.. merah baru je pagi tadi..
saya : laa.. ye ke?.. sedeynye.. (start hiba)
Balqis : kakak janganlah sedih.. kakakkk... kakak tayah la nangis
saya : ha.. kakak ta nangis pon..(sob2) c0mot sakit ke apa? kenapa mati?
Balqis : entah macam kena racun.. mama jumpa nampak dia kat tepi pagar, sbelum mama pergi
kerja.. nampak mulut dia ade kuar warna itam cair
saya : laa~ siannyer..


yang pasal kematian merah pulak, disambung oleh uwan saya pulak.. sungguh... terasa betul hilangnya.. walaupun hanya kucing je.. saya lebih sedih kehilangan comot.. sebab comotlah kucing favret saya.. saya la yang bawak dia datang rumah dulu.. saya la yang rawat kaki dia time veterinar kata kaki dia sepatutnya dipotong sebab eksiden.. saya la yang selalu tidur dengan dia.. saya la yang selalu care pasal dia..... saya lah yang paling alert kalau dia pregnant!! dan waktu saya tinggalkan rumah nak ke j0gja ni, dia tade selera makan dan selalu je masuk bilik saya.. ye la~ selalunya dia akan gigit ibu jari kaki saya untuk kejutkan saya~
even it sounds silly, tapi sayang sangat2 la kat comot.. ~ h0w i miss u comot!!!




kat atas ni sume gamba comot.. gamba merah takde la pulak..
yang pasal merah pulak.. semua yang dekat rumah terasa kehilangan
sebabnya.. merah yang paling manja sekali.. cuma saya ta banyak spend masa dengan merah sebab saya tinggalkan dia masa dia kecik lagi.. kalau comot dah lama saya bela... dari zaman saya form 5 lagi.. urm~ tadi baru je beb0rak2 ngan david n y0ga bout pets.. s0 now, kuceng kat umah tinggal 12 ek0r la nampaknye..

dulu pernah buat entry khas ntok comot >>>>> it's all bout comot
sekarang pon khas la jugak..
n0 wonder saya semacam tak sedap hati je.. wallahua'lam


sekian sahaja
jazakumullah khaira~

Wednesday, June 17, 2009

selesai satu fasa

assalamualaikum~


syukur alhamdulillah..
tepat jam 9am 16 Jun 2009 saya melangkah keluar dri dewan exam..
ini bermakna tamat sudah ujian akhir semester 2
ya!!!

selesai sudah sem 1 dan 2, fasa pertama dari 4 tahun pengajian untuk mendapatkan ijazah farmasi...
masih ada lagi 3 fasa yang akan saya lalui..
sungguh..
memang cepat masa berlalu..
tanpa disedari sudah hampir setahun saya berada di sini..
tempoh yang banyak mengajar saya erti kehidupan..
tempoh yang banyak mengajar saya erti persahabatan..
tempoh yang banyak mengajar saya erti mencari diri..
tempoh yang banyak menuntun saya ke arah illahi..
dan tempoh yang banyak memberi saya pengalaman tak terjangkakan..
syukur Ya Allah~
sangat bersyukur dengan apa yang kau telah tetapkan untuk hambaMu ini..
sangat2!!


nak refresh semula rentetan sepanjang saya berada di sini..

antaranya:
  • having a superb MSK(majlis suai kenal)... hehehe~ well i d0 love such programme ok.. really enj0y dat time.. a kick start f0r me to know everyone here in j0gja... owh!!! n0t to be forgotten da DURIAN attribute.... ahahaha~
  • kepulangan arwah uwan isom ke rahmatullah.. selepas sebulan saya ada kat jogja..
    it was a very hard time for me.. really hard.. when u feel no one around.. when u feel no one understand.. seryes on dat time, i really need a shoulder t0 cry on.. but, as a newbie, i still didnt close wif anyone..
  • l0st my purse = ic+money+s0me unimportant stuff~
  • sambot aidilfitri kat Malang.. have a l0ng journey fr0m jogja t0 Malang.. n als0 long stay in Malang... too much memories captured!! masam manis masin pahit payau suma ada!
  • uruskan hal KITAS(kartu ijin tinggal terbatas)... neh memang thrill gila!! sangat penat ber expl0re race dicampak ke sana sini... memang tak bagus la sistem imgresen sini.. huh~
  • join futsal team f0r karnival sukan pelajar2 Malaysia di Ind0nesia..
  • diuji dengan rasa gegaran gempa bumi.. even it was just a few seconds, still terkesan dalam diri... shivering~ then saksikan sendiri puting beliung berlaku depan mata.. Nauzubillah~
  • akak datang Yogya... having a great sisters outing~
  • sambutan aidil adha~ s0lat eid dan masak2 daging qurban.. ukhuwah fillah~
  • dapat result sem 1~ sangat teruk.. da worst ever s0 far.. sangat takut bagitau ayah.. lepas bagitau(tru sms only) dan mendapat nasihat dari ayah, terus malu dan tak menghubungi ayah..
  • 0n mac, ayah datang dengan umi... sangat takut nak jumpa ayah cz da last time i c0ntacted him before was da day i t0ld him bout my result.. ayah sangat cool n understanding.. love u ayah.. n tanks
  • start my new sem 2 wif hopes and new spirit~
  • futsal match... at the same time dapat berita tada(my lil br0) admitted t0 hospital due t0 dengue fever.. s0 worried.. alhamdulillah evrytin is fine
  • having a great moments with my pharmacy batchmates.. dinners.. hangout t0gether
  • become UPIMI commitee~ bengkel pengurusan jenazah was superb
  • missing everyone in Malaysia.. family n friends
  • mencari pengisian hati tru usrah, ta'lim n pengajian..
  • glad t0 know evryone here..
even saya sering guna quote "memories are so painful"
ye!! secara tersuratnya memang menyakitkan, tapi di sebalik yang sakit tu
sebenarnya ada hikmahnya..


oh ya!! walaupun exam final dah habis, sebenarnya masih banyak lagi yang tak selesai..
saya akan menduduki ujian pembaikan pulak.. ada beberapa subjek yang saya ambil.. dah namanya pembaikan, s0 to improve my result la.. insyaAllah hujung bulan ni akan duduki ujian pembaikan... d0akan yang terbaik untuk saya..

sangat2 rindu dengan my family!!!!
una nak balek~


sekian sahaja
jazakumullah khaira~

Thursday, June 11, 2009

cukuplah mati itu sebagai satu peringatan

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh~

telah pulang ke rahmatullah..
si polan bin si polan pada jam sekian sekian
dan beberapa kata2 yang kurang jelas

itulah antara kata2 yang dapat saya tangkap dan sering saya dengar sejak akhir-akhir ini..
tak keterlaluan kalau saya katakan hampir setiap hari ada sahaja pengumuman mengenai kematian penduduk2 di sekitar kawasan saya tinggal.. pernah satu hari, tapi tak ingat the exact day, satu pengumuman dibuat sebelum saya kluar dari kost untuk ke kuliah.. dan kemudian, bila saya balik dari kuliah pada petangnya, terdengar lagi satu pengumuman kematian penduduk sekitar.. innalillahi wa inna ilaihi raji'un~
sungguh Allah maha berkuasa untuk menarik nikmat hidup hambaNya.. semuanya bergantung pada diri kita.. mahu dalam keadaan apakah diri kita ketika malaikat izrail datang untuk mencabut nyawa...

teringat kembali, sewaktu berada di tanah haram makatul mukaramah pada tahun 2005 untuk mengerjakan umrah... pertama kali dalam hidup saya mengikuti sendiri solat jenazah.. jujur, itulah kali pertama saya ikut solat jenazah.. bayangkan sahaja.. tambah2 terkejut bila mama maklumkan yang jenazah yang disolatkan selalunya lebih dari satu..
ya!! sekali waktu solat hampir 5 jenazah akan diusung.. malah lebih.. hinggakan menjadi habit saya pulak setiap kali selesai sahaja s0lat jenazah, lekas2 saya meninjau melalui laluan tawaf tingkat atas masjidil haram(itupun ketika kami bersolat di tingkat atas). semata-mata untuk menghitung berapa jumlah jenazah yang diusung keluar..dan waktu itu juga air mata saya mengalir tanpa segan.. hati jadi sayu dan takut... dan semenjak itu, saya seakan2 sedar bahawa kematian itu sangat2 dekat.. dalam sehari sahaja lebih dari 30 insan yang sudah bergelar mayat.. itu baru hitungan mayat yang disolatkan di masjidil haram, belum kira yang di luar-luar sana, yang matinya dalam keadaan sempurna atau tidak, shahid atau tidak, diketahui atau tidak dan yang paling paling penting .. matinya dalam iman atau tidak..
dari situ, saya menyedari sesuatu.. betapa beruntungnya jenazah-jenazah yang disolatkan di masjidil haram.. beribu-ribu manusia yang menyolatkan mereka.. beribu-ribu doa yang mereka terima untuk pengampunan dari Allah s.w.t.. subhanallah~

“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh…” (QS. An-Nisa (4): 7

urm~ banyak sangat ayat dalam Al-Quran yang menjelaskan tentang ini.. jadi sudah jelas2 kematian itu sesuatu yang pasti.. dan perlu ingat, mati tak bermakna pengakhiran.. ia merupakan permulaan ke alam barzakh.. direhatkan sementara sebelum tibanya hari akhirat untuk dihitung segala amal-amalan kita.. jadi jom lah kita beramai-ramai introspeksi diri.. "cukup ke bekal untuk hari akhirat nanti?"... s0, jom lah kita beramai-ramai mencari bekal kat dunia ni, untuk dibawak ke hari akhirat nanti... eit.. tau kan bekal yang saya maksudkan.. bukan bekal tupperware, mahupun makan-makanan dan harta benda.. tapi bekal yang kekal abadi iaitu amal-ibadah dan takwa pada Allah s.w.t...

bukannya apa,perangai manusia ni macam macam ada.. tapi sifat lupa tu yang tak boleh elak.. lupa yang kita semua pon sama-sama hamba Allah s.w.t, lupa yang kita pon semuanya datang dari sumber yang sama, dan lupa yang diakhir hayat akan dikapankan dengan jenis kain yang sama..

jadi, untuk tak melupakan diri saya dan korang2 semua, terutamanya rakan-rakan di bumi jogja ni.. meh kita ramai-ramai join program anjuran UPIMI pada hujung minggu ni
"Bengkel Pengurusan Jenazah 2009"




urm~ sangat menarik bukan.. ilmu yang kita dapat adalah sangat2 bermakna, the more we discover, the more we realize how little we know.. jadi, dalam usia2 yang makin mendewasakan ni, kesedaran diri tu yang penting, n0 one will care of u until u d0 so~

"CUKUPLAH KEMATIAN SEBAGAI SATU PERINGATAN"

boleh jugak melawat ke blog UPIMI sendiri.. kalau nak tahu lagi lanjut
sila klik >>>>>> http://www.upimijogja.blogspot.com/


sekian sahaja..

jazakumullah khairan kasiran

Friday, June 5, 2009

EXAM MODE!!

assalamualaikum

kom apa?
kom bat
bat apa?
bat men
men apa?
mentol
tol apa?
tolak
lak apa?
laksa
sa apa?
satu
tu apa?
tuan
one apa?(apsal bukan 'an' kan dr tuan)
one 2,3,4,5,678910...
ten apa?
tembak(apsal ten jadik tem??)
bak apa?
bak duet
duet apa?
duet raya
raya apa?
raya haji
haji apa?
haji bakhil
bakhil apa?
bakhil kedekut
kedekut apa?
tah tatau dah malas dah nak pikir~ pepandai la sambung sendri kalau ada.. ahahaha~


okeyh... memang camni kalo EXAM.. EXAM.. EXAM MODE
akan sedikit mengong se0lah2 menstudy dengan dahsyat macam la ada urat kepala tercabot segala.. una kena kuat!! semangat!!



urm~
cuma satu...
even in exam mode, bukanlah menjadi suatu alasan
untuk kita meninggalkan segala apa yang dah biasa menjadi rutin..
ini tak, mentang-mentang lah nak exam,
habis semua benda jadi tunggang langgang..
makan tak teratur..
solat tak awal waktu..
skip majlis ta'lim or usrah..
tak amek tau pasal kawan..
yang sangat jelas being sellfish!!
kena ingat satu benda..
walauapapun, kita kena jaga hubungan dengan Allah dan juga hubungan dengan manusia
' حبل من الله و حبل من الناس'
saya tak menuduh siapa-siapa pun di sini..
cuma situasi macam ni banyak yang berlaku bila musim2 exam
saya sendiri p0n dalam pr0ses memperbaiki diri
~s0 peringatan pada diri sendiri dan juga siapa2 yang bergelar pelajar~


okeyh skian sahaja
jazakumulah khaira

Sunday, May 31, 2009

it's all about lalalalala

assalamualaikum..


baeklah~
kali ini mungkin merupakan entri terakhir
uiks..
nape terakhir pulak una?
ya!! entri terakhir untuk bulan May..
lalalala~ it's 31st may rite..
es0k dah 1 jun..

aha~
ekceli nak menjawab tagged dari syidek..
but before dat.. nak ucapkan terimakasih bebanyak kat hajar..
sebab bagi una award! hehehe

syukran jazilan ya ukhti...
moga ukhuwah yang ada ni akan berterusan dan kekal dunia akhirat~ ameen


okeyh n0w soklan dari syidek:

1. how old are you? ~ 19tahun 10 bulan.. hehehe

2. are you single? ~ abs0lutely Yes!!

3. At what age do you think you’ll get married? ~ urmm~ i think it would be on 24.. hehe.. wallahua'lam

4. Do you think you'll be marrying the person you are with now? ~ tiada dengan siapa2..

5. If not, who do you want to marry? ~ refer soklan atas

6. Who will be your bridesmaid & bestman? ~ nurlida zainul!! ahahaha~ dia sudah book.. sab0 je la

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding? ~ a simple wedding..

8. where do you plan to go on honeymoon? ~ egypt

9. How many guests do you think you'll invite? ~ ahahaha~ tak tahu

10. Will that include your exes? ~ yep

11. How many layers of cake do you want? ~ 1 layer is enuff..

12. When do you want to get married, morning or evening? ~ morning

13. Name the song/tune you’d like to play at your wedding? ~ urm.. nasyid2.. hehe

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork? ~ normal suda

15. Champagne or red wine? ~ canot2!! air fruit punch(sunquick+sirap) cukup..

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding? ~ days after.. tayah rushing2..

17. Money or household item? ~ can i have both?

18. How many kids would you like to have? ~ d0nt know.. terserah

19. Will you record your honeymoon in cd? ~ dont feel like t0

20. I want to know their wedding planning. ~ sesapa nak buat silakan la..


pesanan saya 1 : okey entri hilang arah ni

pesanan saya 2 : tade mood juga

sekian sahaja
jazakumullah khairan kaseera

Saturday, May 30, 2009

getaran jiwa!!

assalamualaikum

uiks... tajuk nak gempaklah bukan.. ya!! getaran jiwa di hujung2 entri..


neh ada cerita sikit..
hari khamis kelmarin lepas je saya masuk kat kost(hostel), tiba2 ibuk2 yang dok kat bawah tu cakap camni

ibu kost 1 : mbak.. ada paket.. sambal balado.. 7ribu...
ibu kost 2 : ya mbaakk.. sambal balad0.. enak banget
saya : paket? owh gak usah ibuk.. udah makan tadi..
ibu kost : paket mbak.. sambal balado.. waduuhh.. enak banget.. bayarnya 7 ribu
saya : gak usah buk... gak usah
dalam dok saya menolak2 tu, tiba2 ibuk tu bagi kat saya satu parcel.. then baru saya teringat mama ada bagitau saya bliau da hantar parcel kat saya on monday.. terus saya menjerit time tu juga ngan muka sengih2 sebab happy
ibuk kost: naahh.. ini mbak.. paketnya sambal balado.. biayanya tadi 7 ribu
saya : owh.. ya2 buk.. makasih ya!!
lepas je ambil parcel, saya terus naek atas dengan muka blushing2 sebab ingatkan ibuk2 tu nak menjual sambal ke ape kat saya.. rupanya diorang nak bagitau saya dapat parcel.. baru la saya paham paket yang diorang cakap tadi tu is parcel.. sabo je la.. mesti diorang bantai gelakkan saya sebab ye2 je kata 'gak usah.. gak usah..' adoyhh.. malu2.. huhuu~
bila saya tengok kat parcel tuu.. rupa-rupanya ayah saya tulis barang yang dikirim tu : sambal ikan bilis.. patutla ibuk2 tu dok kecoh sambal balado.. sambal balado tu maksudnye sambal ikan bilis la kot.. ngee~

apa yang mama hantar??
  • sambal ikan bilis garing yang superb mantap!!!(ini memang mama nak hantar)
  • serunding daging(ini pon memang nak hantar)
  • 2kotak kiub tomyam knorr(yang ni saya yang mintak)
  • 1kotak kiub pati ikan bilis dan 1kotak kiub pati ayam(tak mintak tapi turut disertakan)
ahahaa~ sume pon makanan kan?? yang paling saya tak tahan ialah bila kat bahagian bawah kotak mama tampal notes resipi tomyam campor.. ahahaha~ tergelak2 saya baca .. cute betullah mama ni.. welll... like mother like daughter.. uiks
i luv u la ma!! tanx a lot..

okeyh... dan pagi ini saya dengan jayanya telah membuat cekodok kobis dicecah ngan sambal ikan bilis mama... sedaaapnyaaaa~ makaaaiiihhh.... kombinasi masakan mak ngan anak.. PERFECT!! muahahaa~ perasan

okeyh2... sekarang pola menghupdate blog saya telah pon berkurang dengan dahsyatnya.. saya agak sibuk.. tapi hari2 pon saya akan menjelajah ke blog2 yang saya suka.. cuma nak mentules di blog sendiri yang susa sikit..

nak2 pulak sekarang telah berada dalam EXAM MODE~
aha!!
final sem 2 dah datang..

2 Jun- praktikum farmasi fisik II, praktikum biokima
3 Jun- praktikum Kimia Organik II, prkatikum Kimia Analisis I
8 Jun- Biokima
9 Jun- Farmakognosi
10Jun- Farmasi Fisik II
11Jun- Kimia Organik II
12Jun- Kimia Analisis I
15Jun- Farmasetika Dasar II
16 Jun- Statistika Farmasi

aha~
sikit punya banyak lah bukan paper yang saya kena amek..
macam zaman spm dolu2 la plak..
saya kena struggle gila sekarang ni
saya kena dapat pointer yang tinggi untuk dapat loan jpa..
saya tamo malas..
saya nak pandai
ni yang begetar2 jiwa saya sebab nak exam
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

...............................................................................................................................................................

Usaha- Doa - Tawakal

yep2.. betul tu na~ yang jerit2 tu pehal.. ad0yh
yang penting kena berusaha.. kalau langsung takde usaha, relax2 lepas tu senang2 je berd0a mintak exam cemerlang memang sangat la tak bagus lagi tak sopan.. nak kena ingat juga, waktu tengah beruasaha tu still kena berdoa pada Allah.. cuma satu... kalau kita dah berusaha dan berdoa pada Allah mintak diperkenankan doa, but then still permintaan kita tak dikabulkan.. janganlah kita rasa putus asa atau apa.. sebab Allah menjawab doa hambaNya dengan 3 cara 1. dia beri apa yang diminta hambaNya 2. dia tak beri apa yang hambaNya mintak sebab nak uji kesabaran hambaNya 3. dia tak beri apa yang hambaNya mintak sebab dia ada yang lebih baik untuk hambaNya..
jadi kat sini la terletaknya pulak konsep tawakal tuu.. which means, bila kita dah lakukan sesuatu usaha dengan sungguh2 dan berdoa, da last thing is kita berserah kepada Allah.. redha dan yakin dengan apa yang bakal berlaku seterusnya.. sebab Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.. ni peringatan kepada diri sendiri jugak, ya!! saya pernah mengalami rasa down yang amat sebab beberapa perkara yang berlaku dalam hidup saya.. namun bila introspeksi balik diri, baru la sedar yang saya ta amalkan konsep tawakal waktu tu.. sebab tu la boleh jadi down.. insyaAllah saya akan belajar dari kesilapan..


dengan ini, saya dengan rasa rendah diri ingin meminta maaf kepada semua kalau ada segala salah silap.. terlepas kata, perbuatan, dan semua-semuanya lah.. lagi2 dengan kawan2 kat UGM ni.. maaf atas segala gurauan saya yang kekadang ter0ver la plak.. i'm sorry fren.. sem0ga sukses milik kita semua.. ameen~


" Ya Allah, jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang berjaya dengan cemerlang dan janganlah jadikan kami daripada golongan orang-orang gagal yang dukacita. permudahkan jangan engkau susahkan, sempurnakan (kekurangan) dengan kebaikan, tambahkanlah bagi kami ilmu"



sekian sahaja~
jazakumullah khaira

Sunday, May 17, 2009

ayah!!

assalamualaikum...





hari ni saya nak buat special entry untuk ayahandaku~
bliau sangat2 la special.. entah kenapa, saya rasa sedih,
dah banyak pengorbanan yang ayah lakukan..
tapi masih banyak yang tak terbalas..
saya jarang bercerita pasal ayah saya kan..

nama beliau Zainal Ismail..
ayah saya sekarang ni free-lance..
semenjak bersara dari jadi pengurus bank Muamalat,
macam-macam kerja yang ayah buat...
jadi financial consultant la,dealer tanah, join MLM, mengajar orang yang nak kerjakan Umrah, bawak jemaah Umrah, uruskan restoran(skrg tak dah), dan banyak lagi
semua tu pon semata-mata nak cari rezeki untuk kami sekeluarga...
ayah sangat tenang orangnya...

pernah sekali waktu saya darjah 6, time hari penyampaian hadiah.. saya kena amek hadiah untuk 5A upsr dan dapat anugerah tokoh pelajar.. dulu2 memang skit berjaya.. maken besar maken mengong! dan hari tu ayah tak dapat datang sebab ada meeting.. waktu tu ayah keje kat bank muamalat Melaka.. s0 ulang alik hari2 naek bus.. tam0 bawak kereta sebab penat.. ksian ayah.. ayah kata mungkin ta sempat tengok saya amek adiah..
then, saya macam sedih sangat sebab time tu la sume family selalu ada.. tapi yang hantar saya just mama.. malam tu saya tak happy sangat pon.. sebab fikir ayah takde.. biasalah kan, selalu penyampaian untuk tokoh pelajar mestila yang last2.. bila diumumkan je, saya pon ambik hadiah.. but, bila turun je tangga stage.. saya nampak figure yang saya kenal sangat2 tengah senyum ke arah saya kat hujung pintu dewan dekat dengan tangga tu.. apa lagii.. terus menerpa sambil tahan sebak.. ayah cakap, dia lama dah sampai.. rushing jugak la sebab takut tak sempat tengok saya.. loads of thanks ayah..

saya ingat lagi, waktu saya tengah down sebab ta lepas entrance exam nak ambil Medic Universitas Brawijaya, macam-macam yang saya cakap kat ayah.. tengah em0.. tanak belajar la.. lepas ni dapat kos lelong pon lelong la.. itu lah ini lah... ayah sabar je.. cuba pujuk saya untuk ambil entrance exam UGM for pharmacy... saya tetap taknak.. then ayah bagi saya masa untuk fikir.. ayah kata saya tengah tak stabil sebab tu jawab ikut perasaan ta fikir betul.. then ayah kata, dah ada jawapan bagitau ayah... saya tahu, ayah nak yang terbaik untuk anak-anak bliau which is kami adek beradek.. dan waktu keputusan exam UGM dah kluar, ayah saya ada kat Mekah, bawak jemaah Umrah.. alhamdulillah saya lepas entrance exam tu, dan dapat masuk UGM.. berkat doa dari ayah untuk saya..

urm~ ok dah tam0 tuleh lagi.. air mata bergenang.. banyak sangat jasa bliau...

I find myself wondering...
Did I give you your due..
For all that you've done for me
Did I ever thank you?

For all of my childhood memories
For helping me deal with life's stresses
For helping me accept my defeats
And celebrate my successes?

Or for teaching me the value of hard work,
Good judgement, courage, and being true
The laughter, smiles, and quiet times we've shared
Did I ever thank you?

If I have forgotten, I'm thanking you now
You taught me right from wrong....
I hope you know how much you're loved and appreciated
I hope you, instinctively, knew it all along.

Happy Birthday, Ayah~


okeyh.. hari ni hari lahir ayah yang ke 52..
apa2 pon una sayang ayah sangat2..
l0ve u mucch0o..
isk isk..




sekian
jazakumullah khaira~

pesan saya 1: okeyh, berderet2 entri dalam 3 hari ni..
2: poem tu saya google je.. tapi saya suka bait2 kata dia.. sangat menyentuh jiwa..